Jumaat, 3 Ogos 2012

menu sahur ke 14~ ayam lemak masak lada hitam~


resepi untuk sahur hari ini... ayam lemak lada hitam.. main campak2 je.. tak de resepi.. Boleh tahan rasanya... so sapa2 nak try menu  bersahur cara ni boleh la cuba,,,,

1. perap ayam dengan garam, kunyit , dan bawang merah yg telah ditumbuk.
2. panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yg telah ditumbuk halus.
3. masukkan ayam tadi... dan goreng sebentar. lepas tu masukkan sedikit air.
4. bila  menggelegak, masukkan lada hitam yg telah ditumbuk.
5. kemudian masukkan satu sudu sos tiram
6. masukkan sedikit santan. perasakan dengan sedikit garam....
7. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan biarkan sampai ayam masak .

:-)





Tiada ulasan: