Khamis, 10 Januari 2013

Rindu pula pada keletah mereka

hurm.. sunyi je rasa bila masing2 dah balik rumah. Sepanjang musim cuti sekolah, pakat balik kampung. Masa ni lah kemampuan aku teruji. Boleh diakatakan setiap hari aku kena balik kampung. sekejap hantar Irfan.. Keesokannya dik pulak nak pergi tgk abg.. nak tgk kakak... Letihnye....
Tp tu la... kita lupa yg  itu adalah keseronokan mereka. Kita dulu pun pernah melaluinya Dan itu adalah kenangan terindah... Dah tak dapat nak ulang lagi. Dan biarlah aku penat sikit, asalkan anak2 aku gembira.

bawa depa main kat playground Gunung Keriang.. sambil2 boleh tgk aksi monyet2 yang banyak kat sini.

sebenarnya hajat umi lagi penting.. nak makan keropok losong pedas yang dijual kat gerai berhampiran. Sbb terlalu teruja nak makan, lupa pula nak snap gambar.. :-)

Macam2 aksi anak2 buah dan  puteri aku ni... rasa mcm hepi ja kan...


Apa yg abah  focus tu? Hari tu nampak ada lutung atas pokok ni.. tp  dok usyar2 dalam pic ni mcm tak nampak apa pun... :-)

Insyirah bersama Iman syifa... Sepupu  depa 2 org ni.. Lahir pun pada bulan yang sama.. mama dan umi depa pun pantang  sama2.. katil sebelah menyebelah. Macam wad pun ada masa tu.. hihhihi... Skrg dah besar dah ye...

Main jongkang jongkit....

Habis penat main, bawa depa pusing2 tgk taman Jubli Emas.. dekat jugak la dengan kawasan gunung keriang. Tapi nama tempat ni Seri Menanti... Kalau petang2 ramai org kat sini. Banyak aktiviti boleh buat kat sini.

Dan yang paling  femous kat sini... gelanggang basikal dan sk8 board la... syok tgk budak2 muda beraksi... Ada yg tertonggeng... ada yg steady je.. hihihi

Ditengah2.. anak buatku.. Yang aku panggil Kuih PAU... Gunting rambut pendek.. muka nampak bulat mcm kuih pau.. hi  hhihi... Rindu sama dia...

Apapun, harap sgt cuti sekolah cepat datang lagi... Rindu lagi pada suasana riuh rendah cucu2 mak aku...








2 ulasan:

wahida berkata...

kuih pau...heheh...mmg geram tgk muka anak sis...bulat...

rasa nak cubit2 pipi dia...

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

saya slalu gak lepak taman jubli ni