Khamis, 12 Disember 2013

Gigi bebeh Izzan dah naik...

Izzan dan masuk 8 bulan.. tetiba je nampak sebatang gigi bawah sebelah kiri dah mula menampakkan diri.. Hihihi... umi suka suruh adik  ghenyih  sbb nak tgk gigi baru naik...
susah betul nak nak ambil gambar gigi dia...

ha.... nganga lagi bebeh... tak bleh nak  focus gigi neh...

ha.. akhirnya dapat jugak umi snap gambar gigi bebeh. tp gambar pulak jd blurr,,, :-)
 Lepas ni umi ken abersedia lah untuk digigit2 oleh bebeh... :-)



Selasa, 10 Disember 2013

Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai, Kedah

Percaya atau tidak dalam satu2 masa kita boleh sampai ke tempat yang dinyatakan???
hiihi.. Percayalah kerana ianya BENAR!!!

Ahad lepas, tak tau nak p jalan mana, encik asben cadangkan Jom p Pantai Merdeka. Tanpa bawa baju salin terus ja tuju ke destinasi. Masa tu dah pukul 2 petang. So dari alor setar nak ke Pantai Merdeka ni akan ambik masa lebih kurang 1 jam setengah.. Sebab trafik jammed, jadi 2 jam jugak la... almaklumlah cuti Sekolah. Untuk pengetahuan semua, Pantai merdeka ni terletak  di Sungai Petani.Terletak berhampiran Kota Kuala Muda. manakala  Tanjung Dawai Pula terletak di Merbok.


Masa sampai, payah bebenor cari parking. Penuh.. alih2 jumpa juga la parking. Kemudian, p beli baju untuk Insyirah sbb satgi dia nak mandi, mesti basah. Nasib baik kat sini tengah ada expo.

bebeh Izzan syok kena angin laut.. damai je rasa. Aku lepak kat sini je la ngn Baby sbb tak dak baju nak salin, Klu tak.. mesti nak main2 air jugak! Tgk tu... ngn kasut tumit tinggi p pantai! hahaha...hentam saja la labu...

seronok 2 beradik ni dapat main air... sampai tak mau naik...  nak ajak datang lagi!

atas bot nak pergi tanjung dawai. Umi sebenarnya takut sgt2... tp gagah jugak naik sbb anak2 nak naik.. dalam hati  hanya Allah  je yang tahu betapa takutnya umi...Tambang naik bot ni RM2 ja seorang untuk sehala.
peluk habih anak2 sbb takuttttt!! Depa rileks ja....tak takut pun.

bergambar kenangan dulu kat jeti Tanjung Dawai sebelum bertolak balik ke Pantai Merdeka.

Kat tanjung dawai boleh dapatkan ikan kering, udang kering, ikan bilis, belacan, ikan pekasam, keropok lekor dan byk lagi la ....
So.. sapa2 yang bercadang nak ke Kedah... boleh la melawat tempat2 ni ye....

sebelum bertolak balik, pekena aiskrim spesial ni dulu... :-)










Jumaat, 29 November 2013

Kami Dah ada LESEN


Ni dia ... bebeh dan Danish dah dapat kereta baru... 
Bebeh lesen P dah.. sbb sblm ni bebeh tumpang naik kereta orang dulu. Danish pulak baru lesen L... mcm ketam berjalan... hihii

Ha.... bila tangkap gambaq baru perasan kereta  depa jenama BLM.. tp bukan SAGA BLM ye,,, hihiii
Hurmm bebeh sangat seronok.. terloncat2 sbb keter baru ni ada lagu.. keter lama tak dak lagu.. eksen!!! keter lama tak pandang dah...



Khamis, 21 November 2013

restoran tengah bendang, Kepala Batas

balik dari kursus.. rasa perut berbunyi2...
terus ajak asben singgah la mana2 kedai pun sbb lapar sgt2.. tetiba nampak satu kedai ni...
lokasi dia mmg kat tengah2 bendang.. kalau dari Jitra, dia terletak sebelum lapangan terbang Sultan Abdul Halim.
Mula2 sampai cuak jugak... betoi ka restoran ni?
Tiba2 teringat cerita pasal restoran yg tak wujud suatu ketika dulu... tp dlm hati harap2  restoran betul la kan.. hihihi.. mcm2 andaian.. almaklumlah.. masa tu tgh maghrib.

So... makanan kat sini mmg sedap., Kami oder nasi goreng ayam dan tomyam...

nasi goreng ayam... comel je cara hiasan...ada keropok MONY!!

tom yam udang... udang  biasa2 saja.. tp rasa tom yam sedap!

Bila2 boleh mai try lagi sbb memenuhi citarasa aku jugak... harga pun boleh tahan.... tak da la murah sgt.. tak da la mahal sgt.

So.. sapa2 yg  nak  jln2 cari mkn kat Alor Setar... boleh cuba mai  rasa tgk no...




Rabu, 20 November 2013

siakap 3 rasa

siakap 3 rasa ni buat lama dah.. tp sbb bz  dan terus terlupa nak letak gambaq dia....
so hari ni nak tunjuk cara nak buat siakap 3 rasa....

mula2 kita gaulkan dengan  garam dan kunyit. Kemudian goreng sampai garing.

kuah kita masak asing dan curahkan ke atas ikan yg telah digoreng tadi.

cara nak buat kuah...
1) tumiskan bawang besar dan bawang putih.
2) tumiskan 2 sudu besar cili kisar.
3) bila dah mendidih, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
4) perasakan dengan sedikit gula dan garam
5) masukkan hirisan nenas, tomato dan cili padi.
6) masak sampai nenas menjadi lembut.

Senang kan?? asben saya cakap mcm kat kedai... hihihi... seronok pulak bila kena puji. Almaklumlah dia jarang nak puji saya masak.


Selasa, 19 November 2013

syamsul Izzan dah 7 bulan

sekejap je masa berlalu...
sekejap je adik dah besar... sekarang ni dah pandai guling2




Jumaat, 15 November 2013

bagaimana terjadi?

alkisahnya mcm ni....

mlm tu... Izzan demam.. suhu tinggi jugak la. so, bgn pagi tu aku dah berkira2 nak cuti ke tak.. nak cuti ke tak... sbb cuti aku hanya berbaki 3 hari je lagi utk tahun 2013. Fikir punya fikir teruskan niat nak p kerja la sbb tgk  baby dah tak panas sgt.

So.. pagi tu suami kena tolong hantarkan aku ngn baby la... dan pagi tu kami sedikit terlewat keluar dari rumah... Hujan rintik2 mula turun... Selalunya keluar rumah dalam pukul 6.15 pagi. Tp hari tu kami keluar dari rumah pukul 6.40 pagi.

selalunya pukul 6.45 pagi aku akan tukar dengar siaran IKIM sbb nak dengar zikir,,

LA HAW LAWALA QUWATAILLABILLAH HIL ALIYYIL AZIM....

sambil2 dengar alunan... sambil mulut mengikut alunan zikir... masa tu kami melepasi traffic light...
Kami line kanan...
sebelah kiri kami ada sebiji proton iswara merah...
tiba2 seorang penunggang motorsikal terjatuh dari motor.
kereta iswara yg mendahului depan sikit je dari kami tu...tp dia kat lorong kiri la... terus belok ke kanan ( terbabas) sbb nak elak dari langgar org tu...
Kejadian cepat sgt. Sepantas kilat... Aku menjerit.. " ALLAHU AKBAR" sambil peluk baby kuat2...
 dan gedegangggg!!! terkena jugak...
Tapi  Alhamdulillah... semua selamat. Hati berdebar2 jugak sbb tak tahu apa akan terjadi kat belakang kami nanti... sbb kereta byk masa tu...
Kebetulan ada kereta peronda polis kat belakang kami. Polis tu la yg dok belakang dan tahan lalulintas...

