Selasa, 12 Julai 2011

Tersembam ditendang peragut

KOTA BHARU: “Tanpa belas kasihan saya ditumbuk di muka dan ditendang seorang daripada dua lelaki yang bertindak ganas merampas beg tangan saya yang diletakkan dalam bakul motosikal.
“Akibatnya, saya terjatuh dari motosikal dalam keadaan muka tersembam ke jalan raya,” kata mangsa ragut, Che Rahimah Dollah, 44.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi kelmarin, Che Rahimah yang bekerja sebagai pembantu taska cedera di kepala dan muka sehingga menerima dua jahitan di mulut, lima di kening dan patah tangan kiri selepas diragut dua lelaki yang mengekorinya menggunakan sebuah motosikal di sebuah jalan di Lundang, di sini.

Menurut Che Rahimah, sebelum kejadian dia yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda dalam perjalanan ke rumah anaknya, Siti Aisah Johar, 23, yang bersalin lima hari lalu di Jalan Merican, di sini.

“Sejak Siti Aisah bersalin anak pertamanya itu, saya ke rumahnya bagi memandikan anaknya kerana dia masih kekok berbuat demikian. Justeru, saya berulang-alik dari rumah di Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian, ke rumah anak untuk membantunya.

“Dalam perjalanan, saya sedar diekori dua lelaki tidak dikenali menunggang motosikal, tetapi tidak mengesyaki apa-apa sebelum tiba-tiba dua lelaki itu menghampiri saya dan cuba merampas beg tangan diletakkan di dalam bakul motosikal,” katanya ketika ditemui di Wad 28 Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, semalam.


Menurut Che Rahimah, dalam keadaan kelam-kabut, dia cuba mempertahankan beg tangannya daripada diragut menyebabkan berlaku tarik-menarik antara mereka.

“Seorang daripada lelaki yang membonceng motosikal itu bertindak ganas menumbuk muka dan menendang saya.

“Ketika itulah mereka merampas beg tangan saya dan melarikan diri,” katanya. Che Rahimah berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu segera membantunya dan dia sempat memberi nombor telefon suaminya, Johar Abdullah, 45, sebelum pengsan.

“Saya tidak sedarkan diri dalam tempoh beberapa minit dan hanya sedar ketika berada di hospital.

“Suami segera membuat laporan polis selepas melihat saya di hospital,” katanya.

Terdahulu, Che Rahimah menerima kunjungan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman yang melawatnya.

Sementara itu, Azham berkata, akibat kejadian itu, mangsa kerugian RM83 dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Azham berkata, setakat ini, dua suspek belum dikenalpasti dan polis meminta kerjasama orang ramai melihat kejadian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di talian 09-7752200

Sumber: harian metro

erm.. apa nak dikata ye? kat mana2 saja dgr kejadian ragut. Kalau nak diikutkan, mak cik ni tak yah lah main tarik2 ngn peragut yg tak de hati perut tu... biar la.. 83 ringgit je kalau  nak dibandingkan ngn nyawa. Peragut pun satu, keje malas... tau nak meragut je... org pun cari duit tau...ni tau nak senang je. dah tak fikir keselamatan org lain.
Aku jadi geram bukannya apa.. sbb minggu lepas ziarah satu kenalan emak. Mangsa ragut jugak la. Masa tu dia baru balik mkn kenduri. bawak motor pun selow je la... tak de bawak henbeg ke apa.. sbb kenduri pun area2 rumah dia jugak.  tetiba je mak cik ni ditendang dan dia jatuh motor. Masa dia jatuh tu, peragut tu tarik rantai emas yg terlindung disebalik tudung mak cik ni. Erm... Macammana peragut tu tahu makcik tu pakai rantai besar ek? Polis kata ni mesti kerja org yg kenal jugak. org yg salurkan maklumat utk si peragut2 tu.

yg nak highligt kat sini... peragut tak kira lokasi nak meragut(mcm lembu pulak...suka meragut rumput.. hehehe). Yang penting kita kena sentiasa berwaspada dan berhati2 dengan keadaan sekeliling.. Doa moga perjalanan kita sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T.. Moga dijauhkan dari niat buruk manusia2 diluar sana.

Tiada ulasan: