Rabu, 27 Julai 2011

Pisang Sarong

Pernah mkn pisang sarong tak?
Aku pun mak mertua yg kenalkan.. klu tak.. tak tahu aku ada benda nih... hehhee
Sebenarnya benda ni adalah goreng pisang jugak. Tp pisang ni dia buat sebijik2 tak belah 2... Lepas digoreng, sekali lagi dicelup kedalam tepung dan goreng  lagi....
1st time mkn, mmg rangup...tambah kalau waktu panas2,
Tp tak diyorkan mkn selalu... sbb aku tgk sangatlah berminyak...kolesterol tinggi...
Sapa2 nak try boleh la p cari dekat  dengan lapangan terbang alor setar. Tempat dia di kepala batas.. tepi lapangan terbang yg lama tu....berdekatan dengan tempat TUDM...


diseberang jalan sana...tempat tunggu bas... tempat jual... seberang sini jaa..

inilah rupanya Pisang Sarong....sekali tgk dari jauh  mcm KFC...

Isnin, 25 Julai 2011

tips menghadapi anak2 yg suka memberontak

Kdg2 kita sebagai ibu bapa rasa  frust jugak bila anak2 tak mau ikut cakap kita. Tambah2 lagi suka memberontak. Banyak kali aku alami situasi mcm ni. Irfan selalu akan memberontak. Kdg2 tak nak dgr cakap. Tambah2 bila berhadapan dengan org ramai. Kalau dlam rumah dengan aku ngn abah dia je.. Ok.. tak pernah nak bising2 atau jerit.. Tp bila ada nenek dia, mak sedara..org ramai.. ada saja dia nak buat benda bg org marah. Aku sebagai mak ni.. kdg2 dari jauh jegilkan bijik mata nih... agar dia faham. Kdg2 dia faham.. senyap sat.. pas tu jadi balik. Tp tu la org kata  nama pun budak2.
Org kata budak yg suka memberontak ni sbb dia rasa kekurangan kasih syg. Ermmm betul jugak tu. Mungkin dia rasa aku lebih sygkan adiknya. Tp bgaku kasih syg aku sama rata.. cuma skrg ni.. aku mintak dia banyak mengalah untuk adik dia yg  sememangnya suka ambil barang abg. Apa yg abg pegang, itulah yg dia nak. Mungkin kat situ wujud satu deskriminasi yg bg dia aku ni tidak adil. So skrg... nak beli apa pun.. kena 2 benda la....
Jadi kat sini,,, jom kita kongsi sikit tip2 nak menangani anak yg suka memberontak


1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
Aku panggil Irfan yg membawa maksud perkenalan,bijak...Insyirah=ketenanganku.
En suami cukup marah bila org gelarkan dogoi ke.. apa ke kat anak dia...Dia suruh panggil nama yg dia ngn aku dah pilih sedap2 tu....hehehe

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).
Yang ni aku akan pastikan setiap hari aku buat. Nak p keja sekali walaupun diorang belum bgn.. tp aku tetap cium sorang demi sorang. Balik rumah terus peluk anak2..

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
tp bila marah.. nak tunjukkan aku tgh marah kat dia.. aku akan palingkan muka aku.. tanak pandang dia.. automatik dia akan datang kat aku...nangis2 mintak maaf.. suruh pandang muka dia jugak2.. Tp bab ni asben selalu akan ckp.. kesian anak.. jgn dera mental dia mcm tu selalu.. Err aku mendera kah???

 4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
Untuk kebaikan.. selalu aku akan sebut "good boy/girl" dan ayat  yg sama mereka ucapkan utk diri mereka klu depa buat kebaikan.

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
Yg ni aku cuba dan cuba dan cuba lagi krn setiap ibubapa nak anak lakukan yg terbaik...

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
Of Coz la semua org akan pilih keluarga dari kerjaya.. Tp itu bukan bermaksud kita kena jadi surirumah sepenuh masa.. Kerja pun boleh diketegori untuk keluarga sbb cari rezeki utk anak2 juga. Tp incase anak demam ke apa,,, sebagai ibu, kita kena amik cuti utk jaga sendiri anak2 kita...

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
yg ni.. errrr kadang2 bila penat sgt, selalu jugak mengeluh.. ok.. take note benda ni..

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
ha... sedang diaplikasikan.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
Ya... itu perlu

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
Er.. umi seorang yg terlalu emosional. Asben ckp.. anak2 pun mcm umi..hehehe

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
Insyaallah... akan buat selagi mana termampu walaupun sambutan hanya untuk kami berempat..

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
yg ni  kena beringat sendiri la...

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
bukan setakat pegang. Irfan yg umur 5 tahun tu.. kalau berjalan selalu mintak didokong lagi.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
Smlm abg mimpi resakse. abg jadi oltromen.. aiyarkkk

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
yg ni dia sendiri yg selalunya rosakkan  dan buang mainan dia...

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
everynight tak pernah tinggal.. pernah jugak la tertinggal bila aku yg terlebih dahulu tidur dari mereka.. bila sedar.. diorang dah tido...tp tetap kiss jugak.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
betul22

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
Tak pernah langsung bawak kerja balik rumah.. langkah je pintu rumah.. I'm a housewive.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
harus didengari krn tangisan mereka sebenarnya menceriakan seisi rumah.

baju abg pun adik nak pakai.. Mcm budak lelaki kan sekali nampak??

inilah rupa bila abg merajuk...



Me n My Boss

When I Take a long time to finish,
I am slow,
When my boss takes a long time,
he is thorough


When I don't do it,
I am lazy,
When my boss does not do it,
he is busy,


When I do something without being told,
I am trying to be smart,
When my boss does the same,
he takes the initiative,


When I please my boss,
I am apple polishing,
When my boss pleases his boss,
He is cooperating,


When I make a mistake,
I' am an idiot.
When my boss makes a mistake,
He's only human.


When I am out of the office,
I am wondering around.
When my boss is out of the office,
He's on business.


When I am on a day off sick,
I am always sick.
When my boss is a day off sick,
He must be very ill.


When I apply for leave,
I must be going for an interview .
When my boss applies for leave,
it's because he's overworked


When I do good,
my boss never remembers,
When I do wrong,
He never forgets


petikan dari email yg aku dapat dari seorang teman... Tp betul la.... kita yg bawah ni sentiasa rasa mcm tu.. Dan boss pulak kita  terpaksa rela berbuat sesuatu untuk kepentingan masing2... Apapun... kita makan gaji...dan kita bukannya boss...
Teringat pulak ttg cerita seorang kwn tentang seorang pegawai yg mana dalam satu kursus telah bangun  dan memberi pendapat yg  dia rasa konon2 itu adalah pendapat paling best.
" Saya tak berpuas hati tgk gejala org atas selalu keluar rehat dan makan2  dengan org bawah"
Dia tak sedar... tak byk org yg sukakan dinding pemisah...krn benda tu tak de jejas pun...


Telah bangun salah seorang peserta yg sejawatan dengan beliau;;
" saya cukup tak bersetuju dengan pendapat puan..krn bg saya, bergaul dengan org bawahan sebenarnya mendekatkan diri kita dengan mereka. Nak mintak buat kerja pun senang..Untung sebenarnya.."


erm... tempat kita di sisi Allah sama saja.. yg bezakan kita adalah amalan yg kita bawak....

jalan2 Melaka.

Hari terakhir kami kat melaka.. Sampai awal kat melaka. so ptg tu pusing2 la bandaraya bersejarah itu. Kebetulan.. inilah kali pertama aku sampai Melaka.. heeh sian aku kan?? tapi oklaa... boleh gak aku jejak kaki ke sini secara percuma...naik bas tempat keje..org tua2 kata menyelam sambil minum air.
berada depan jam besar...

akhirnya...tergoda jugak untuk naik beca nih...RM20 satu sesi...alang2 sampai kan...naik jugak la..

lokomotif KTM Berhad.
berada di hadapan kota A Famosa... nak mai lama dah ni.. akhirnya... sampai jugak...Kota kuala Kedah yg dekat ngn rumah tak teringin nak ambik gambaq..kihkihkih..keciwi
ngn Kak za.. my best  friend sampai bila2.. insyaallah... yg banyak bg support kat aku. Tak kira dalam apa jua keadaan. Kdg2 agak pedas tp hakikat yg patut aku terima. Tak rugi aku ada kwn seperti kamu..
inilah keropok ubi.. besar nyaaaaa

Apapun... mmg best la..Semangat balik nak buat kerja....

lama tak berblogging

banyak hari sungguh tinggalkan dunia blog...
Dipendekkan cerita.. aku telah pergi ke UKM, UTHM dan Utem untuk buat benchmarking....
4 hari jugak le kena tinggalkan anak2.. sampai demam insyirah... sian. Tgk je aku balik... terlompat2 nak peluk...
hur...hur.. nak mengarut apa hari ni yer??? idea belum datang....

Isnin, 18 Julai 2011

Cuti2 hujung minggu

Hujung minggu mmg habiskan masa dengan family je...
Seronok bila adik beradik balik dan berkumpul.. sampai tak cukup bilik.. ade je yg kena merempat kat ats rumah...hehhe..
Ingat dulu kami kecik2 suka sgt bergaduh.. Pantang jumpa..ada je yg nak digaduhkan... Tp bila dah besar ni seronok pulak bila kenang zaman kami kecik2..
Kalau tak cukup tangan.. kaki pun dibantai.. sungguh ganas anak2 dara mak aku.... hehehe
Tp kini... gaduh tu gaduh gak.. tp edisi manja2 gitu...walaupun kami gaduh... tak lama...kejap je... pas tu baik balik.
Balik kampung  banyak layan haiwan2 belaan dan ternakan. Insyirah cukup suka! banyak yg dapat dipelajari...



Ini burung Pucung namanya... Adik aku jumpa kat mana tah.. Tiap2 hari kena suap udang kat dia... manja sungguh. Tp aku agak takut dengan mulut dia yg muncung tu...


Ini namanya lembu... bunyinya Bohhh...insyirah jwb.. heheh... Inilah ibu lembu yg selalu bikin kecoh bila kena lepas.. nak tangkap balik mkn masa berbulan2..sampaikan semput ayah nak mengejar.. last2 kena upah org tangkap jugak.. RM150 sekor upahnya... Balik ibu.. automatik anak2 akan balik jugak.

Insyirah yg cukup suka bila boleh lari2 tanpa disekat. Kalau kat rumah aku kena tengok betul2..sbb rumah terlalu hampir dengan jalan.. agak bahaya.. Klu kat rumah mak, lepas kan je..tak berapa nak risau.
bersama anak sedara ..suka sgt tgk rambut kerinting dia...ha... port kegemaran insyirah untuk main tarik2,,. sian dier.. kena tarik rambut...

ha.. ni jarak dekat rambut dia....geram...

hurm.. itulah cerita 2 hari bercuti..Irfan pun masih dikampung. Tak nak ikut umi balik rumah... Huhuhu.. Pasti umi akan merindui kamu...

Mee Kuah

Jumaat mlm sabtu berkesempatan nak buat mee kuah..
Sekali jadi pucat lesi la... sbb serbuk cili tinggal sikit je..
so kena sesuaikan ngn bahan2 yg ada agar rasanya sama dengan apa yg kita nak mkn...janji pedas...
yg ni untuk org tua2 laa...tambah cili padi kasi kauuu punya.

                                                         Yg ni spesial untuk si kecik....

Sabtu, 16 Julai 2011

khianat

khianat itu bukan sifat aku...
pergi jauh2 tinggalkan aku....
tak ingin aku jejak walau sekelumit...

Seakan2 kaduk naik junjung...
lupa benar pada tempat asalmu...
meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya....

Kau khianati aku....
bukan sekali...bukan 2 kali...
tp aku rasa berkali2...

kenapa2? kenapa dan kenpa?
Sakit hatimu itu bila akan padam?
Kenapa kau salahkan aku atas rasa khianatmu???
Aku berhak tuntut hak aku..
Tp kenapa kau salahkan aku?
Aku kah yg terhegeh2???
atau kau rasa tercabar????

sapa yg buat kecoh sebenarnya??
kau atau aku????
Tp bila org lain perjuangkan hak aku...
kau memberontak...
Dalam Fb???
Err.. itu semua hanyalah mainan kotor... kotor sekotor3nya!!!!!

Tp Allah itu sebenarnya adil
Dia tahu sapa punya angkara....

Jgn risau..
aku tak perlu membalas dendam atas apa yg kau perbuatkan...
Aku berdoa Ya Allah..
berilah Hidayah padanya..
jua pada diriku.. agar aku tidak terus rasa sakit hati berterusan...


Pada yg rasa benar... ia tetaplah benar walau pahit untuk ditelan...

Jumaat, 15 Julai 2011

Rezeki lagi...

Korang pernah tak... bila teringin nak mkn sesuatu...dan berharap dapat mkn benda tu ..tetiba je dtg depan mata tanpa kita  cari??
Benda ni kita panggil rezeki yg Allah turunkan untuk manusia,,,benda yg tak sangka2 kan....
Sebenarnya nak bercerita ttg hari ni. Hari ni hari jumaat. So kitorang yg keje gomen ni mmg rehat lama... dari 12.15 hingga 2.45 ptg. So tghari plan nak p tgk sorang kawan yg baru dapat baby.
on the way nak gi umh dia, kitorang singgah lunch kat kedai Bumbung 5. Pagi tadi aku ada bgtau kwn baik aku yg aku  teringin nak mkn rambutan... Tgh2 dok mkn, tokey kedai bawak rambutan letak ats meja kami
"makanlah... tokey buat kenduri rambutan hari ni"
"Alhamdulillah...." aku senyum sambil toleh kat sity
" Tadi kan U kata teringin nak mkn rambutan" sity berkata..
Dalam hati aku: Syukur, rezeki...
Sekurang2nya sakit hati aku hari ni terubat dengan benda lain...
Tu sebenarnya nak citer... Jom layan pic:

Ha.. siap ada tangkai lagi

tgk la... dengan nasik.. rambutan jadi pencuci mulut,


Air teh o ais sebagai medium penyejuk hati waktu2 panas mcm ni.

Tgk tu: kawan saya, baru dapat anak pertama.. Semoga jadi bapak mithali yer...

tuan empunya blog pun nak amik gambor jugak.. EHHH.. tetiba rasa nak baby lagik... hehehhe


Baby Rais Haziq...semoga jadi penyejuk mata, penyeri keluarga Alimin dan Ida.... Ha... pandai senyum...

 Psssttt: Sesungguhnya Rezeki Allah datang dalam bermacam2 bentuk... Renung2kan...




Mengemis Kasih

Tuhan..
 dulu pernah aku menagih simpati
kepada manusia yg alpa jua buta
lalu terheretlah..
aku dilorong gelisah...
luka hati yg berdarah kini jadi kian parah

smlm sudah sampai ke penghujungnya
kisah 1000 duka
kuharap sudah berlalu
tak ingin lagi ku ulangi kembali
gerak dosa yang menghiris hati

tuhan.. dosaku menggunung tinggi
tp rahmatMu melangit luas..
harga selautan syukurku
hanyalah setitis nikmatMu di bumi

Tuhan.. walau taubat seribu mungkin
namun pengampunan mu tak pernah bertepi
bila selangkah ku rapat padaMu
seribu langkah Kau rapat padaku

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
kepada manusia yg alpa jua buta
lalu terheretlah aku dilorong gelisah
luka hati yg berdarah kini jadi kian parah....


psst: apsal setiap kali jumaat aku takut nak hadapinya?
ada saja rasa yg membuatkan aku sedih....Tp.. khiamat pun hari jumaat kan??
:-)

Adilkah ini

Hari ni aku betul2 rasa tidak adil..
Rasa diri ditindas dlm diam..
Dah lama aku cuba bersabar...
Aku takut satu hari nanti aku tak dapat kawal rasa itu....

Kenapa kau begitu zalim??
Kroni???
Kalaulah aku cda yg dulu???
Mampos dah aku p ganyang..

Tp aku kini cda isteri baim..
yg sentiasa dinasihati.. supaya bersabar....sabar dan sabar...
Sabar selagi benda tu tak memudaratkan kita...
sabar  selagi benda tu bukan rugi kita punn..

Terima kasih abg krn sentiasa menjadi 'guard' dlm hidup ni....

Tp pihak berkenaan... semoga Allah beri Hidayah.. Moga Allah buka pintu hatimu...
Selagi pintu kemaafan aku masih terbuka....

Khamis, 14 Julai 2011

1,2,3,4

(bunyi budak kecik ketawa...geli geli)

Satu...
Kasih nan abadi
Tiada tandingi Dia yang Satu...

Dua..
Syg berpanjangan
membawa ke syurga kasihnya Ibu...

Tiga...
lapar dan dahaga
rela berpayahan
Setianya Ayah

Empat...
Mudah kau ketemu
berhati selalu
Beza antara kasih dan kekasih

Ibu ku ingat dahulu
menyisir rambutku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa...

Sayang dengar lagu ini
untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
pahit terus dibuang
itu bidalan harus kau renungkan....

Andai kau beroleh bahagia
ingat itu bukan untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara...


psstt::: Lagu kegemaran Irfan dan adiknya...
Tak  puas2 dengan lagu ni...asyik replay jaa...sambil nyanyi...
So sweet... Umi takkan lupa sampai bila2 saat manis mcm ni...
Masa terus berlalu krn bumi terus  berputar,
Kian pergi meninggalkan calar yang berbekas,
Adakalanya aku bagaikan tidak mengerti,
apa yg cuba disampaikan,
apa yg terbuku dihati.
Tp...setiap bait kata,
setiap aturlangkah...menunjukkan itulah yg dihajatkan,

Adakalanya,
Diri sendiri  menjadi penyebab kenapa jadi begitu,
Tp..sbg manusia biasa,
kesilapan takkan pernah lari meninggalkan kita,

Namun...
jauh dilubuk hati, setiap dari kita inginkan kesempurnaan
Cuba menggapai kesempurnaan itu...
walaupun masih jauh jaraknya,..
Yang Penting...
CUBA!!!! dan bukannya berharap....

Rabu, 13 Julai 2011

Acar buah

Terima kasih Kak ida...
lumrah seperti tahun2 sebelum ni... tiap2 kali nak posa, mesti kak ida akan sedekahkah acar buah yg mak dia buat. Aku suka sbb dlm ni ada bermacam2 jenis buah..Mmg sedap. Terima kasih kak ida... Moga bertambah lagi rezeki. Amin..
jom layan gambar acar buah kak ida.
ada kismis, buah pala,limau,bawang putih, buah apa lagi tah.. aku tak tau nama.

ni ha... 3 tupperware lagi. Satu untuk siti, satu untuk mak aku, satu lagi untuk aku...
boleh buat mkn sahur, tambah selera sikit... ke tak sempat  tunggu bulan posa dah habis nih? hehehhe


Selasa, 12 Julai 2011

Tersembam ditendang peragut

KOTA BHARU: “Tanpa belas kasihan saya ditumbuk di muka dan ditendang seorang daripada dua lelaki yang bertindak ganas merampas beg tangan saya yang diletakkan dalam bakul motosikal.
“Akibatnya, saya terjatuh dari motosikal dalam keadaan muka tersembam ke jalan raya,” kata mangsa ragut, Che Rahimah Dollah, 44.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi kelmarin, Che Rahimah yang bekerja sebagai pembantu taska cedera di kepala dan muka sehingga menerima dua jahitan di mulut, lima di kening dan patah tangan kiri selepas diragut dua lelaki yang mengekorinya menggunakan sebuah motosikal di sebuah jalan di Lundang, di sini.

Menurut Che Rahimah, sebelum kejadian dia yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda dalam perjalanan ke rumah anaknya, Siti Aisah Johar, 23, yang bersalin lima hari lalu di Jalan Merican, di sini.

“Sejak Siti Aisah bersalin anak pertamanya itu, saya ke rumahnya bagi memandikan anaknya kerana dia masih kekok berbuat demikian. Justeru, saya berulang-alik dari rumah di Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian, ke rumah anak untuk membantunya.

“Dalam perjalanan, saya sedar diekori dua lelaki tidak dikenali menunggang motosikal, tetapi tidak mengesyaki apa-apa sebelum tiba-tiba dua lelaki itu menghampiri saya dan cuba merampas beg tangan diletakkan di dalam bakul motosikal,” katanya ketika ditemui di Wad 28 Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, semalam.


Menurut Che Rahimah, dalam keadaan kelam-kabut, dia cuba mempertahankan beg tangannya daripada diragut menyebabkan berlaku tarik-menarik antara mereka.

“Seorang daripada lelaki yang membonceng motosikal itu bertindak ganas menumbuk muka dan menendang saya.

“Ketika itulah mereka merampas beg tangan saya dan melarikan diri,” katanya. Che Rahimah berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu segera membantunya dan dia sempat memberi nombor telefon suaminya, Johar Abdullah, 45, sebelum pengsan.

“Saya tidak sedarkan diri dalam tempoh beberapa minit dan hanya sedar ketika berada di hospital.

“Suami segera membuat laporan polis selepas melihat saya di hospital,” katanya.

Terdahulu, Che Rahimah menerima kunjungan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman yang melawatnya.

Sementara itu, Azham berkata, akibat kejadian itu, mangsa kerugian RM83 dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Azham berkata, setakat ini, dua suspek belum dikenalpasti dan polis meminta kerjasama orang ramai melihat kejadian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di talian 09-7752200

Sumber: harian metro

erm.. apa nak dikata ye? kat mana2 saja dgr kejadian ragut. Kalau nak diikutkan, mak cik ni tak yah lah main tarik2 ngn peragut yg tak de hati perut tu... biar la.. 83 ringgit je kalau  nak dibandingkan ngn nyawa. Peragut pun satu, keje malas... tau nak meragut je... org pun cari duit tau...ni tau nak senang je. dah tak fikir keselamatan org lain.
Aku jadi geram bukannya apa.. sbb minggu lepas ziarah satu kenalan emak. Mangsa ragut jugak la. Masa tu dia baru balik mkn kenduri. bawak motor pun selow je la... tak de bawak henbeg ke apa.. sbb kenduri pun area2 rumah dia jugak.  tetiba je mak cik ni ditendang dan dia jatuh motor. Masa dia jatuh tu, peragut tu tarik rantai emas yg terlindung disebalik tudung mak cik ni. Erm... Macammana peragut tu tahu makcik tu pakai rantai besar ek? Polis kata ni mesti kerja org yg kenal jugak. org yg salurkan maklumat utk si peragut2 tu.

yg nak highligt kat sini... peragut tak kira lokasi nak meragut(mcm lembu pulak...suka meragut rumput.. hehehe). Yang penting kita kena sentiasa berwaspada dan berhati2 dengan keadaan sekeliling.. Doa moga perjalanan kita sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T.. Moga dijauhkan dari niat buruk manusia2 diluar sana.

Tak Suka Tak Apa~ screen~

Jikalau orang tak suka tak apa
Tapi janganlah kau mengata
Sudah menjadi adat di dunia
Ada rupa dan berharta orang suka

Jikalau orang tak suka tak apa
Biarlah ku mengundur diri
Mungkin kau rasa aku tak sepadan
Dengan dirimu

Ku sedar diri ini
Aku hanyalah insan biasa
Tapi aku ada harga diri

Walaupun terguris hati ini
Hingga menitis air mata
Namun semuanya tak bererti
Bagimu

Waktu orang suka semuanya indah
Waktu dah tak suka oh ada-ada saja
Sukarnya nak ku temui
Cinta yang sejati dan bahagia

Jikalau orang tak suka tak apa
Tuhan masih menyayangiku
Moga suatu hari akan tiba
Jodoh buatku dengan insan
Yang ikhlas cintanya....




Bila dgr lagu ni, hati aku jadi sayu. Teringat seorang kenalan yang tidak aku sangkakan akan menjadi musuh. Tp aku tak nak menganggap dia musuh. Masih terngiang2 perkataan Alim Kucing. hurm.. cukup lah aku menanggung rasa sakit itu.  Terima kasih atas kata2 yg dilontarkan. ..dan anggapan yg diberi. Aku tahu, apa yg berlaku sedikit pun tak terkesan terhadap dia...
Harga diri yg tercalar...amat perit untuk diubati...

Isnin, 11 Julai 2011

anak umi yg tersangat rajin


Lihatlah anak dara umi yg tersangat la rajin. Semua kerja umi kalau boleh, semua dia nak take over. Senang banyak umi kalau besar nanti lagi rajin mcm ni. Tapi skrg ni mmg umi tak de kesempatan la nak menyapu sampah kalau dia nampak umi pegang penyapu. Cepat je nak berebut penyapu ngn umi.Kalau dia bagi tumpah air, cepat2 dia lari ke dapur ambik kain buruk sapu air yg tumpah.

Rabu, 6 Julai 2011

antara 2

ehsan: googled

hidup kita sering diberi pilihan...dan kita perlu juga membuat pilihan.
Kadang2 rasa nak menangis je untuk pilih mana satu jalan yg kita nak. Kata putus perlu diambil krn kita  tidak boleh untuk memilih untuk melalui 2 jalan serentak.
masih lagi teringat2 memori 9 thn yg lepas. Masa tu aku keje kilang sambilan kat jitra. Aku apply untuk sambung belajar. Dalam masa yg sama aku apply keje. Saja seronok2. Tp kalau dapat kerja pun aku syok jugak sbb aku boleh cari duit. Lagipun aku tak berharap dapat pun keje tu sbb aku rasa mcm tak berapa nak layak je.
Aku ditawarkan untuk sambung belajar. Punya la seronok pergi ambil gambar ukuran passport, isi borang dan kembalikan kepada pihak pentadbiran. Nak sambung ngaji kan.. sapa tak seronok. Lagipun itu yg aku harapkan. Dalam pada tu aku dah buat surat untuk berenti kerja kilang part time aku tu.
masa tu aku  kerja shift ptg. Dalam pukul 12 mlm aku sampai rumah. Mak tak sabar2 lagi tunggu aku kat pintu. dia bgtau aku dah berjaya dapat kerja. Td admin call.
Masa tu Ya Allah!!! apa kah ini... aku nak hooray atau nak nangis nih??
aku nangis!!! serius aku nangis giler.. sbb aku tak tau nak buat keputusan..
mak ckp " hang buat la keputusan sendiri. Mak tak mau masuk campur.. kedepan2 jgn menyesal sbb itu adalah keputusan diri sendiri. Kalau mak buat keputusan, kedepan2 hang akan salahkan mak"
Adoii.. lagi la aku tensyen...
aku  terus ke bilk air. ambil wuduk. Solat isyak dan terus buat solat istikharah. Dalam sujud aku menangis.. meminta Allah tunjukkan aku jalan terbaik. krn aku yakin Allah tu maha berkuasa. Masa tu mak tgk je aku. Aku rasa mak pun mesti rasa serba salah tgk aku yg tentunya  bingung. Keputusan yg memerlukan gerak hati krn kedua jalan adalah  sgt2 baik bg aku.
Dengan Rahmat Allah, mlm tu jugak aku mimpi. Aku seronok kerja, aku rasa pegang duit, aku rasa segalanya. bangun pagi tu: " mak, cek nak keja."
'pikiaq habih dah ka?"
'ya.."

Kini, aku dah melalui jalan yg aku tak pilih itu. Ya.. kedua2 jalan aku dah laluinya tp masa yg berlainan.

ptg smlm encik suami pula perlu memilih jlnnya pulak:
antara nak pergi panjat gunung tahan yang dah lama dia nantikan atau ikuti kursus selianya... tgk buntu dia fikir. Ptg smlm dia mintak pendapat aku. Aku buat mcm mak aku la... aku tak berani nak bg keputusan.
" abg fikirla baik2'. Kalau tak boleh buat keputusan, mlm ni buat istikharah ye...."

Sesungguhnya Allah takkan membebankan hambaNya..krn semuanya adalah aturanNya...

sekatan jalan raya

sejak akhir2 ni byak sungguh sekatan jalan raya diadakan. Tp nasib baik la on the way nak datang keje, tak de satu pun sekatan jalan. Cuma kalau time balik tu je, aku kena melalui 4 sekatan jalan raya. seksa jugak la nak menunggu giliran nak lepas kan...Tp tak pe aku paham.. tu tugas polis yang nak jaga keselamatan  dalam negara. Dalam tu.. aku kecut gak.. takut2 sekatan berkenaan speed trap ke..naya jugak.. heheh. Tp kalau untu keselamatan, tak kisah la...
kenapa sekatan jalan raya ni dibuat setiap hari ek? ada apa2 ancaman ke? fikir2 tu takut jugak.. kot2 ada penjenayah yg tgh larikan diri ke? ermm.. sbb perhimpunan bersih yg dijangka akan buat 9hb ni ke? Tp yg nak buat tu bukan belah utara kan?ahhh.. malas nak fikir la..nak bersih ke...nak kotor ke....janji jgn menggugat ketenteraman dah laaa...
Seperti kelaziman bila polis sekat kita, mesti la kita slow keter kan.
pas tu polis jenguk2 dalam keter kita, jenguk sapa pemandunya. Kita senyum n then dia suruh jalan la kan.
Tp smlm aku lalui keadaan yg sama la. cumanya seorang polis tu... pakai baju trafik. Lama jugak dia dok belek dan perati segala sticker2 yang ditampal dicermin depan tu. Dari sticker pas masuk tempat keje asben ngn tempat kerja aku, roadtax dan sticker bismillah... pas tu baru dia tgk aku... aku senyum then dia suruh jalan.. Fuhhh lega. Aku rasa mcm lama giler dia dok mengeja...tetiba je nak gabra. Ye la... aku bab2 sekatan jalan raya ni aku takut sgt2. teringat  satu kes dulu. Aku kena tahan ngn polis. sorang polis yg jaga seberang jalan tu suruh aku jlan dulu . padahal aku kat  jalan lain. Aku pulak gabra sbb polis yg lagi satu dok gamit. nak jalan.. tu jalan lain, takut salah. yg aku plak dengan dungunya p rodong potong ikut kiri. Sekali... aku kena soal siasat ngn polis2 tu.. dia tanya.." kenapa nak lari?'
'saya tak lari aihh'
'habis tu kenapa terburu2 mai ikut sini. org buat salah  selalu  selit mcm ni la.'
'polis tu yg suruh jalan' sambil tunjuk polis yg  gamit aku suruh jalan.
"ha.. sya yg suruh dia jalan, tp dia p ikut situ" polis yg tadi tu jwb
''adik nak p mana ni?"
'kerja"
'kerja ke belajar?'
'kerja'
''kat mana?"
"un..p''
pas tu dia p belek sticker kat ddepan
'mai nak tengok lesen'
aku pun  cari lesen then tunjuk.
'ha...jalan elok2 ye cik."

hadoii ketaq lutut aku. Rasa nak tercabut jantung. Tu rentetan peristiwa 4 tahun yg lalu... tp masih teringat2...


hehheehe



adakah sbb warna di sticker ni aku ditahan smlm??
err...asben aku yg lekat nih. sekali tgk.. mcm lambang sebuah parti kat malaysia nih. Tp 2 kali tgk.. perembang betul2... tak de kaitan. Cuma "Bismillahirrahmanirrahim.'' ''ALLAH" "MUHAMMAD" "dengan nama ALLAH yang maha pemurah dan maha pengasih"

Perkataan teragung kita sebagai umat Islam. Perkataan untuk memulakan sesuatu...

Selasa, 5 Julai 2011

Perkembangan Insyirah 1 thn 5 bulan

Hari ni nak bercerita pasal anak ke 2 aku.. Insyirah. Usia  dia bulan ni akan masuk 1 thn 5 bulan. Kejap je masa berlalu. Skrg adik dah boleh mcm2...
1) nak...ayaq. Tp tak reti mintak susu. Kalau nak susu pun dia sebut ayaq jugak..
2) Dah faham. Adik tolong ambik remote kat umi... terus lari  ambik remote dan bg kat umi. Byk jugak la yg dia dah mula  faham. Pampers, bantai, puting(ting),
3) Ptg2 aku balik keja, dia akan ajak tgk arnab. Mi... nab!
4) dah boleh kata.. ABC...123...alif.baa ta... tu je la... hehheh
5) Sungguh lasak. Asyik nak smack down abg.. lepas tu gelak2... Abg pulak asyik nangis sbb adik dok cakar dia..
Adik.. adik...mcm2 gelagat yg buat umi tak kering gusi . Semuanya adalah kenangan terindah untuk umi ingati...Walaupun kdg2 umi mengomel2 jugak sbb tak terkejar umi nak suap adik dan abg mkn nasik mlm2. Letih tera mana pun, umi akan suapkan jugak abg ngn adik.. sambil kejar abg dan adik main. Kdg2 sejam nak habiskan sepinggan nasik.kalau biar mkn sendiri.. umi pasti tahu kesudahannya...nasik akan habis.. tp bukan masuk dlm mulut tp  bertaburan atas lantai..Umi lakukan Semuanya sbb Umi sygkan anak2 umi.....

adik tgh hayun buaian abg... jgn tak tahu...abg walaupun dah nak masuk 5 tahun, tapi masih tidur buaian... (kalau kat umah tok dia je)


Ha.. kalau dia nak pakai cantikk(cantik tu tudung dan apa2 benda yg letak ats kepala)/... tu maksudnya dia nak ajak keluar dari rumah untuk jalan2 la...


nab adik yang setia dalam sangkar. Setiap kali dihampiri, nab akan bangun berdiri tgk adik... adik cukup suka. Masa ni arnab ni dok dlm sangkar ni lagi. Tp skrg nab dah ada rumah sendiri yg lebih luas dari sangkar ni.Dibawah pokok pelam.

Isnin, 4 Julai 2011

cerita di pagi ahad

Sejuknya pagi2..membuatkan rasa sayang nak bgn dari selimut...hujan renyai2 lagi...Sekali teringat.. Ehh nak balik kampung pagi ni jugakk sbb smlm dah janji ngn mak  nak balik.. tp terpaksa batalkan sebab ikut family mertua p Padang besar ngn Kuala Perlis.
tgk jam  dah 6.30 pagi. Kelam kabut bangun siapkan apa yg patut sbbnya suami aku kerja pagi nih. Pukul 7 kami bertolak. Perjalanan dari rumah aku ke rumah mak aku tu  setengah jam je. Bajet suami aku  kul 7.30 dia dh boleh bertolak ke tempat kerja dia.
Sekali... alamak.. jem pulak jalan langgar nak menuju jalan sultanah ni... Hadoiii... mcm siput ... Pukul 8 baru sampai.
ha.... itulah gambar kesesakan di pagi hari bila hujan mcm ni... Ramai org  kena hantar anak sekolah, nak p kerja, semua   guna kereta. sbb tulah sesak... Alamatnya:  encik suami masuk lambat kerja... Sori yer encik.... len kali umi bangun awal yer???

cincalok

Cincalok ni  terkenal kat Melaka, Sebelum ni tak pernah mkn pun cincalok ni sbb tak tahan baunya.. Tp bila dah tua2 mcm ni..sekali rasa mcm sedap la pulak. Pembuka selera.
Suami beli masa dia p melaka ari tu....Sebenarnya  aku pun tak tau mcmmana nak sediakannya...
Hentam je la... hiris bawang besar dan cili padi. Lepas tu perah asam limau...

Tak tau mkn mcmmana.. cicah ngn ulam ke...cicah ngn  ikan kembung goreng...
heheh.. marah pulak org melaka kat aku nanti.  Tp aku cicah  ngn ikan kembung... terliur la plakk... hehehe
Org2 yg expert mkn benda ni... camner yer???

pukul 11 mlm, asben request koteow goreng.
penambah perisa: kicap +cili padi.

Umi!!! abah nak minum carrot susu... er..er... seb baik susu habis. Klu tak terkejut insyirah tgh mlm dgr umi dia blender...

Jumaat, 1 Julai 2011

Asyik citer pasal mkn je aku nih sejak akhir2 ni kan?? heheh.. itu je  topik yang ada.. so layankan je la ye....sbb tak de benda yg menarik pun....

Murtabak meggie.. sempat lagi buat untuk juadah berbuka puasa ptg smlm... Irfan suka nehhh...


Red Velvet pemberian dari kwn baik aku: Sityaiza... Thanks ct... Rajin2  masak kek lagi bg kat aku yer...Sedap!!! Sebelum ni dok dgr org kata red velvet...red velvet... ini ke rupanya.. kekekeke...baru ku tahu....