Rabu, 28 Mei 2014

ketayap

antara makanan  favourite budak2... ibu2 kat rumah tu, klu hari cuti boleh cuba buat, bila anak2 suka... puas hati seorang ibu... hihihi

Alkisahnya aku sendiri yg tetiba teringin nak mkn ketayap. tetiba ok... bukan mengidam ibu mengandung tau... tp TERINGIN. terus aku p cari :

bahan2:
Tepung gandum
Gula merah
kelapa parut
daun pandan
pewarna hijau
gula putih

cara2:
mula2 buat inti dulu dengan campurkan gula merah +gula putih dan sedikit air . masak sehingga  agak kering dan masukkan inti kelapa parut... kacau sampai betul2 kering. kemudian sejukkan.

kemudian, ambil sedikit air daun pandan, sedikit pewarna hijau disatukan dengan tepung gandum dan air.

buat satu bulatan yg nipis diatas kuali yang tidak melekat.


kemudian letak inti.

kemudian gulung mcm ni.

akhirnya taraa... siap!

ha.. inilah hasil yang aku dapat... ada banyak lagi sebenarnya yg tak sempat ambil gambar. anak dara ngn bapaknye terus ngap.

selamat mencuba! resepi yang sgt senang tetapi memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menggulung bagi cantik.




Selasa, 22 April 2014

paste tom yam paling sedap

Sebelum ni kalau buat tomyam, memanglah aku pakai paste. Tapi paste yang selalu aku pakai nak kena tambah cili padi, daun limau purut, asam limau...
Tapi... kawan aku suggest suruh pakai paste ni.

Ha.. inilah rupanya paste yang aku dok cerita tadi tu. Aku beli dekat Padang Besar RM15 sebotol ni.. tp disebabkan  mak cik tu bermurah hati sbb masa aku p tu mmg  pelanggan tak ramai, so aku boleh dapat harga rm10 je... klu time cuti sekolah jangan harap la... nak kurang seringgit pun tak dilayan.. hihi... janji aku dapat diakaun, suka..suka..suka.

nak masak pun senang.. masukkan air dalam periuk, lepas tu maskkan paste mengikut citarasa kita.. perasakan dengan sedikit garam. Nak sedap, campur sikit susu cair  bila dekat2 nak tutup api. Perghhhh terangkat Tom yam ni. Serius sedap!. hihihi. Tak cari paste lain dah.

Isnin, 3 Februari 2014

Selamat Pengantin Baru, Pitt

Sabtu lepas sempena Chinese New Year kami sempat menghadiri kenduri kwn lama masa sekolah menengah dulu...  Lokasi: Lagenda Height, Sungai Petani.
Seronok sgt rasa boleh jumpa kwn2 lama.. Almaklumlah lebih dari 15 tahun tak jumpa.... so, kami jadikan kenduri  kahwen pitt ni sebagai mini reunion la konon....hihii

Ha... comel kan pengantin, Dia jahit sendiri  gaun ni... kagum betul la... Pengantin sedang pegang anak Hani Mastura(tudung biru), baru lepas pantang pun sanggup turun demi kawan2.... Baju jubah coklat ni salah seorang best friend aku masa sekolah dulu... Kalau aku tak keluar rehat mkn  dengan depa, tak seronok katanya.... sanggup belanja aku mkn dikala aku kesempitan duit.. almaklumlah, dok asrama... hujung bulan agak sesak la... hiii... terima kasih sahabat....Rabiatul Adawiyah... sehebat namanya.... Love u Aton.

Yang tudung biru ni Sarah. Sarah paling kecoh dalam kelas dulu2.. Kalau sarah tak da... diam, sunyi ja.... sekarang pun mcm tu jugak... cuma sekarang ni Sarah bertambah ayu gitu.... 

Pitt.. kami doakan jodoh kalian bahagia hingga ke syurga.... 

Gabar2 lain akan menyusul... masih lagi dalam lensa juru kamera.



Isnin, 20 Januari 2014

Teluk batik

Ni cerita tahun lepas punya... 23 disember 2013 tp tak sempat nak buat entry sbb mok cik skrg bz berbisness Shaklee la pulokk... hihihi

Memandangkan adik2 dan anak sedara semua berkumpul pada musim cuti sekolah, Aku yg mmg suka berjalan ni rekemenkan kat mereka p Teluk Batik. Adik ipaq yang tak balik  bercuti pun sanggup cuti sat sbb nak turun join kitorang p teluk batik....
Izzan dan tok wan syok main air laut...

makan malam.... berjanggut tunggu nak siap.. huhuhu
kesian Athirah... sampai tertidur tunggu makanan sampai. letik sgt gamaknya main pantai ptg tadi.

keesokannya pula... kami mandi di taman tema marina cove. mmg main air je la keje kami...

sebelum bertolak balik, singgah mkn dulu.... berkelah sbb pagi tadi masak dulu...








Khamis, 12 Disember 2013

Gigi bebeh Izzan dah naik...

Izzan dan masuk 8 bulan.. tetiba je nampak sebatang gigi bawah sebelah kiri dah mula menampakkan diri.. Hihihi... umi suka suruh adik  ghenyih  sbb nak tgk gigi baru naik...
susah betul nak nak ambil gambar gigi dia...

ha.... nganga lagi bebeh... tak bleh nak  focus gigi neh...

ha.. akhirnya dapat jugak umi snap gambar gigi bebeh. tp gambar pulak jd blurr,,, :-)
 Lepas ni umi ken abersedia lah untuk digigit2 oleh bebeh... :-)



Selasa, 10 Disember 2013

Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai, Kedah

Percaya atau tidak dalam satu2 masa kita boleh sampai ke tempat yang dinyatakan???
hiihi.. Percayalah kerana ianya BENAR!!!

Ahad lepas, tak tau nak p jalan mana, encik asben cadangkan Jom p Pantai Merdeka. Tanpa bawa baju salin terus ja tuju ke destinasi. Masa tu dah pukul 2 petang. So dari alor setar nak ke Pantai Merdeka ni akan ambik masa lebih kurang 1 jam setengah.. Sebab trafik jammed, jadi 2 jam jugak la... almaklumlah cuti Sekolah. Untuk pengetahuan semua, Pantai merdeka ni terletak  di Sungai Petani.Terletak berhampiran Kota Kuala Muda. manakala  Tanjung Dawai Pula terletak di Merbok.


Masa sampai, payah bebenor cari parking. Penuh.. alih2 jumpa juga la parking. Kemudian, p beli baju untuk Insyirah sbb satgi dia nak mandi, mesti basah. Nasib baik kat sini tengah ada expo.

bebeh Izzan syok kena angin laut.. damai je rasa. Aku lepak kat sini je la ngn Baby sbb tak dak baju nak salin, Klu tak.. mesti nak main2 air jugak! Tgk tu... ngn kasut tumit tinggi p pantai! hahaha...hentam saja la labu...

seronok 2 beradik ni dapat main air... sampai tak mau naik...  nak ajak datang lagi!

atas bot nak pergi tanjung dawai. Umi sebenarnya takut sgt2... tp gagah jugak naik sbb anak2 nak naik.. dalam hati  hanya Allah  je yang tahu betapa takutnya umi...Tambang naik bot ni RM2 ja seorang untuk sehala.
peluk habih anak2 sbb takuttttt!! Depa rileks ja....tak takut pun.

bergambar kenangan dulu kat jeti Tanjung Dawai sebelum bertolak balik ke Pantai Merdeka.

Kat tanjung dawai boleh dapatkan ikan kering, udang kering, ikan bilis, belacan, ikan pekasam, keropok lekor dan byk lagi la ....
So.. sapa2 yang bercadang nak ke Kedah... boleh la melawat tempat2 ni ye....

sebelum bertolak balik, pekena aiskrim spesial ni dulu... :-)










Jumaat, 29 November 2013

Kami Dah ada LESEN


Ni dia ... bebeh dan Danish dah dapat kereta baru... 
Bebeh lesen P dah.. sbb sblm ni bebeh tumpang naik kereta orang dulu. Danish pulak baru lesen L... mcm ketam berjalan... hihii

Ha.... bila tangkap gambaq baru perasan kereta  depa jenama BLM.. tp bukan SAGA BLM ye,,, hihiii
Hurmm bebeh sangat seronok.. terloncat2 sbb keter baru ni ada lagu.. keter lama tak dak lagu.. eksen!!! keter lama tak pandang dah...