Isnin, 2 Oktober 2017

Mee kari

Tak pernah pun buat mee kari sebelum ni...sbb  saya bukan penggemar mee kari. Tp sejak kebelakangan ni bila termakan mee kari yang sedap baru lah teringin nak masak sendiri. Asyik bertangguh saja hajat nak buat mee kari sehinggalah mmmg  berazam nak buat jugak mee kari.

Kebetulan pergi  market terjumpa orang jual kerang... masa tulah keinginan nak buat mee kari membuak2.
Mahal juga kerang sekarang ni kan? sekilo rm8. Dulu2 Rm3 je sekilo. Encik asben cakap...mak enon dulu2 pun muda... huhuhu..


Bahan:

Mee kuning (dicelur)
Daun bawang
asam limau
sambal kerang
fish cake
isi ayam
santan
rempah kari ayam(AWEIN)
rempah kari ikan (BABAS)
jintan manis
kulit kayu manis
bunga lawang (blender)
bawang merah(blender)
halia(blender)
lengkuas(blender)
bawang putih
asam jawa
garam

Cara:
1) Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang.
2) Masukkan bahan blender(halia,lengkuas,bwg merah,bawang putih). tumis sampai agak garing.
3)masukkan rempah kari daging dan kari ikan yang dicampur sedikit air...tumis sampai pecah minyak dan kari masak.
4) masukkan jintan manis.
4) Masukkan air asam jawa.
5) bila dah mendidih, masukkan ayam dan fish cake.
6)biar sampai mendidih dan ayam masak.
7) Masukkan santan, kecilkan api,
8)padam api lepas masak.

untuk sambal kerang:
1) rebus kerang.
2)kopek kulit dan bersihkan kerang dengan air.
3) Tumiskan bawang merah dan bawang putih,
3) masukkan cili kisar.
4)bila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa.
5) masukkan Gula kabung dan sedikit gula putih
6) perasakan dengan sedikit garam..
7) masukkan kerang yang telah dikopek tadi...


Rasa seronok bila anak yang mmg suka makan tu sampai 5 kali minta tambah.

Tiada ulasan: