Isnin, 12 Disember 2011

Oh AnaK

Suasana kenduri  sempena berkhatan berjalan dengan meriah.
Irfan sibuk menolong  rakan2 lain membasuh pinggan di belakang. Baju tshirt coklat dah basah melencun. Tapi seronok tidak terhingga..
Aku panggil Irfan
"umi nak pergi kerja sat, abg nak ikut  dak?"
" P la.. abg nak basuh pinggan"
Bila mlm menjelma, masing2 berkumpul diperkarangan rumah.
Masing2 memegang kerusi untuk duduk dengan selesa sambil menyaksikan Gerhana Bulan Penuh.
Subhanallah... segala puji2an bagi Allah yang menciptakan alam semesta. Kejadian yg jarang2 dapat dilihat.
Dalam pukul 10 aku dan suami meminta izin untuk pulang ke rumah kami. Irfan kami tinggalkan di kampung krn  katanya belum puas main.
"esok umi mai ambik abg lain ye"
Kesian pulak. Umi lupa nak bawak botol susu. Tapi harap2 dia boleh minum susu dalam cawan.
Tiba waktu yg dijanjikan..sebaik enjin kereta dimatikan, aku turun dari kereta. Pintu rumah belum dibuka.
Dalam rumah kedengaran suara  Irfan.
" umi mai buat apa mak? ni mesti  nak  ambik abg bawak balik. Abg tak mau... abg nak tidoq sini!"
tiba2 langkah aku jadi berat. Serba salah untuk mengatur langkah.
"Assalamualaikum"
pintu dibuka.. Aku mencari kelibat dia. Tp tak nampak pun. Mesti lari  bersembunyi di sebalik pintu bilik.
Puas dipujuk tapi tak nak balik.
Kesabaran umi ternyata tak dapat dikawal. Umi kalah dalam melawan rasa marah.
Akhirnya Dia terlena disisi abah...
dalam  mas aitu.. mak berpesan
" pujuk anak elok2... jangan marah2... Kesian budak"
:huhuhuhu:
Abah angkat Irfan masuk kereta..
Bangun pagi tadi, aku  kucup dahi dan pipi anak2. Sudah menjadi kebiasaan kami sekeluarga bila hendak keluar  bekerja. Insyaallah semoga amalan ini akan kekal hingga  bila2...
Tiba2 Irfan buka mata.
"awat balik sini? Abg tak suka! abg nak balik kampung jugak! Umi ni jahat! kenapa bawak abg balik?!"
erm... tersentap seketika.
bukan niat untuk menyekat keinginan anak. Tapi ada masanya kita kena bertindak supaya anak2 menepati janji. Lagipun aku tak nak banyak2 hari akan lekat ayat2 yang tak sedap di dengar. Sbbnya mlm tadi aku terdengar  satu ayat makian.. Cepat boleh budak2 ni kalau berkawan. Tu yang aku takut. Aku tak suka dengar budak yg suka mencarut dan caci maki.. Panas telinga.
Dan.. bila anak2 umi dah besar nanti... umi harap anak2 umi faham dengan tindakan umi....
:-(

4 ulasan:

Unknown berkata...

sebuah novel diterbitkan oleh sharifah roshida.... syabas..... :-)

Tanpa Nama berkata...

adeh~ ombak rindu punya penangan. ~CDA~

wahida berkata...

budak2 mmg cepat mengikut...anak aku si adik tu dah pandai panggil org dgn panggilan oi!!...geram tau...dia belajar kat taska la tu...

Tanpa Nama berkata...

tu la pasai wahida.. depa mmg cepat ikut.nak washing balik tu amik masa...~CDA~