Jumaat lepas, waktu balik kerja, tiba2 hujan turun dengan lebatnya. Tp aku redah jugak la.. sbb nak sampai awal rumah. Aku akan follow adik aku dari belakang. Sbb jalan pintas yang kami ambil tu adalah hutan kelapa sawit dan ladang getah. Tak dak rumah org langsung. So.. kat Jalan tu selalunya pecut 120 ke atas. So... mkn masa 7-10 minit mcm tu ja.
Nak dijadikan cerita, masa nak masuk jalan tu... kan tgh hujan lebat. Tiba2 keluar burung dari celah semak sebelah kiri jalan. semua burung2 tu warna hitam. terbang menyeberang jalan.. rendah sgt2... hampir nak langgar je burung2 tu.. Bilangan burung tu aku anggarkan lebih kurang 200 ekor. Jalan sikit.. aku break.. jln sikit break. Yang aku heran kenapa la burung ni lintas jalan tak habis2... lepas lintas.. dia lintas lagi... seperti mengekori aku je burung2 ni.. Yang lebih menghairankan aku.. adik aku pecut buat tak tau je.. selalunya dia yg bising2 klu aku langgar burung ke... semut ke...
Kereta VIVA hitam yg mengekor aku dari belakang mula tensyen... terus dia pecut... Buat tak tau je kat keselamatan burung2 tu semua. Dalam hati Aku... Pompuan ni tak sabaq2 aihh....
Rasa mcm nak tsunami pun ada.. Bukan apa.. aku teringat cerita kebanyakan binatang melarikan diri sebelum kejadian tsunami. Terus aku baca ayat Qursi.. minta Allah selamatkan perjalanan aku...lepas tu... burung2 tu dah tak larat kot nak ikut aku... terus aku pecut kereta follow adik aku semula.
Keesokan hari, aku dan adik aku menghadiri satu kenduri Akikah anak kepada kawan kami, Sue.
Aku bertanya la kat adik aku...
"awat hg laju ja kemarin? "
"mana ada laju... hg ja yg slow semacam. Pasai apa? selalu hg yg pederas tak ingat..."
" hg tak nampak ka dekat 200 ekor burung dok lintas antara kereta hang dan kereta aku.."
"mengarutlah hang ni... aku dok tgk kat cermin pandang belakang... tak dak apa pun. Tu yg aku heran pasai apa hg slow. Takkanlah hang tak tahu...aku ni kalau semut lintas pun aku suruh hg berenti. wlaupun mayat seekor kucing...aku tak bg hang langgar."
hurm.. terus aku tergamam. Betulkah apa yg aku nampak hari itu?
Burung yang betul2 wujud atau makhluk yang tak nampak yg cuba mengganggu perjalanan manusia??
Sampai tika dan saat ini aku masih teringat2 kejadian tu...
Apapun, Alhamdulillah... Allah masih pelihara aku... Syukur Ya Allah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan