Isnin, 27 Februari 2012

Perkembangan pelajaran Irfan

kemarin aku cuti. Bila masa aku cuti, aku akan menghantar Irfan ke sekolah. Jalan kaki lagi. Irfan pun sgt suka bila berjalan kaki dengan umi dia,Tghari pun aku akan ambil. Kalau rajin aku jalan kaki, kalau malas aku bawak kereta. Cuma kalau naik kereta, aku kena pusing jauh sikit sbb pagar sekolah yg boleh  dimasuki kereta hanyalah  pintu pagar yg depan.
Mcm biasa, kalau ambil Irfan, aku akan pastikan aku sampai 10 minit lebih awal. Sbbnya?? aku nak tgk cara Irfan belajar dalam kelas. Bila sampai selalunya adalah ibu2 lain yg duduk bawah bumbung sambil gosip2. erm.. aku hanya senyum sbb tak tau nak sembang apa. Mereka mungkin dah lali sbb tiap2 hari ambik anak kat sekolah. Aku cuma seminggu sekali, tu yg teruja lebih.
Aku pasti akan meninjau2 didalam kelas mencari kelibat Irfan. Ternyata, mcmmana di rumah, mcm tu jugak dia di sekolah. Tak reti nak duduk diam.
Bila semua budak2 keluar, cikgu tu panggil aku?
cikgu: Mak Irfan ke ni?
Aku: Ya , saya....
cikgu: Irfan ni, dah 2 bulan sekolah tapi belum kenal huruf no.. dia mcm tak berapa nak boleh, tulisan pun tak   kemas.
Aku: Ye ke? (sambil angguk2)
cikgu: Dalam kelas ramah sungguh.. suka bersembang dengan kwn dia yg sebelah tu( sambil tunjuk2 kwn Irfan)
Aku: erm... mcm ni cikgu, Irfan ni  saya tgk kalau tulis mmg suka tulis terbalik. Huruf 2 jadi huruf S. Tp kan cikgu,  bg budak yg tak pernah masuk atau belajar dari mana2... mmg mcm tu...
Cikgu: ooo ya ka... saya ingat  5 tahun dia dah belajar. Kami tak tahu.. ooo kalau mcm tu, kira dia cepat belajar jugak la...
Aku: Cikgu tolong la tgk2kan dia...

Hurm.. dlm hati aku hanya Allah saja yg tahu. Bila  tgk anak org lain mendahului anak kita dan anak kita agak ketinggalan ke belakang.  Dalam hati mula nak menyalahkan suami yg tak nak sekolahkan anak  masa umur 5 tahun. Tp tak guna nak slaahkan anatara satu sama lain. Kena usaha agar pelajaran dia tidak ketinggalan byk sgt. Aku dah berusaha yg terbaik. Insyaallah.. Irfan pun akan cepat belajar...

Ptg smlm siap p cari ABC dan  123 yg boleh tampal kat dinding tu. Buku2 yg aku beli sebelum ni pun akan aku pastikan dia buat setiap hari. Kena kerja lebih sikit . Anakku, Aku syg Kamu...Aku perlu tegas lagi!!!

Siap pelekat kat dinding dah... ha.. semangat kan umi???

Tiada ulasan: