Selasa, 27 Januari 2015

Mentarang


Siput mentarang merupakan sejenis haiwan bercengkerang (Kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Siput mentarang mempunyai kulit yang nipis dan biasanya lebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah. Nama saintifiknya adalah "Pholas orientalis"[1]
Siput Mentarang hanya boleh ditemui di pantai yang berselut sahaja seperti di Perlis atau Pantai Sabak, Selangor dan biasanya ia dikutip semasa air surut. (sumber: Wikipedia)

Salah satu makanan favourite aku.
Waktu kecik2 kalau dapat makan mentarang.. mmg best sangat2.
besar saiz yang aku dapat kali ni . 2 kilo rm20. Beli dari member tempat kerja.
Rajin pergi cari mentarang waktu hari cuti.



ha... besar kan?

puas hati... masuk dalam besen, letak dulu kat opis... hebat kau mentarang.... dok dlm opis. kikikiki

haa.. ni proses untuk keluarkan isi mentarang dari kulit siput.

Selalunya...kena keluarkan yang macam sohoon dalam perut  mentarang ni.
kena cuci bersih untuk keluarkan segala pasir2 dan selut yang melekat di mentarang ni.
Untuk elakkan sakit perut.

kalau kita ambil isinya saja.. perlu jugak keluarkan gigi mentarang yang ada di sisi mentarang tersebut. takut tertelan. 

Aku lebih suka makan sambal mentarang.

Da juga org buat masak sayur manis.

gambar ehsan encik google.

Tapi org kata kalau bakar lagi sedap.

gambar ehsan pinjam dari blog my all: wahida. thanks ya...

Sangat sedap!
cuba la.. makanan yang sgt unik ni.
bukan senang nak cari.. teruk juga nak  cari benda ni.

ha.. kena seluk dalam selut mcm ni laaaa... silap seluk benda lain yang dapat... :-)

Selamat makan mentarang.









2 ulasan:

wahida berkata...

eh tanjat gegirl ada pic mentarang dari blog kita...ekekek...

anyway, aku tak gemar sgt mentarang ni...tapi kalau siput sedut, mmg aku berhantu...

shida berkata...

hahhaa... pinjam sat gambaq kengkawan... siput sedut pon suka jugak... srupp..srupp