Rabu, 4 Mac 2015

Keputusan SPM

Pakat berdebar2 menunggu keputusan SPM....

Bagi anak2 yang berjaya.. tahniah diucapkan, jangan leka kerana masa masih panjang....untuk mencapai kejayaan yang sebenar.
Bagi yang kurang berjaya atau gagal..jgn bersedih atau berduka kerana keputusan itu bukanlah jalan penamat kisah hidup.
Bangun dari kegagalan. Mungkin anda akan lebih berjaya dari org yang berjaya sekarang. maka tak perlu toleh kebelakang lagi. Yang lepas itu biarlah lepas.. yang penting sekarang pilih dan bina masa depan yang betul.

Teringat detik2 aku menerima keputusan SPM.
Tak seperti yang aku harapkan.
Menangis tak berlagu...Air mata darah sekalipun takkan mengubah keputusan yang keluar itu.

Kalau dulu2..aku SPM tahun 1999.
Result aku:

Pangkat: 2. 
Agreget : 19

19 tu..... kenapa 19? Kerana 19 tu sepatutnya aku layak dapat pangkat 1. Tapi kenapa pangkat ? Itu yang aku kesalkan. kerana mengikut syarat aku perlu credit 4 mata pelajaran teras dan 2 mata pelajaran elektif. Mata pelajaran elektif yang aku dpt credit hanyalah Matematik tambahan.Subjek sains yang lain semua cangkul dan seangkatan dengannya...

Sangat kecewa masa tu. Malu..... sbb dalam kelas aku cuma 3 org yang dapat pangkat 2. Yang lain semua pangkat 1 walaupun agreget mereka 22..23..lebih dari aku.

Nak masuk Universiti tak layak...
So.. aku mohon Politeknik. Sijil je....
Disini aku bangun kembali. Alhamdulillah.. aku dapat ketchup pelajaran kat Politeknik selama 2 tahun dalam bidang Sijil Kejuruteraan Elektronik Perhubungan.
Alhamdulillah..CGPA pun cantik.

Dengan result yang agak baik itu, tahun 2002 aku telah diterima bekerja sebagai juruteknik di IPTA . Dan dalam masa yang sama aku dapat sambung DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK . Menangis lagi aku masa ni. Aku tak tahu mana satu pilihan aku... kerja kah? belajarkah? Sbb masa tu aku berfikir, bukan senang nak dapat kerja...lagipun aku anak sulung... adik2 nak mengaji jugak.
Setelah istikharah... aku rasa aku lagi tenang memilih untuk bekerja.

Tahun 2007 aku sambung lagi pelajaran tapi Pengajian jarak jauh la.. (PJJ) selama 2 tahun. Kelas hujung minggu je. Alhamdulillah..dlm masa yang sama.. aku bekerja, aku dapat sambung belajar.
Sebenarnya... aturan Allah itu adalah yang terbaik Krn dia tahu apa yang kita perlukan.

So... adik2 kat luar sana jgn sedih... banyak lagi saluran yang boleh dipilih. Kerja2 kemahiran pun banyak yang boleh kita ambil. Jgn sedih... Maju ke depan.. Aku faham erti kegagalan krn Aku juga pernah GAGAL.

Belajar dari kegagalan.. Ambil Iktibar.. sbbnya banyak juga yang berjaya dalam SPM tapi tersungkur di menara gading.
:-)


Tiada ulasan: