Jumaat, 25 Januari 2013

sensitifnya ibu mengandung

hari ni nak bercerita tentang kejadian semalam.
Semalam adalah hari kelahiran nabi junjungan kita.. Nabi MUHAMMAD S.A.W.. 12 Rabiulawal..
Irfan ada tanya aku...

Irfan:Umi hari ni hari apa?
Aku: Hari Khamis
Irfan: Hari Jadi Nabi la umi...
Aku: oooo.. (dalam hati: mesti abah dia yg  bgtau)

Ini bermakna seluruh Malaysia cuti la kan.. Budak2 ni kalau cuti ja... terus jom balik kampung!!!
on the way nak balik kampung aku ajak suami singgah giant sbb dah plan nak belikan rak buku untuk letak buku2 Irfan. Sampai Giant tgk rak yang aku berkenan tu dah naik harga la... RM44. Huh !! mahal gila... tp hati mcm sedikit kecewa la. Suami aku cadangkan.. baik pergi tgk kat kedai perabot. Mungkin lebih murah. Terus umi sentap!!!.. Mungkin dia nampak aku lain, sekali lagi dia tanya.. Nak amik jugak ke? Aku jawab.. TAK pAyah!! MAHAL!!

Lepas tu kami berjalan la ke tempat lain.. sambil suami dukung Insyirah. Laju semacam je dia berjalan.. tak ingat ke aku yg terkedek2 kat belakang ni. Nasib baik la Irfan ada.. boleh jugak aku bersembang tp dalam hati... aku rasa nak nangis... Apsal dia jalan jauh2?
hurm.. bila dapat kejar.. aku cakap.. Awat jalan jauh? dah la susah nak cari!
Suami aku cakap sbb aku suka selit2 dari rak ke rak.. tiba2 hilang...
err... aku jugak yg salah... lepas tu  dia suruh aku jalan dulu... Terus mood nak shopping hilang.

Then masa nak turun ke parking... escalator rosak. alamak!!! dah la tangga yg jenis rata tu... nak turun tu mcm licin sikit. Hurm.. Aku minta Irfan pegang tangan aku.. sbb aku takut aku tersungkur! Yang si abahnye dah selamat sampai kat bawah nun.. Aku je yg masih terkedek2... Dalam hati bara yg teramat. Aku tahankan saja...

Masuk dalam kereta..

Suami: nak p mana lagi?
Aku: (senyap)
Suami: Pasai apa ni? tiba2 ja?
Aku: (senyap) (dalam hati: Tak tau ka aku tgh marah ni)

Suami aku pasang CD. Lagu yg tgh dimainkan tu lagu sedih.. Aduiii terus keluar ayaq mata....

Suami: Laaa.. teriak pulak.. pasai apa ni adik?? (boleh dia tanya Insyirah???)
Aku: (senyap lagi sambil cari tisu lap ayaq mata yg laju keluar....) (pelik kan?)
Suami : ooo patut la umi teriak.. dengar lagu sedih.

Terus keluarkan CD pas tu buka siaran IKIM.FM

Ha.. tiba2 hati aku jadi tenang sekali mendengar zikir dan nasyid pujian2 ke atas Nabi Muhammad. Anak2 pun ikut sekali menyanyi... Ya nabi Salamualaik... ya Rasul salamualaik...tp sekali sekala rasa nak nangis lagi...

Sebelum sampai kampung, suami aku kona masuk kedai perabot. Yeha!!! ingatlkan dia lupa.
kat kedai perabot ni rak tu kami boleh dapat dengan harga RM29 je... Ha.. kan murah berganda tu!

Hurmmm.. sensitif terlebih ... baby perempuankah ???
tunggu dan lihat....




4 ulasan:

Irfa berkata...

eh samalah ngan Irfan saya
dr last week duk tanya
'bila hari jadi nabi?'
adoi..jenuh terangkan org sebut maulidur rasul.bukan hari jd nabi

kih kih kih..mmg sensitif sungguh la
tp saya paham..sbb penah kena

shida berkata...

tu la kak irfa, mcm2 kan kadang2 pening kita nak terang satu persatu...

hihihii.. hanya yg pernah rasa je bleh paham.. kikiki

Tie HT berkata...

oh mod ibu pegnen tu, moga tabah menghadapi..syukur ada hubby yg understanding kan :)

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

perasaan ibu2 mengandung mmg cepat tersentuh kan