Rabu, 17 September 2014

Langkawi

 Sempena cuti Malaysia, Kami satu family  pergi Langkawi.

Tujuan sebenar ialah untuk menghadiri kenduri kawan kepada adik...
Dia selalu datang rumah kami, so  family dia pun agak rapat la dengan kami.

Mcm tahun sebelum ni... perjalanan untuk kesana (teruk). Alun sgt kuat  sbb skrg musim hujan. Bayangkan feri yang besar boleh masuk dalam 500 org.. melambung2.... akibatnya.. ramai yg muntah termasuk aku! nasib baik baby tak buat perangai. Tidur je sepanjang perjalanan.  Rasa nyawa dihujung tanduk. Minta Allah lindungi kami. Rasa serik nak naik Feri. Tapi sbb masa mula naik feri, diorang dah alunkan bacaan ayat2 suci alquran, rasa selamat la...Good Job!
ha... mcm nilah rupanya feri yang kami naik tu. My Ferry 2
gambar ehsan: google

Dari jeti Kuala Kedah ambil masa 1 jam 45 minit. Mmg menyiksakan. Kalau tak mau duduk lama2 dalam feri, boleh naik feri ikut Jeti kuala perlis,  1jam je...

Sampai dekat Jeti Kuah Langkawi, Kami dijemput oleh sepupu dan masing2 pergi ambil kereta sewa. Kali ni kami sewa 3 biji Wira. So, sebiji  wira kami boleh dapat harga RM80 ringgit utk satu hari. Kira murah la kan?? selalunya rm100.
Singgah rumah sepupu dulu sbb dia dah masak banyak..s, mkn2 dulu.. kemudian bertolak ke rumah kenduri yang terletak di Kg EWa. 

ha.. inilah pengantin nya.. sgt cantik bila dimakeup. persis zizie ezette lagi..Semoga  bahagia berpanjangan. Sedap pulak mkn masakan kenduri org Langkawi.. Gulai ikan bawal, ikan kembung goreng, gulai itik, sambal belacan... fuhhh terangkat!

tgk la kelaku abah ngn anak ni... sudu habis, ginilah cara hirup bubur jagung, hohoho...mcm2 lah.

Lepas kenduri, kami  ke chalet yang disewa berdekatan lokasi rumah kenduri.

Mess Pegawai Kanan PDRM. Sgt cantik dan sgt Murah. Terima kasih sbb tolong carikan tempat untuk kami berehat. Kakitangan kat sini pun baik2. 

yang ni pulak view dari belakang bilik. boleh nampak pantai.. tidur mlm2 ditemani bunyi ombak menghempas pantai... sgt menenangkan...

Ptg pulak kami bertolak ke Beras terbakar. Kat sini boleh shopping2 tau.. ada kain batik, key chain, fridge magnet dan byk lagi.


ha.. nilah rupanya beras terbakar tu.. dah berzaman. Tinggal ciput ni je.. Aku ingatkan boleh korek2 kat tanah... hihihi. Tp ok la kan,, boleh jugak tgk hasil tinggalan sejarah dan lagenda Langkawi ni.

Keesokan pagi.. kami dijemput oleh keluarga pengantin  bersarapan kat rumah mereka. Alhamdulillah, rezeki. :-). Siap bagi buah tangan (ikan bilis langkawi) lagi. Terima kasih banyak!....

Kemudian kami bertolak ke makam Mahsuri. Nak masuk dewasa RM10, kanak2 RM5.

pintu masuk.. ada gambar ni, tetiba pulak  asben i nak menggatal ye.... hihi... sabor je la...

Difahamkan kalau datang ke Makam Mahsuri ni pada hari Ahad, ada persembahan.
antara patung dalam muzium ni.

Ini namanya lesung tumbuk padi. Zaman dulu2 org proses padi untuk dijadikan beras menggunakan lesung ni la. Zaman sekarang masuk kilang padi, terus keluar beras. Betapa mudahnya teknologi. erm.. so ibu bapa perlu bawa anak ke sini. Banyak jugak benda boleh belajar. Tak rugi bayar rm10.

yang ni buaian anak mahsuri. masa kami masuk ni, ada berendoi yang dinyanyikan oleh kumpulan wanita.

bergambar di dapur mahsuri...

Sempat beramah mesra dengan aunty salah seorang pengunjung di telaga mahsuri. Lawak betul aunty ni.

Telaga ni diakatakan tidak pernah kering walaupun musim kemarau. Dan air ni juga dikatakan untuk awet muda. So, ramai je yang pergi basuh muka guna air telaga ni. sejuk!

Kemudian kami bertolak ke Pantai Chenang untuk mandi manda... Yuhuu... gambar tak sempat nak ambil sbb anak2 teruja nak terjun laut.
yang ni yang sempat ambik pun. lepas tu pulun dok  kejar depa la....

sempat ke Komples Haji Ismail group. Mata terus berpinau2 tgk pinggan mangkuk yang  sgt cantik. Ohoiii... sgt best tp sempat beli coklat je... Kemudian bertolak balik. Feri pukul 6 ptg. 

Alhamdulillah.. perjalanan balik dipermudahkan walaupun pada awalnya masa kat jeti tu angin kuat sgt sampai jeti bergoyang2. Tp... dalam perjalanan sgt tenang. Tak de muntah2...

















Tiada ulasan: