Rabu, 20 November 2019

perginya seorang ayah

13.11.2019

tepat jam 8.50 mlm ayah yang kami sayang pergi menghadap ilahi dan tinggalkan kami untuk selama lamanya.

Ayah admit wad terakhir ni pada 23.10.2019.

Mmg kami dah bersedia dan berkampung di perkarangan hospital kerana  BP ayah semakin menurun. Ayah semakin tenat.
5 hari ditidurkan dan pada hari ini dia telah pergi dengan tenang.

Apa yg mendukacitakan... Mak Cik Guard yg bertugas tiada pertimbangan. halau kami yg tengah tunggu Ayah. Katanya tak adil, kena ikut peraturan. Allahu Akbar.. mana pergi timbag rasa di hati kau mak cik? Satu hari nanti kau pun akan pergi. Akan kami ingat sampai bila2 perbuatan kau.Kami bukan mai  pakej percutian tp kami menunggu dengan penuh pengharapan untuk ayah kami yang sedang bertarung nyawa. tp alhamdlillah... masa pengakhiran hayat ayah... dia bertukar dengan guard lelaki sbb time solat dan guard lelaki tu bagi ja kami masuk... penuh dengan sopan santun,.

Kami redha ayah pergi.Dah lama ayah sakit...dah lama ayah tanggung derita.Allah lebih sygkan ayah.. dan tunggu kami di syurga ya Ayah...

Alfatihah,

Tiada ulasan: