Rabu, 23 Disember 2015

menu diet: ikan siakap stim

Sbb ramai yang tegur aku ni makin berisi...
Ada juga yang tegur...mengandung pulak ke?
Aku ni kalau kena tegur confirm akan diet dalam seminggu... huhu.. tapi tak kurus2 pun...

Tapi tak pe... jom nak kongsi resepi malam tadi.

IKAN SIAKAP STIM

Tengok ada org share buat stim dalam pemanggang Ajaib.. Aku pun nak cuba jugak la...

Ha... inilah rupanya siakap Stim versi diet kali ni...

En Suami kurang sikit bila masak Stim.. Dia lebih suka masak 3 rasa.
Tapi malam ni tgk dia makan laju je... licin!  Aku kalau tgk dia mkn licin tu mesti aku senyum je... Sbb dah tau dah encik suami ni "kedekut" sikit bab nak puji2 aku masak. Yang aku boleh baca, kalau tak sedap atau tak kena ngn selera dia dia makan tak bertambah...

Bahan2:

1)Ikan siakap yang dah dibersihkan dan diperap dengan garam.
2) potongan lemon
3) 3 ulas bawang putih
4) 1 biji carrot diparut halus
5) sedikit kiub perasa ayam 
6) Sedikit air
7) cili padi
8) beberapa biji tomato ceri

masukkan sekali dalam pemanggang ajaib...buka api dalam 15 minit... siap!
senang dan mudah kan????

1 ulasan:

mela berkata...

senang-senang..aku nak try resepi hang.