Rabu, 24 Jun 2015

Paprik sotong sakitnya tuh di sini

Menu Sahur ke 6
kenapa aku bagi nama sakitnya tuh di sini?
sbbnya sorang pun tak sentuh.. aku sorang je yang mkn.. sakit hati tau...
Irfan tak suka sotong.. abahnya pulak tak nak mkn yang berminyak. sakit dada katanya...
Tapi kalau buat menu berbuka mesti habis ni.

paprik sakitnya tuh disini.

 diorang mkn ni je...
ayam goreng tepung.

JOM NAK SHARE RESEPI PAPRIK SOTONG NI..

BAHAN:
6-7 Ekor sotong
bawang merah
serai
carrot/putik jagung/kobis bunga
tomato
daun limau purut
1 sudu paste tomyam
sos cili
sos tiram
sedikit gula

cara:
1) Tumis bawang merah...
2) masukkan paste tomyam... sos cili dan sos tiram.
3) masukkan serai yang dititik
4) masukkan sedikit air kemudian tambah daun limau purut yang dicarik2.
5) masukkan sedikit gula...
6) bila dah mendidih, masukkan sotong.
7) masukkan carrot dan tomato. sedia untuk dihidang,

Tak sampai 10 minit. mudah kan? :-)

1 ulasan:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Pagi hari memang susah nak jalan sikit kan Shidah..
Macam anak akak jugak..
Ayam goreng jugak yg dicarinya..