Penunggang  tu tak alami apa2 kecederaan cuma helmet yg dia pakai tu la.. mcm retak sikit. hurmm... nasib pakai helmet kan?

ini keadaan masa tu...gambar pun blurr sbb aku ketaq kaki, tgn dan lutut... huhuhu

pak cik ni terus mengundurkan kenderaan setelah diarah oleh polis supaya ke tepi. So kami semua ke tepi la...
pihak polis sedang bg info suruh p buat laporan polis kat  balai polis traffic. Yang berbaju kuning penunggang motorsikal. pak cik kereta merah tu... terus pergi ke sekolah sbb nak hantar anak...tak berenti bincang tepi jalan pun.. dia kata nanti jumpa kat balai...

 Aku p settlekan urusan hantar anak2 dulu... lepas tu pukul 9 baru p balai,
Pak cik tu pun datang. Tp apsal dia  datang naik motor eh???

Kami ckp kat dia.. kami nak buat report sbb nak claim insurans je....dia kata tak buat report pun tak pa... sbb kerosakan ni tak teruk sgt.

so kami buat jugak repot.. pak cik tu pun terpaksa jugak buat repot...
Last2 kami yang kena bayar kompaun sbb polis tu kata org belakang tetap salah... 
Cehh... kami jugak yg salah?? Padahal bukan polis tu ada tempat kejadian pun...

Mau tak mau kena bayaq jugak la....Apa la nasib... dah la excident atas kecuaian org lain.. tertiba kami pulak disabitkan kesalahan atas kecuaian.

yg niat nak claim insurans pun dibatalkan sebab kerosakan yang dialami rm700 je. Rasa tak berbaloi nak claim insurans.. nanti NCD start dari mula.

erm.. mcm p serah diri dan sedekah je kan kat polis... huhuhu.

Tak pa la... duit boleh dicari tp keselamatan nyawa diri  dan aanak2 lebih penting.
Alhamdulillah...Alhamdulillah.. Alhamdulillah...





















Rabu, 13 November 2013

Malang tak berbau

Selasa : 6.45 pagi... kami terlibat dalam kemalangan kecil di depan hospital sultanah bahiyah.. Jom layan gambar kereta dulu....


keadaan kereta tak dak la teruk mana... still; boleh berjalan... cumanya bumper depan tu tak boleh nak buka,  dan muka depan tu patah sikit.
sikit je lagi nak kena tangki air... alhamdulillahh... 

cuma  encik kereta kena berehat dekat wad la 5-6 hari,

esok aku sambung cerita mcmmana  boleh berlaku... panjang nak karang... tak sempat hari ni... :-)


Rabu, 6 November 2013

roti tisu

ha.... kali pertama aku mkn roti tisu sewaktu aku mengandung anak ke 3. Tgk ada student mkn, teringin je nak mkn. Nak dijadikan rezeki, Ada seorang akak yang pemurah telah belanja aku mkn roti tisu. ermmm sedap gila masa tu.. Rasa dunia ana yang punya! Almaklumlah.. sugar control punya pasal. Sbbnya kat roti tisu tu.. disira  susu pekat dan sedikit gula. mkn ramai2.. rebut2 sangatlah best.


entah kenapa herot sikit..condong jadinya.

Nak dijadikan cerita tetiba ptg smlm tekak ni rasa nak mkn roti tisu. So,  singgah sekejap kat kedai mamak. Minta roti tisu. Umi, abah dan insyirah kongsi satu roti tisu. Si abang pulak tak nak.. tak sedap katanya. Dia suka layan roti canai lagi....
Adik kata.. sedap ooo abang.. hihii
Yang ni hanya dia letak susu pekat manis. tak de gula.. klu ada gula lagi rasa ummph... kikiki...

Khamis, 31 Oktober 2013

cara mudah sediakan puri untuk bayi anda.

Assalamualaikum semua..
hari ni nak berkongsi sikit tip2 mudah dan cepat untuk sediakan makanan pertama untuk bayi. Bila bayi  dah masuk 6 bulan, time to eat! Tp Izzan ni   4 bulan setengah dah start mkn dah sbb biasalah dok ngn tok kan....

So... untuk Izzan, umi buat cara ni je...
Sediakan puri frozen siap2..

Kita boleh pilih nak buat puri carrot, puri kurma, kentang, brokoli...

puri carrot

puri ubi kentang . tinggal 2 ketul je...

yang ni pulak nasi + puri kurma..

Untuk memudahkan cara sediakan nasi yang cepat.. boleh refer sini:->  cara sediakan makanan pertama.
kat situ aku ada ceritakan mcmmana nak bg nasi cepat menjadi bubur... :-)]

untuk siapkan puri frozen ni cukup mudah...
1) mula2 kita kupas kulit carrot, kurma, kentang dan basuh sampai bersih
2) rebus sampai empuk dan sejukkan seketika.
3) Masukkan ke dalam blender dan tambah sedikit air masak. Blender sehingga halus.
4) Bahan kisar tadi bolehla diletakkan dalam  tempat beku. Boleh nak letak dalam kiub 4 segi ka.. bujur ka.. tiga segi... semua buleh!
5) Masukkan dalam  tempat beku semalaman. Bila dah beku, boleh keluarkan dari bekas tadi dan letakkan dalam tupperware yg mempunyai penutup.

Bila masak nasi, last sekali boleh pilih nak letak puri carrot ke, puri brokoli dan sebagainya. 

Air tangan ibu sgt bernilai... :-)
kadang2 tak sempat masak je... umi bekalkan nestum. Tak nak susahkan mak tok sbb mak tok kan mengasuh 2 org cucu. 






Rabu, 30 Oktober 2013

siakap stim

Malam tadi sempat jugak aku masak stim ikan siakap.. Ada seekor aku beli kat tesco. Ingat nak masak hari ahad, tp ada byk benda kena buat hari ahad, terpaksa la tunda masak hari selasa.
Maka mlm tadi jadilah siakap stim. Seekor ikan dipotong 2. sekerat lagi simpan nak buat siakap 3 rasa pulak.


selepas ikan disiang dan dibasuh elok2 sampai hilang bau hanyir.kemudian gaulkan ikan dengan garam.. masukkan dalam loyang. letak hirisan serai, halia,bawang putih dan daun sup. 
panaskan di dalam periuk kukus.

kukus sampai keluar air ikan,


dekat nak masak, masukkan hirisan tomato dan cili padi. Agak2 air ikan keluar sikit...bg yg suka mkn ada kuah2 tu... kita boleh buat kuah asing.

panaskan sedikit air. kemudian masukkan sedikit gula dan sedikit perasa stok ayam dan curahkan atas ikan tu. Tutup dan masak sikit lagi bagi sebati dengan ikan.

hihihi.. sedap jugak... Irfan dan Insyirah mkn nasi byk jugak la smlm. Abahnya pergi tahlil. dah mkn nasi ayam. Balik rumah hentam sepinggan nasi  dan ikan  ni. 
"kenapa tak buat 3 rasa?"

"esok ja la kita buat 3 rasa.. mlm ni tak sempat nak kupas nenas"




Selasa, 22 Oktober 2013

Makan kenduri, Kelantan

jumaat malam sabtu suami kerja. Balik ja dari kerja terus ajak p Kelantan. Biaq betui...
Nak dijadikan cerita, power window belakang kereta pulak buat hal. tak boleh nak tutup rapat. Bawa p kedai, pomen kata ambil masa 1/2 jam. erkkk masa u dah pukul 1 lebih. takut tak sempat sampai kelantan. Lagipun lokasi rumah kenduri tu  kami tak pernah sampai lagi. Takut tersesat. Nasib la pomen tu tolong lekatkan silotape... hahhaa.. tak mau bg cermin tu turun balik. tu pun tak boleh nak rapat jugak... risau jugak sbb skrg kan musim hujan. Sgt  kreatif adik pomen tu.

So.. kami teruskan perjalanan ke Kelantan. Singgah solat zohor dan asar di banjaran titiwangsa. rugi tak dapat bergambar atas tu sbb hujan lebat.  Destinasi yang dituju ialah Kg Baru, Bachok Kelantan. Puas pusing jugak. berhenti merata tanya org. Nak tanya GPS.. aku plak tak reti nak guna.. huhuhuhu//
Tp tak pa... org kata malu bertanya sesat jalan.. so kami tak de la sesat sbb berhenti tanya jalan kat org sampai 5-6 kali jugak la tera nak sampai.

sampai rumah kenduri pukul 11 malam. terus zzzzzzz. 

pagi2 lagi dah pekena tapai. Fuhhh best giler sbb ni adalah makanan kegemaran aku. Sgt manis ok... sedap! Pandai org Kelantan buat tapai,. Byk org tanya kenapa tapai  warna pink/ purple. Jawapannya ialah tapai ni diperbuat dari campuran pulut hitam dan pulut putih... :-)

sempat bergambar dengan pengantin dan bapak pengantin lelaki.. iaitu sepupu ayah aku. Ayah tak dak dlm gambar sbb mas ani dia dok kalut nak balik dah masa tu.

masa nak balik, mak kata teringin nak tgk kelantan. So, kami bawa p sat ke Kota Bharu. singgah Pasar siti Khadijah,

seronok tgk org meniaga kat sini.


posing dulu....

2 beradik ni posing atas meriam...

Lepas bergambar terus balik Ke Kedah.. sbb esoknya aku kena kerja.. kerja...kerja, Cuti tak dak dah tinggal 3 hari je lagi. huhuhu... Sangat2lah letih.



Selasa, 8 Oktober 2013

Baju kurung anak mak cik Husni

dah lama sebenarnya aku tak menjahit. Almaklumlah... sejak2 mengandng asyik wek2... sampai nak tgk manik pun tak lalu. Tapi untuk tidak menghampakan permintaan mak cik yang aku kenal dah lama sejak 5 tahun lalu, aku gagahkan jugak la jahit kat anak dara kesayangan dia. nak pakai raya haji katanya...


bahagian tangan, jahit simple saja.... budak remaja tak perlu nak glemer2 kan? hihihi


Harap mak cik Husni dan anaknya berpuas hati dengan jahitan aku...
Alhamdulillah.. Izzan pun tak buat perangai sgt.. dapat la umi nak menjahit.... RAsa hilang stress bila belek2 manik.... :-)


Isnin, 7 Oktober 2013

Hari Anugerah cemerlang

hari anugerah cemerlang..
Alhamdulillah berjaya juga  anak sulung ni naik pentas. walaupun duduk kelas tercorot. Tak pe, insyaallah kedepan2  akan naik kelas ye... Umi sentiasa memberi galakan yg sepenuhnya dan berdiri di belakang anak umi. 
ni hadiah yang Irfan dapat. Sebuah buku cerita, sekeping sijil dan sebuah buku tulis. 

kecik je nampak dia kat atas pentas tu... hihii.

yang ni kwn baik dia.  Dapat hadiah jugak... mcm ni la org kata kwn, dapat hadiah pun sama2...


umi candid gambar masa dia tgh beratur nak terima hadiah...

Adik yg sangat2 bersemangat nak tgk abg.

tegarr pun ada.... sebijik suara. Tak payah nak habis2 duit p jemput tegar... kat sekolah pun hado!





Selasa, 1 Oktober 2013

harga sebiji donut

sebelum2 ni beli donut sebiji dengan harga rm0.40. Sejak minyak naik, harga donut pun naik.. terkejut eden. sebijik rm 0.70.  Agak2 la peniaga kalau nak untung pun.
Mcm tu juga dengan harga air. sebelum2 ni.. teh o suam gelas kecik harga rm 0.70 @ rm 0.80.. tp sejak minyak naik, teh o dah jadi rm 1.20.  mahai giler.
Sanggup aku berlapar semata2 marah kat tuan jual donut. Aku tak beli donut dia. Aku rela keluar kedai beli roti gardenia yg tak naik harga lagi tu. Hurm... Niat hati nak tolong sama melayu, tp ???? melayu yg up harga tinggi.. apa nak dikata???
hang sebiji pun harga naik no... bukan donkin donut ka... bukann apple ka.... cuma seketoi donut.

donia... donia...



Rabu, 25 September 2013

dear, I'm proud of u

dah lama tak update blog. ada benda benda nak tulis tapi tak tahu nak mulakan mcmmana.

so, mula sekali aku pilih utk menulis tentang anak2,

minggu lepas ada perjumpaan waris. Aku tak dapat p. Abah Irfan saja yang p. Pelajaran Irfan semakin bagus, Cikgu kata cuma tulisan dan warna je kurang elok.
lepas semua penerangan dari cikgu, Suami bertanya pada cikgu sbb mmg kami nak tau mcmmana perangai anak kami ni dlm kelas. Cikgu kata.. BUAS YA AMAT!

errr.. Buas ke anak aku?? Ayat kedah mmg  gunakan perkataan ni. Biasa bagi org tua2.
tp lebih elok klu diganti dgn perkataan aktif...

so mlm tu kena tazkirah la Irfan. siap nangis lg.
kenapa tipu umi?
sbb abg takut umi marah abg bising dlm kelas.
umi pantang org tipu umi, lg umi marah!

umi... abg minta maaf.. abg tak buat dah. abg nak dok diam ja dlm kelas. nak buat kerja sekolah ja. cikgu tanya soalan pun abg tak mau jwb. cikgu jhatt!! cikgu habaq  buat apa tak tau kat abah.

gullpp... cikgu plak dia nk marah..Irfan... Irfan...

tp ptg smlm aku dapat perkhabaran gembira. Esok Irfan akan terima hadiah pada hari anugerah cemerlang. Tahniah anak umi. Umi tahu anak umi boleh buat!. Terharu tau... naluri seorang ibu. huhuhu.
Esok aku akan ambil cuti tahunan semata2 nak raikan kejayaan dia. Bg dia semangat sikit. Walaupupun cuti umi hanya berbaki 4 HARI!!!!! Cepatla habis bulan 12.... nak cuti baru pulakkkkk

Khamis, 19 September 2013

apa ke hei?

2 hari yang lepas , on the  way nak balik rumah suruh encik suami turun bungkuskan moi sup. Nama kedai dan lokasi terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu. Nak dijadikan cerita, jumpa jiran sebelah rumah. Jenis lembut sikit. Encik suami pun bertegur sapa lah dgn beliau sbb beliau  kerja dekat situ. Masa nak pergi bayar bil, cashier situ (jenis lembut jugak.. aw aw gitu)...
pandang encik suami dan kata..

ERMM.. MANISNYA.

encik suami toleh kiri kanan kot2 ada makanan yg manis ka.. tp tak dak apa.
Cashier tu senyum... En suami terus blah.

Lepas tu encik suami ceritakan pada aku ttg kejadian tadi..

Mak oii meremang bulu roma bulu kaki semua!

Huhuhu....mintak dijauhkan.. Nauzubillah...

Rabu, 18 September 2013

makanan pertama si manja

Izzan dah masuk 5 bulan. Dah ready utk diberi makanan pejal pertama,
Kali pertama ni elok diberi buah2 dulu.
Dalam senarai pemakanan bayi 4-6 bulan buah2 yang disarankan ialah:
1. pear
2. pisang
3. Apple
4. beras perang
5. labu
6 .sweet potato (keledek)
7. Zucchini.

untuk permulaan disarankan pilih 2 jenis buah sahaja. so aku pilih pisang dan apple. Buah yang senang dapat kat Malaysia ni.

Puree apple 
 
Apple perlu dikupas dan dipotong dadu.
Kemudian apple tadi perlu distim sehingga lembut dan sejukkan.
Masukkan ke dalam blander . letak 1/4 air minuman dan blander.
Sebiji apple boleh bahagikan kepada 3 kali makan. Baby  bukan mkn byk pun.

puree pisang

puree pisang paling senang. Tak perlu stim, kupas kulit potong dan boleh terus blander. Campur  sedikit air untuk jadikan  puree soft. Sesuai dengan perut baby.

then letak dalam bekas kecik2 ni. yg depan puree apple dan yang dibelakang tu puree pisang. Ni bekas yang aku beli dengan baby bullet hari tu. 

Kalau letak pada suhu peti ais biasa puree ni boleh tahan selama 3 hari. Kalau dibekukan boleh tahan selama 30 hari.

Nanti nak try puree kurma pulak... :-)

Khamis, 12 September 2013

sakit tekak

sejak kena hujan lebat, aku rasa nak demam. tetiba rasa sukar untuk menelan. nak telan air liur pun rasa sakit.
Mlm je mesti rasa nak demam.
balik ptg smlm teringin nak mkn bubur, so aku buat bubur ayam.

ha.. ni bubur untuk org sakit tekak yg sukar untuk menelan mcm aku.. bubur ayam. letak ayam yg telah dicarik bersama ikn bilis goreng dan bawang goreng. Klu ada daun sup kan lagi sedap.

Lepas tu teringat klu sakit tekak elok mkn ais krim. Minta suami tylg pergi belikan ais krim. Kesian dia... hujan2 naik motor gi kedai beli ais krim


sedap jugak aiskrim ni,. tp time hujan tak bleh mkn byk2...

satgi nak p klinik amik ubat. :-)



Rabu, 11 September 2013

baby bullet sudah sampai..

Alhamdulillah.. benda yang dinanti dah tiba....

baby bullet...

tgh mencari blander (langkah persediaan nak bg baby mkn). 
.. tetiba ada sorang kwn buka satu laman web. Dia tunjuk la blander ni bersama bekas untuk sejuk beku, Hati terus jatuh  chenta!! Tgk harga boleh tahan Rm399. Uii terbelalak biji mata uii tgk itu harga. Tp Lazada tgh  buat diskaun 75%. terus sambaq la.. boleh dapat dengan harga RM90 je... Sangat2 berbaloi...

Tak sabaq dah nak buat makanan bb. Tp Bb baru  5 bulan. Sabaq sat na umi...
Turut disertakan, buku respi. I Like!!!

Sorry kawan2.. ummi  teruja tgk benda2 mcm ni. :-)



Selasa, 3 September 2013

Terima Kasih Umi

Hari Merdeka aku teringin nak mkn bihun sup. so ajak asben p mkn bihun sup kat sungai korok.
Nak balik tu.. mcm awal lagi.. 6.30 ptg.. kami terus ke Taman Tasik darulaman.  Ohh ramainya.. malas nak cari parking. Tetiba Irfan cakap.. Umi!!! Kuda...
Erm.. sesekali kesian la pulak,
 cari juga la parking. nasib baik ada... tp jauh jugak.. demi anak.. tak pa, umi sanggup jlan jauh.. :-)

mula sampai ajak naik benda lompat2 ni.. adik tak nak naik sbb adik kata dia takut.
adik hanya nak belon ni je.. pompuan kan???

kuda lain semua besar2 dan tinggi2.. umi tak bg abg naik la.. takut jatuh.. so umi bg naik kuda kecik ni je...

ha.. yg ni baru sesuai.. rendah sikit.

Yang mengejutkan umi... naik je keter.. Terima Kasih Umi sbb belanja abg naik lompat2 dan belanja abg naik Kuda. Abg janji akan ikut cakap umi. Abg tak mau pukul adik..
erm.. ayat yg aku tak jangka akan keluar dari mulut dia.
Nampak sgt dia teringin nak naik kuda sebelum ni tapi aku tak bagi. 
Anak kecil ini ikhlas bila kita ikhlas  dengan  mereka. 
walaupun abg dikategorikan sbg budak yg boleh tahan jugak lasaknya... tp umi bangga dengan apa yang umi ada. Anak2 umi adalah anugerah yg tak ternilai.
Ya Allah.. Jadikanlah anak2 aku anak2 yg soleh dan solehah... amin.




Minyak naik 2 kupang ok..

Ptg smlm dah ada ura2 minyak nak naik. Dok tgk tank kereta tu dah  tinggal satu takat. Nak berenti isi minyak siap2.. takut pulak nak tinggal baby dalam kereta.  So, mlm tadi tunggu la Buletin TV3. Elok  Najib umum kata  minyak naik 20 sen, terus suruh  suami p isi  minyak,.  Masa tu rasa nak baling je senduk kat TV tu sbb menyampaikan berita yang paling aku tak suka. Erk.. Mcm la isi minyak  mlm tu jugak boleh tahan 3-4 tahun. Tapi yang penting  aku boleh berjimat, sbb kalau  esok tu aku isi..  confirm kena bayar lebih kan?

Kesannya mesti terasa. Aku pernah alami dulu masa zaman pakai RON97. Tetiba minyak naik. Masa tu rasa mcm nak berhenti kerja. Tak berbaloi nak isi minyak jika nak dibandingkan dengan gaji dan hutang2 yang aku perlu tanggung sewaktu baru melangkah ke alam pekerjaan. Tp berkat kesabaran aku mampu bertahan kerja pada jarak yang jauh dengan Izin Allah.
 Mana tak nya, bygkan selalu dalam sebulan aku isi minyak dlam  RM200 tetiba sebulan jadi 350. Bila  ron 95 diperkenalkan... boleh la menarik nafas lega. Alhamdulillah... ada jalan penyelesaian.

So.. Untuk tahun ini, belanja minyak aku makin meningkat sbb hantar anak ke rumah mak aku dulu pagi2 dalam 20 minit. So.. sebulan aku perlu isi minyak sebanyak RM400. Hurm.. bermula hari ini...  akan bertambahla perbelanjaan itu. Pasrah je la. Harga bihun sup kat pasar mlm  mesti akan naik RM3.50. Lepas ni elakkan diri dari selalu ke pasar mlm.

Buka facebook, penyokong kerajaan cara penyokong kerajaan.. Puak pembangkang cara pembangkang.
Siap tulis kat wal.. hahaha.. sapa suruh pangkah. Ngok ngek betul la... Dia tau ka aku pangkah sapa?? Padahal kita ni tak masuk belah mana2 pihak.  Dan sbg penjawat awam.. hormatlah sikit... jagalah tingkah laku dan perkataan. Ni siap maki bagai. Org bagi BRIM.. pakat seronok p tukaq RIM.. Tukaq skirting, tukaq ekzos.  Aku jugak yang nganga.. BRIM org tak mau bagi hokey.. ingat aku tak jeles ka???

Tapi aku yakin.. setiap yang berlaku ada hikmahnya. Redha dalam pasrah.
Kita yang perlu cari jalan untuk  berjimat. Ermmm aku rasa dah habis jimat dah.
Cari pendapatan sampingan untuk tampung apa yang tak cukup. Kalau boleh naik bas.. naik bas je la... Klu boleh tumpang org, tumpang org je la. Nasib nak ke tempat kerja aku ni tak dak bas je. Klu tak.. mungkin aku akan berkira2 untuk naik bas jugak.

HIDUP PERLU DITERUSKAN....

Khamis, 29 Ogos 2013

pelik bin ajaib

pelik bin ajaib  pagi ni bila aku buka blog... semua reading list aku hilang.. kosong...kosong kosong bak kata  najwa latif. Kenapa ye?

huhuu.. tak dapek aku nak membaca  blog2  yg aku  follow tu...

Tp nak buat mcmmana kan.. ada jodoh bertemu lagi... huhuh

Khamis, 22 Ogos 2013

tambahkan susu dengan alfalfa

jom share tentang kebaikan  set penyusuan shaklee.

nampak perbezaan hasil produk susu berbanding sebelum pengambilan.

sebelum ni aku hanya amik esp saja.. susu  selalu dapat dalam 70ml je.

lepas  menggunakan alfalfa.. produk susu makin bertambah. Alhamdulillah... sekali pum boleh dapat 120 ml.

Sangat2 cukup untuk baby...

Masalahnya sekarang, baby yang tak nak minum  EBM.. Kat dalam peti ais makin bertambah stok EBM. 

ha.. inilah vitamin yang namanya ALFALFA... aku ambik 2 biji je sehari,, Maksimum boleh ambil 10 biji dalam satu hari. Sekali beli boleh jimat berbulan2..

So.. kepada kawan2 yang tgh menyusu dan susu  agak kurang tu... boleh la try set penyusuan bajet dulu dari shaklee. Klu bajet bayak.. boleh ambik set2 lain. Set bajet ialah ESP dan Alfalfa ni dah cukup untuk menambahkan susu badan. Insyaallah...yang penting usaha dan tawakkal..