Isnin, 1 April 2013

kontraksi Braxton hic

Jumaat mlm sabtu...
Aku rasa mcm terjadinya kontraksi. 30 minit sekali sakit. 30 minit sekali sakit. Hati dah mula cuak? adakah aku akan melahirkan mlm ni?  Segera cari  akar genggam fatimah untuk direndam. Punyala lupa.. sepatutnya kena rendam dengan air panas.. tapi aku rendam  dgn air sejuk. Dok tunggu kembang tapi tak kembang2 pun. Puas tunggu sampai terlena. Esok bangun pagi, dah kembang elok. Perut pun dah tak dak tanda kontraksi. OOo.. rupa2nya aku mengalami kontraksi Braxton Hic atau lebih dikenali dengan kontraksi palsu. Menjelang detik2 kelahiran,  ada sesetengah org akan mengalami rasa mcm ni.
Tu yg pelik.. dan mengapa aku tak ke hospital sbb tak ada turun tanda air atau pun darah. Cuma rasa sakit mcm nak bersalin je.,,,

So.. bgn pukul 8 kena buat BSP lagi.
Sebelum mkn.. bacaan darah ialah 4.1

Lepas tu aku sarapan : milo panas secawan. Kemudian balik kg, singgah mkn roti canai telur dan teh o ais. ohh tersangatlah manis teh o ais ni. Sampai rumah mak.. telan pisang sebiji. lepas tu baru mkn sebiji VCO.

Pukul 12.30 tgh hari p buat BSP. Resultnya ialah.... jeng.. jeng.. jeng... 7.2.. ha.... hamik ko. mkn tak hengat dunia...

untuk lunch: minum air kelapa, nasi putih 2 senduk dan sambal sotong 2 ekor.
Result pukul 4.30 tu ialah 4.5 je.. Alhamdulillah.. dah stabil semula bacaan darah.

Balik rumah, mkn 3 biji nugget bersama secawan milo.
Mlm tu pukul 9.00 p check... bacaan darah 4.7.
ha.. lega!!!

balik rumah... ada celebrate birthday pak mertua... so, sesuka hati sesedap rasa aku bedal 1 ketul ayam KFC, coslow dan kentang putar. Air pulak... oren 2 gelas + kek sepotong.. er,,,, klu p check Bsp selepas 2 jam.. agak2 berapa ye bacaan BSp?? kikikiki...

Keesokannya.. kena jumpa doktor. Doktor tu cakap: Pergi mkn kenduri lagi ke? hihihi.. sori dktor... saya mkn terbyak gula.. So aku dinasihatkan supaya control mkn...

1 ulasan:

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

hiihhi telebih gula tu kak...tc yer