Jumaat, 19 September 2014

Bukan Senang Untuk Puaskan hati semua

Erm.. pagi ni nak menulis.. meluahkan rasa...

Bukan senang untuk kita puaskan hati semua org...

1)Jika kita menulis tentang tazkirah, tentang agama, tentang doa dikatakan kita konon2 nak tunjuk baik, nak jadi ustazah.

2) Jika kita menulis tentang pengalaman, tentang anak2, tentang harta benda dikatakan  kita menunjuk2 dan mengguris hati org yang tak punya semua itu.

3) Jika kita menulis tentang lirik lagu, tentang puisi diakatan kita jiwang karat.

4) Jika kita menulis tentang tidak puas hati diakatakan kita Asyik nak mengomen ajeeee...

5)Jika kita menulis tentang makanan pun ada juga org tak suka... eh eh mcm  dia sorang je ada makanan mcm tu... ermm kdg2 niat kita untuk berkongsi kat mana tempat yang sedap, kat mana yg tidak...sbbnya kadang2  ada org buntu fikir nak mkn kat mana..

Pendek kata... mmg kita tak boleh nak puaskan hati semua org.
Asalkan kita pasang niat yang baik, untuk berkongsi mana yang baik, tidak mencetuskan  maki antara satu sama lain dah cukup baik.

Semoga yang baik2 saja kita ambil iktibar... yang buruk jangan jadikan teladan.
Hidup ini tak mudah.
Belajar melalui pengalaman.... krn pengalaman byk mendewasakan kita. Buang semua perasaan ego yg bersarang dlm hati agar kita tak rasa sakit hati.. Hidup pun aman....

:-) Nasihat akan sentiasa berguna pada orang orang yang berakal.



Tiada ulasan: