Khamis, 31 Oktober 2013

cara mudah sediakan puri untuk bayi anda.

Assalamualaikum semua..
hari ni nak berkongsi sikit tip2 mudah dan cepat untuk sediakan makanan pertama untuk bayi. Bila bayi  dah masuk 6 bulan, time to eat! Tp Izzan ni   4 bulan setengah dah start mkn dah sbb biasalah dok ngn tok kan....

So... untuk Izzan, umi buat cara ni je...
Sediakan puri frozen siap2..

Kita boleh pilih nak buat puri carrot, puri kurma, kentang, brokoli...

puri carrot

puri ubi kentang . tinggal 2 ketul je...

yang ni pulak nasi + puri kurma..

Untuk memudahkan cara sediakan nasi yang cepat.. boleh refer sini:->  cara sediakan makanan pertama.
kat situ aku ada ceritakan mcmmana nak bg nasi cepat menjadi bubur... :-)]

untuk siapkan puri frozen ni cukup mudah...
1) mula2 kita kupas kulit carrot, kurma, kentang dan basuh sampai bersih
2) rebus sampai empuk dan sejukkan seketika.
3) Masukkan ke dalam blender dan tambah sedikit air masak. Blender sehingga halus.
4) Bahan kisar tadi bolehla diletakkan dalam  tempat beku. Boleh nak letak dalam kiub 4 segi ka.. bujur ka.. tiga segi... semua buleh!
5) Masukkan dalam  tempat beku semalaman. Bila dah beku, boleh keluarkan dari bekas tadi dan letakkan dalam tupperware yg mempunyai penutup.

Bila masak nasi, last sekali boleh pilih nak letak puri carrot ke, puri brokoli dan sebagainya. 

Air tangan ibu sgt bernilai... :-)
kadang2 tak sempat masak je... umi bekalkan nestum. Tak nak susahkan mak tok sbb mak tok kan mengasuh 2 org cucu. 






4 ulasan:

DzuHata berkata...

pastu bila nak makan buat camna? rendam ayaq panas ka?

shida berkata...

kalau yg beku tu hg kena masak la ngn nasi. untuk panaskan. selalunya klu tak mau masak balik, kena keluarkan letak tempat biasa biar dia cair sendiri,. bIla nak mkn, rendam dlm air panas.

Fara berkata...

mana dapat bekas bulat2 tu ye?

Nurul Syahida berkata...

Tq for info...syida tgh mencari menu2 untuk anak bujang syida..hehe