Rabu, 6 September 2017

Makanan pertama bayi.

Alhamdulillah... berjaya menyusu sepenuhnya bayi kali ini.  Lagi 9 hari nak masuk 6 bulan.
Tengok dia macam mula lapar..try buat bubur nasi je dulu dekat Imani.
Nasi kosong ja. Ini untuk memberikan tekstur rasa makanan sahaja.. Bagi dia kenal ohh... ini makanan..

kenapa aku kata tanda dia mula lapar?
hurmmm kalau kita makan.. dia pun kemam kemam mulut.. part yang paling tak tahan.. dia sambar masuk mulut sekali. Jenuh tarik.

Mula aku buat puree pisang.. lenyek pisang emas sebiji. kemudian tonyoh pada penapis. Kemudian tambah sedikit air bagi cair cair sikit pisang tu. Tapi sbb nak biasakan dengan rasa tawar nasi dulu... so aku ubah menu ke nasi kosong.

keluarkan semula  blender baby bullet yang zaman abang Izzan dia dulu... bekas kecik semua hilang.. tinggal blender je.
Setelah masak nasi sampai lembik jadi bubur... tunggu agak sejuk, masukkan dalam blender, tambah air masak sikit.

kemudian gunakan penapis teh untuk lenyek nasi yang telah diblender tadi. Aku pakai sudu untuk tekan nasi ni...

Hasilnya...Ni ha... dah halus tekstur nasinya. simpan dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Aku masak malam siap siap.. takut pagi aku terbangun lambat. sbb 6.30 aku dah kena keluar rumah. takut nasi tak sempat sejuk nak blender. nak makan nanti panaskan saja...









Tiada ulasan: