Jumaat, 6 Januari 2017

Melaka ~ cuti cuti sekolah~ day 2

Mmg niat dihati nak  ajak anak anak jalan ke Melaka.. tetapi memandangkan diri mak ni tak berapa nak larat, macam malas ja nak pergi mana mana. encik suami tetiba ajak.. Jom P Melaka..  Adehh.. jom la...

Lawak tak? Cuti Christmas p jalan jalan tanpa menempah hotel atau homestay terlebih dahulu... Adakah pisang akan berbuah 2 kali?
Dulu masa mengandung dekat Izzan.. naik cameron, pastu turun balik sbb tak dapat hotel..hotel penuh! Seksa hanya Allah yang tahu...

Sampai Ayer keroh dah pkl 5 dah...10contact homestay semua penuh!

Bapak mertua kata.. tak pa.. Kita cari masjid dulu..SOLAT.
Ya Allah permudahkanlah urusan kami,,,

Alhamdulillah ...Allah mendengar doa kami.

Bantuan datang bergolek... sampai terpaksa memilih mana yang kami nak duduk...

So kami dapat satu homestay dekat ayer Keroh Melaka,.

homestay kami...satu malam RM200.

singgah solat di masjid ni..


Ok...homestay kami kena masuk pkl 10.00 mlm sbb org checkout pkl 8.30 mlm..

lepas rehat letih perjalanan yang agak jauh dari utara ke Melaka ni, keesokannya kami memulakan perjalanan dengan menaikibot merentasi sungai Melaka.

atas bot...

lepas naik bot..ronda ronda konon nak naik beca tapi bandar Melaka terlalu sesak.. pusing kat bandar jah nak ambil masa..sampai kawasan kota A Famosa tu org pulak penuh tak de tempat nak parking.

maka kami singgah untuk solat di masjid ni dulu...
lepas solat sesi mencari kedai makan. mak makan asam pedas kengkonon///
P cari asam pedas claypot... masyaallah.. org terlalu ramai... satu lagi kedai aapa tah.. pun tutup... Maka kami teruskan perjalanan ke Klebang... cari coconut shake la... maka kami dapat makan pukul 4.00 ptg. Perut mmg bergelora la.. almaklumlah selalunya paling lewat pkl 1 dah mkn tengahari.

jumpa gerai ni... So  boleh la merasa coconut shake.

inilah rupanya coconut shake tu...

Kebetulan kat sini ada jual set nasi asam pedas ikan pari.
maka oder la...
ha... inilah rupanya set nasi tu... sedap jugak....satu set ni rm10. Boleh la kan?


ha.. licin... Bukti lapar tahap gaban... :-)

Lepas makan, Melawat pulak kapal selam.

kapal selam... boleh masuk bergambar.. bayaran tak mahal sgt.. berbaloi la... sorang dalam rm3 atau rm4 mcm tu ja..

keadaan di dalam kapal selam.. oh mak kau.. terkejut.. patung! ingatkan ada org betul.. terus kapok abah sbb takut! sejuk ja dok dalam ni,.. Aircond kuat.. hihihi..

dalam sehari boleh melawat berapa tempat je...

mmg tak puas.. maka kami call balik homestay.. alhamdulillah... masih kosong dan kami pulang ke sana... esok teruskan lagi jalan jalan ye...sbb malam budak budak ni sangat teruja nak naik beca sbb ada lampu lampu yang sangat cantik...Tp tak dapat naik sbb cari parking tak dak... esokla kita datang balik..












Tiada ulasan: