Selasa, 8 Julai 2014

menu berbuka hari ke 8

Hari sabtu, hari cuti.. so pagi2 dah keluar p nat (pasar pagi) untuk bencari bahan2 basah untuk memenuhkan peti ais.

so ptg aku buat puding cocktail.

x comey pulok tgk dalam gambar ni.


menu ke 2:

siakap 3 rasa... 

bawa p mkn rumah mak mertua ramai2...


Rabu, 2 Julai 2014

Sahur Ramadhan ke 4

ha... hari ni aku bangun awal, boleh masak nasik makan panas2.. habis masak semua, panggil anak makan....

ha... kesian pulak tengok... mata tak mau buka, nasib baiklah umi dia ni  rajin suap. Harap abah??? disuapnya sudu besi dekat Irfan.. abah... abah... saja nak bg anak nangis pagi2.


so.. pagi ni mkn yang kering2 je... tak da kuah.. mkn ngn nasi panas2... dengan  cuaca hujan... mmg layan .

pekasam daging. goreng dengan bawang besar + bawang putih+cili padi+ cili hidup. Tp klu ada cili kering pun best... alkisahnya, cili kering dah habis!

yang ni pulak,  sambal bilis+tempe+kacang.
yang ni aku beli siap dekat kenalan kat opis. RM15 sebekas. kira ok la...

dengan ayam golek balance yang waktu berbuka mlm td.

ha.. lepas mkn terus masuk tidur. umi pulak p bg air masak suruh minum. takut dia haus esok pagi..
Irfan.. Irfan, mcm tu jugak umi dulu2 kan... hihihiihi


Selasa, 1 Julai 2014

Ramadhan 2014

Alhamdulillah, Semoga Ramadhan tahun ini adalag yg terbaik dari tahun sebelum ini,
 i need more energy.... Tak pe, jgn risau... Shaklee kan ada...insyaallah sedikit sebanyak dapat membantu.

so...jom usyar apa yg aku masak sepanjang 3 hari sahur.

sahur  hari pertama:


hari ke2
 

 hari ke 3

ketiga2 menu adalah berasaskan AYAM. sbb anak aku suka mkn ayam.  Itu je dia punya favourite, sebagai ibu, ikutkan sajalah asal dia berselera nak mkn sahur,
:-)

Selasa, 3 Jun 2014

birthday yg ke32

alhamdulillah...30 mei2014 genap umur aku 32 tahun. syukur ya Allah krn diberi nafas utk mengecapi nikmat hidup. Syukur juga dikurniakan suami dan anak2. semua ini adalah anugerah yg tak ternilai.
so., thn ni dpt hadiah tablet lenovo. mcm tau2 ja aku tgk dok servey lenovo. alhamdulillah...jimat x payah keluar duit beli tab baru.
m
mcm ni la lebih kurang tab tu...

hurm... godek2 dulu. x terer guna lg.
sat ja rasa,,dah semakin menginjak usia. semoga Allah merahmati aku, ibu yg melahirkan, ayah yg bersusah pyh,suami yg sentiasa bersama suka duka dan ank2 yg menghiburkan.

Rabu, 28 Mei 2014

ketayap

antara makanan  favourite budak2... ibu2 kat rumah tu, klu hari cuti boleh cuba buat, bila anak2 suka... puas hati seorang ibu... hihihi

Alkisahnya aku sendiri yg tetiba teringin nak mkn ketayap. tetiba ok... bukan mengidam ibu mengandung tau... tp TERINGIN. terus aku p cari :

bahan2:
Tepung gandum
Gula merah
kelapa parut
daun pandan
pewarna hijau
gula putih

cara2:
mula2 buat inti dulu dengan campurkan gula merah +gula putih dan sedikit air . masak sehingga  agak kering dan masukkan inti kelapa parut... kacau sampai betul2 kering. kemudian sejukkan.

kemudian, ambil sedikit air daun pandan, sedikit pewarna hijau disatukan dengan tepung gandum dan air.

buat satu bulatan yg nipis diatas kuali yang tidak melekat.


kemudian letak inti.

kemudian gulung mcm ni.

akhirnya taraa... siap!

ha.. inilah hasil yang aku dapat... ada banyak lagi sebenarnya yg tak sempat ambil gambar. anak dara ngn bapaknye terus ngap.

selamat mencuba! resepi yang sgt senang tetapi memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menggulung bagi cantik.




Selasa, 22 April 2014

paste tom yam paling sedap

Sebelum ni kalau buat tomyam, memanglah aku pakai paste. Tapi paste yang selalu aku pakai nak kena tambah cili padi, daun limau purut, asam limau...
Tapi... kawan aku suggest suruh pakai paste ni.

Ha.. inilah rupanya paste yang aku dok cerita tadi tu. Aku beli dekat Padang Besar RM15 sebotol ni.. tp disebabkan  mak cik tu bermurah hati sbb masa aku p tu mmg  pelanggan tak ramai, so aku boleh dapat harga rm10 je... klu time cuti sekolah jangan harap la... nak kurang seringgit pun tak dilayan.. hihi... janji aku dapat diakaun, suka..suka..suka.

nak masak pun senang.. masukkan air dalam periuk, lepas tu maskkan paste mengikut citarasa kita.. perasakan dengan sedikit garam. Nak sedap, campur sikit susu cair  bila dekat2 nak tutup api. Perghhhh terangkat Tom yam ni. Serius sedap!. hihihi. Tak cari paste lain dah.

Isnin, 3 Februari 2014

Selamat Pengantin Baru, Pitt

Sabtu lepas sempena Chinese New Year kami sempat menghadiri kenduri kwn lama masa sekolah menengah dulu...  Lokasi: Lagenda Height, Sungai Petani.
Seronok sgt rasa boleh jumpa kwn2 lama.. Almaklumlah lebih dari 15 tahun tak jumpa.... so, kami jadikan kenduri  kahwen pitt ni sebagai mini reunion la konon....hihii

Ha... comel kan pengantin, Dia jahit sendiri  gaun ni... kagum betul la... Pengantin sedang pegang anak Hani Mastura(tudung biru), baru lepas pantang pun sanggup turun demi kawan2.... Baju jubah coklat ni salah seorang best friend aku masa sekolah dulu... Kalau aku tak keluar rehat mkn  dengan depa, tak seronok katanya.... sanggup belanja aku mkn dikala aku kesempitan duit.. almaklumlah, dok asrama... hujung bulan agak sesak la... hiii... terima kasih sahabat....Rabiatul Adawiyah... sehebat namanya.... Love u Aton.

Yang tudung biru ni Sarah. Sarah paling kecoh dalam kelas dulu2.. Kalau sarah tak da... diam, sunyi ja.... sekarang pun mcm tu jugak... cuma sekarang ni Sarah bertambah ayu gitu.... 

Pitt.. kami doakan jodoh kalian bahagia hingga ke syurga.... 

Gabar2 lain akan menyusul... masih lagi dalam lensa juru kamera.