Org kata budak yg suka memberontak ni sbb dia rasa kekurangan kasih syg. Ermmm betul jugak tu. Mungkin dia rasa aku lebih sygkan adiknya. Tp bgaku kasih syg aku sama rata.. cuma skrg ni.. aku mintak dia banyak mengalah untuk adik dia yg sememangnya suka ambil barang abg. Apa yg abg pegang, itulah yg dia nak. Mungkin kat situ wujud satu deskriminasi yg bg dia aku ni tidak adil. So skrg... nak beli apa pun.. kena 2 benda la....
Jadi kat sini,,, jom kita kongsi sikit tip2 nak menangani anak yg suka memberontak
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
Aku panggil Irfan yg membawa maksud perkenalan,bijak...Insyirah=ketenanganku.
En suami cukup marah bila org gelarkan dogoi ke.. apa ke kat anak dia...Dia suruh panggil nama yg dia ngn aku dah pilih sedap2 tu....hehehe
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).
Yang ni aku akan pastikan setiap hari aku buat. Nak p keja sekali walaupun diorang belum bgn.. tp aku tetap cium sorang demi sorang. Balik rumah terus peluk anak2..
tp bila marah.. nak tunjukkan aku tgh marah kat dia.. aku akan palingkan muka aku.. tanak pandang dia.. automatik dia akan datang kat aku...nangis2 mintak maaf.. suruh pandang muka dia jugak2.. Tp bab ni asben selalu akan ckp.. kesian anak.. jgn dera mental dia mcm tu selalu.. Err aku mendera kah???
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
Untuk kebaikan.. selalu aku akan sebut "good boy/girl" dan ayat yg sama mereka ucapkan utk diri mereka klu depa buat kebaikan.
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
Yg ni aku cuba dan cuba dan cuba lagi krn setiap ibubapa nak anak lakukan yg terbaik...
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
Of Coz la semua org akan pilih keluarga dari kerjaya.. Tp itu bukan bermaksud kita kena jadi surirumah sepenuh masa.. Kerja pun boleh diketegori untuk keluarga sbb cari rezeki utk anak2 juga. Tp incase anak demam ke apa,,, sebagai ibu, kita kena amik cuti utk jaga sendiri anak2 kita...
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
yg ni.. errrr kadang2 bila penat sgt, selalu jugak mengeluh.. ok.. take note benda ni..
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
ha... sedang diaplikasikan.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
Ya... itu perlu
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
Er.. umi seorang yg terlalu emosional. Asben ckp.. anak2 pun mcm umi..hehehe
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
Insyaallah... akan buat selagi mana termampu walaupun sambutan hanya untuk kami berempat..
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
yg ni kena beringat sendiri la...
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
bukan setakat pegang. Irfan yg umur 5 tahun tu.. kalau berjalan selalu mintak didokong lagi.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
Smlm abg mimpi resakse. abg jadi oltromen.. aiyarkkk
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
yg ni dia sendiri yg selalunya rosakkan dan buang mainan dia...
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
everynight tak pernah tinggal.. pernah jugak la tertinggal bila aku yg terlebih dahulu tidur dari mereka.. bila sedar.. diorang dah tido...tp tetap kiss jugak.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
betul22
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
Tak pernah langsung bawak kerja balik rumah.. langkah je pintu rumah.. I'm a housewive.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
harus didengari krn tangisan mereka sebenarnya menceriakan seisi rumah.
baju abg pun adik nak pakai.. Mcm budak lelaki kan sekali nampak??
inilah rupa bila abg merajuk...
5 ulasan:
sy suke sgt memberontak..hental2 kaki...merajuk..tarik muka... nak kate kurang kaseh syg...ta..malah terlebih manje dek abah.. (mm..maybe terlebih manje jugak boleh jd penyebab memberontak...dah selalu dituruti kehendak..bila tak dpt ..muncung sedepa...)..harap dikurnia anak yg baik2 satu hari nt
aku kekadang memberontak... bukan anak2 aku.. sebabnya bila aku balik kerja mereka semua serentak meminta itu dan ini... si kecik mau menyusu.... yg ke3 mau milo... makan walaupun baru saaj lepas makan... yg ke2 dan yg pertama.... ada saja yang tak berpuas hati dgn aku..... huhuhu... kena belajar lagi aku ni...
diana.. anak manja ek? may be jugak sbb Irfan mmg seorang yg suka dimanjakan....
Alimaz...tu la.. kita kena belajar dengan lebih sabaq lagi. aku yg dua org ni pun tungging langgang mcm lipas kudung... tambah la hg yg 4 org nun....
suka3x...tq share ni weh...
Saya ada anak berumur 9 tahun dan dia ada 2 karektor karektor pertama dia sangat rajin membantu saya bila diminta dan yg kedua dia sangat suka memberontak dan menjerit2 marahkan saya bila saya menegur kesalahan yg dia lakukan terutama dia suka memukul dan bermain secara kasar dgn adik2nyer..yg kadang2 saya sungguh risau biarkan dia bermain dgn adik2nyer
Catat Ulasan