Isnin, 28 Januari 2013

Sekatan Jalan Raya

Jumaat lepas bertolak balik dari tempat kerja agak lambat. Dalam pukul 5.30 ptg mcm tu.  Apa lagi... aku pun pecut la Myvi adik aku sbb nak cepat sampai rumah kan? Tak disangka pulak ada sekatan polis dalam jalan kampung. Terkejut aku! ingatkan org buat jalan.. sekali tgk bendera merah daaa..suruh berenti.

Aku: Alamak nisah! mati la kena saman. apsal hg tak pakai seat belt?
Nisah: weii.. slow!! (sambil tarik seat belt tp tak sempat nak cucuk kat pemegang dia tu..terus dia pegang je)

Sampai kat polis... aku turunkan cermin tingkap. Sambil sengih2... tak tau nak kata apa

Pak polisi: Assalamualaikum
Aku: Waalaikumsalam
PAk polisi: Cuba lepaskan tgn tgk...
Adik aku: er.. er... (sambil lepaskan tgn)

Hurrr.. kantoi.. polis tu perasan awal lagi sbb kalut tarik tali pinggang.
Pak polisi: Mintak IC

Adik aku pun  seluk beg cari IC nak bg kat polis tu..

Pak polisi:: Ehh.. mengandung ke?
Adik aku: ya.. mengandung.
Pak Polisi : Ooo.. tak bgtau tadi.. kalau mengandung mmg dikecualikan. Akak yang drive ni pun mengandung jugak ke?
Aku: Ya encik.. 2-2 org mengandung.
PAk polisi: Eh.. akak ni pakai seat belt buat apa? Org mengandung mmg tak elok pakai seat belt. Kalau  kak berenti secara mengejut, takut belt ni menjejaskan kandungan. Kak boleh tanggalkan seat belt tu sekarang jugak
Aku: tak pe encik.. saya dah biasa.. tak reti la kalau tak pakai.
Pak polisi: Tak boleh kak.. bahaya...Tak pa2... org mengandung kami tak saman...mmg dikecualikan.
AKu: Terima Kasih...

Uii.. ketaq lutut aku sebenarnya,,. walaupun bukan aku yg buat salah.
Sebenarnya dah tahu lama dah mmg perempuan mengandung dikecualikan. Tp entahla kenapa  tiba2 terlupa yg kami berdua tgh mengandung. Apa pun tak terkata masa polis tu nak saman.


1 ulasan:

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

kalu saya pun mau ketaq jumpa polis walau xbuat salah haha