kita kan bercuti selama 4 hari sempena 1 mei dan hari wesak. En suami kerja sampai Ahd. lepas dia balik kerja suruh siap nak gi cuti katanya.
cuti??? biaq betui...mana nak cari hotel??
dalam perjalanan nak pergi..singgah pam angin tayar kereta. Tak mau masuk angin la pulak tayar ni... bawak gi check kat kedai tayar...kena tukar tayar baru. Aku ckp kat asben, batalkanlah percutian ni...bajet lari...kesian kat abah...
Tp sebab dia kata kesian dekat anak2 yang mengharap, kami teruskan juga...
Sampai kat penang dah maghrib. Terus cari hotel dekat bayan lepas. nak cari sebelah feringhi mcm tak de harapan je,,
nasib la jumpa hotel ni. EST hotel. Harganya sangat murah. Asal Rm180. En suami dalam diam2 pandai jugak dia tawar menawar. Ahaks.. kalau aku yang cari mmg aku takkan tawar menawar punya. So Kami dapatla bilik dengan harga rm 120 je. Tu pun 3 kali dia minta tawar. Ada 2 katil super single. Kami gabungkan jadi la katil besar. Muat la kami anak beranak.
Lapar... turun bawah jumpa Tat Nasi Ayam.. Makan kat situ lebih cepat.
Masa tengah makan, aku perasan suhu badan Izzan panas. Demam.. mana nak cari ubat?? Tetiba nampak Pasaraya sebelah tu... masuk tgk ada jual sirap panadol untuk kanak2... alhamdulillah....dimudahkan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan