Isnin, 19 Januari 2015

Sembelih Itik

Ahad (18/1/15)

Kedah cuti sempena hari keputeraan Sultan Kedah,.

Encik Suami ajak sembelih itik yang kami bela tu. Tinggal 3 ekor je dari 11 ekor yang kami bela... yang ni batch terakhir.


Irfan pegang itik sebelum disembelih. Garang itik ni... kalau terlepas, habis diligan semua org.


encik suami mula sembelih itik. aku takut, tak bleh nak tgk.

lepas itik dah tak dak nyawa, celur dalam air panas bagi memudahkan untuk  membuang bulu2.

Insyirah rajin nak tlg abah cabut bulu.

lepas cabut bulu.. layur plak dengan api....


Akhirnya.. Jadilah gulai Itik. Yang ni 2 ekor itik je buat gulai. lagi sekor  simpan untuk kakak ipar sbb dia suka makan itik.

Ohh.. susah rupanya nak makan itik yg belum diproses ye.. Tapi seronok sbb semua pihak membantu. Bekerjasama... mengeratkan ikatan kekeluargaan.








Tiada ulasan: