Isnin, 17 November 2014

Masak Lemak cili Padi Ikan Patin


Mak mertua bagi Ikan Patin, So.. aku buat  Masak Lemak Cili Padi Ikan Patin.

Kalau ada tempoyak lagi sedap kot!

 Resepi

Bahan2

1 Ekor Ikan Patin yang telah disiang
serbuk kunyit. Kalau ada kunyit hidup lagi bagus.
daun kunyit
santan
10 biji cili padi
4 ulas bawang merah
2 batang serai diketuk
2 keping Asam Keping
Garam


Cara Masak

1) Ikan dibersihkan dan dikisar bersama asam limau/cuka/asam jawa sehingga hilang bau hanyir
2) Masukkan santan cair.
3) Blender cili padi + bawang dan masukkan kedalam santan... sentiasa kacau dengan api yang sederhana.
4) Masukkan serbuk kunyit dan asam Keping.
5) Bila santan agak masak, masukkan ikan.
6) perasakan dengan garam.

hoho.... tak reti nak masak masakan org Pahang ni,.

Tiada ulasan: