Rabu, 9 Julai 2014

Sahur Ramadhan ke 11- Butter Prawn

Macam biasa... pagi ni bangun pukul 4.30 pagi. Dlm hati mmg teringat nak masak butter prawn je... Mula la letak nasik dan sediakan bahan2 nak masak....sampai terlupa untuk solat tahajjud.. Betapa lalainya aku YA ALLAH....
mula2 kita buat floss ni dulu ya...
Cara nak buat dia sgt mudah... guna 2 biji kuning telur. pukul rata.. kemudian panaskan minyak... sambil tuang  bertali dan gunakan sudip untuk membuat putaran ikut arah jam. Pastikan kacau  dengan satu arah saja. Kemudian sejatkan untuk pastikan floss tidak terlalu berminyak.

kemudian kita goreng udang sehingga udang separuh masak. Angkat dan toskan.

Di dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak bersama butter. Aku guna buttercup sbb lebih berlemak.
Tumiskan bawang merah,daun kari dan cili padi sehingga agak garing. Kemudian masukkan sedikit garam. bila mendidih, masukkan udang dan kacau sehingga kuah  pekat.

kemudian taburkan floss yang kita buat mula2 tadi... ha... siap untuk dihidangkan.

Resepi ni sgt mudah. Boleh la try ya kawan2.... 



Tiada ulasan: