Rabu, 1 Ogos 2012

menu sahur ke 12

mlm td prepare siap2 juadah sahur untuk pagi ini. Mcm tau2 ja pagi ni nak terlewat...:-)
buka peti ais nampak ikan mambu yg mak bg ahad lepas.. Hurm... nak buat gulai asben tak minat, nak buat sambal .. asik2 sambal je menunya... fikir punya fikir.. aha.... buat stim je la...
sediakan bahan2 seperti bawang besar, serai, halia, carrot,btang daun sup dan hirisan lemon... ha.. sementara tu bolehlah panaskan periuk kukus kita ye.... bila dah panas baru masukkan ikan ni kedalam periuk.
bila ikan hampir masak, ambik kuali, tumiskan bawang putih dan masukkan sedikit sos tiram dan sedikit stock ayam serta cili padi. bila masak, curahkan kedalam ikan kukus tadi. Boleh taburkan daun bawang dan daun sup. lepas tu kukus lagi sampai betul2 masak...

senang kan???

ha... tak lupa jugak... sambal ikan bilis.
sambal ikan bilis bersama kacang. sepatutnya menu sahur yg ke 11. Tp tgh goreng kacang tetiba plak gas habis. So.. simpan dulu kacang. Mlm td baru goreng ikan bilis utk dijadikan sambal...

pssst:: harap2 post ni tidak mendatangkan makruh. Sbb tak de niat untuk bg org lapar ke hape,,, hanyalah untuk koleksi kenangan bulan ramadhan... Dkt FB mcm2 input dari frens... sian plak dekat org2 yg terbabas sahur tu... tp blog ni tak ramai yg tahu.... :-)



2 ulasan:

kakcik berkata...

Wah... dah ada idea ni.. bolehlah kakcik buat ikan kukus nanti.

Terima kasih ya Shida. :)

shida berkata...

ya... sama2 kak cik...