dapat whatsapp kata kena tukar sebelum 18hb.. selepas tu dah tak boleh buat sebarang transaksi..
pulun la p bank beratur nak buat kad baru sebab takut nanti tak boleh nak keluarkan duit.
sebenarnya tidak.. kita cuma tak boleh nak buat pembelian secara debit je kalau tak tukar..
kesian pulak la org tua dan ibu mengandung macam ahkak ni kena beratur semata mata sebab kad ni je...
apapun sebab dah alang alang pergi bank... ahkak pakai maybank.. so maybank ada sediakan satu kiosk untuk memudahkan pelanggannya... kiosk ni hanya ada di cawangan yang terpilih sahaja.. Kebetulan saya kerja dekat perlis..maka saya pergi maybank Kangar...
Alhamdulillah beratur tak sampai setengah jam pun. Buat kad tu ambil masa 2 minit je.. sangat mudah dan cepat berbanding perkhidmatan kaunter yang nak menunggu nombor hiliran satu hal...
tgk ni... gigih tak ibu mengandung beratur u...
ni masih lagi menunggu nak sampai ke dalam... tulah rupanya mesin tu...
senang sangat sangat.. apa yang perlu kita buat:-
1) masukkan kad atm.
2) kemudian masukkan no pin yang selalu kita guna
3) masukkan kad pengenalan
4) imbasan cap cari.
5) kad lama mesin ni telan.. dia akan keluar kad baru.. siap! dah boleh ambil duit dekat atm///
Selain tu kita juga ada pilihan.. nak mohon kad melalui online pun boleh. Bank akan pos kat rumah kita.. lagi senang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan