Isnin, 21 Januari 2013

diet untuk test BSP hari ni

pagi2 lagi aku dah  p check paras gula sebelum mkn.
Bacaan yg ditunjukkan ialah 4.6..

so, utk sarapan pagi aku beli
bihun goreng singapore
air mineral
sebiji VCO.

Pukul 12 tghari pergi check kat klinik kesihatan
Bacaan gula dalam darah ilah 3.9.. alahai.. turun la pulak.. tapi tak pe, harap2 jgn lebih dari 6 sudah...

Lepas tu terus lunch...
So untuk makan tengahari:
nasi putih
sup daging
air kosong....

hehehe air kosong lagi.. Air kosong menjadi teman setia sejak aku diet control ni. Adui.. rindu pulak pada teh ais.. :-)

erm.. pukul 4.30 kejap lagi nak gi ambil bacaan kali ke 3 pulak. Kita tgk berapa bacaan yg dapat.. :-)

ok.... untuk bacaan BSP kali ke 3 ni ialah 4.3
hurmm misi ada tanya aku.. ada mkn ubat apa2 ke?
erm.. tak da mkn apa2 pun, cuma tak minum minuman yang manis2... air mineral je....

balik rumah , pukul 6.30 terus mkn :
nasi putih 1 senduk
udang goreng kunyit 4 ekor.

dan... utk bacaan BSP kali ke 4 pada pukul 9 malam ialah 5.5

Alhamdulillah/.. diet pada hari ini telah berjaya...

4.6...3.9...4.3...5.5


Tiada ulasan: