Sabtu lepas aku kena buat BSP. 4 kali sehari kena ambil
bacaan gula dalam darah.
Untuk bacaan pertama.. kena pergi klinik pada pukul 8 pagi.
Masa ni tak boleh makan apa2 pun. So, pada masa ni bacaan glukosa dalam darah
aku ialah 4.0.. ha… rendah. J
Lepas ambik darah tu.. aku makan sebiji bun ikan bilis dan
sekotak air susu dutch lady. Kemudian aku minum sedikit pati delima.ha.. 2 jam
sebelum abil darah berikutnya dah tak boleh makan apa2 dah…ini bermakna pukul
10 pagi aku dah tak boleh makan apa2 langsung sebab bacaan paras gula dalam
darah kali ke 2 akan diambil pada pukul 12 tghari.
Mcm biasa aku pergi klinik.. kali ni bacaannya ilah 3.8..
ermmm terlalu rendah. Misi tu kata aku
terlalu kawal pengambilan gula hingga kandungan gula dalam darah terlalu rendah .
Lepas tu terus pergi makan kenduri. Ada kari daging, ayam
bakar, kerabu taugeh+rumpai laut, air
asam, serawa labu, 2 gelas sirap roselle. Ha,, semua tu aku mkn. Pukul 2 aku
dah tak boleh nak mkn apa2 lagi sbb kena ambil darah kali ke 3 pukul 4.45
ptg. Aku sampai klinik tepat 4.45 ptg..
tp klinik berkunci la pulak. SO… aku terus ke
farmasi untuk buat BSP. Hurmm biasa jugak bacaan gula dalam darah aku..
4.1 je.. so, kena la bayar RM5 dekat farmasi tu. Cuba bayangkan kalau 4 kali kena bayar.. dah
RM20.. ermm, betapa mudahnya dapat perkhidmatan percuma yang disediakan oleh
kementerian Kesihatan Malaysia.
Bersyukur kan jadi rakyat MALAYSIA ni…
Lepas check ni.. aku Cuma makan cucur masin yg aku buat.
Cicah dengan sos cili.. pukul 8 aku kena
check kali ke 4. Aku terus ke klinik tp tgk gelap je. Tunggu sekejap. Lepas tu
ada misi yang bertugas datang ditemani suaminya.. Alahai.. kesiannya, kerana
aku sorang, orang lain pulak kena stanby.. Tp nak buat mcmmana kan? Dah tugas mereka untuk membantu pesakit macam
aku ni.. Cewahh.. Dan kali ni bacaan gula dalam darah aku ialah 5.3.. ermm
masih dalam julat yg baik.
Esok paginya aku kena jumpa doctor. Punya lah lama tunggu
turn nak jumpa doctor. Dari pukul 8 pagi
aku tunggu, pukul 11 lebih baru boleh jumpa. Masuk jumap doctor tak sampai 5
minit. Depa just nak tgk bacaan gula
dalam darah aku ok ke tak sahaja. So.. dalam masa sebulan lagi aku kena buat
BSP sekali lagi sbb nak tgk aku bebas dak dengan penyakit kencing manis sewaktu
mengandung ni…
Insyaallah… aku akan kawal tabiat pemakanan yang tak
elok. Mana taknya, sblm ni setiap kali
makan, mesti aku akan pesan teh ais.. ermm gula byk tu dalam susu…
so...
bacaannya ialah .. 4.0 , 3.8, 4.1,5.3
5 ulasan:
tahniah.....
tahniah... semoga bebas dr penyakit merbahaya...
Alhamdulillah
Thanks sharing pengalaman....
Thank u sharing...
Catat Ulasan