Khamis, 28 Mac 2013

Set bersalin.

HAri ni nak bercerita pasal set bersalin.
 Anak pertama dan anak ke 2 aku guna set bersalin Afiat. Benda yang paling best untuk set afiat ni adalah bengkungnya... Ada herba dalam tu... best ja bila pakai. Harga pun boleh tahan.. tak sampai RM100.
Dan paling aku suka, jamu dia... bila mkn terus berpeluh.
ha.. ni rupanya set bersalin tu..

produk yang ke 2 yang aku teringin ialah Set bersalin Mandara,.. Ha.. korang pernah dgr tak jamu mandara? Untuk jamu mandara aku dah pernah try mkn sebelum pregnant hr tu// mmg berkesan. Harga set bersalin ni pun tak de la mahal sangat. Cuma RM150 ja.
ha... ni rupa set bersalin mandara.  Ada JM1 dan JM2, boreh, akar kayu, air florida, minyak angin dan barut.
tp tu la.. hati  dok was2 sbb dah terbiasa dengan afiat.

Dan yang ke 3 ilah Set bersalin Shaklee. Tak dak herba langsung. Tak dak boreh bagai... tak rasa mcm pantang la plak kan.. Tp  aku tgk ramai je org guna set bersalin shaklee ni.
ha tudia.. jenuh telan.  Tp yg ni aku tak pilih kot utk set bersalin. Insyaallah klu ada rezeki lebih, dok ingat nak beli  Energizing Soy Protein dan Alfalfa lepas pantang ni. Org kata sbg Milk booster,. Kira ok la kan???





Rabu, 27 Mac 2013

38 MINGGU

Hari dah masuk 38 minggu yang tersangatlah indah menjadi seorang ibu yang sedang mengandung.
Pergerakan baby kurang aktif semalam. So, balik kerja, cuba nak beli air kelapa. Sbb teringat pesan mak, Kalau anak kurang gerak, kena cepat2 cari air kelapa, minum dan sapu diperut.
Nasib tak menyebelahi aku aku. sepanjang jln, tak de org jual air kelapa. Hurm... terus aku pecut kereta sbb nak cepat sampai. Tetiba nampak org jual air kelapa tepi jalan. Tp tak sempat nak berhenti sbb aku berada di lorong kanan.
Sampai kat rumah, terus ajak hubby  keluar cari air kelapa. Hurm... kebanyakan gerai jual air kelapa dah tutup. Dekat setengah jam lebih pusing alor setar. Tak jumpa jugak...
Lastly.. terpaksa singgah rumah mak kat kampung sbb teringat ada pokok mak sedara yg agak rendah. Rendah tu tak de la rendah sgt tp ken apanjat pakai tangga jugak la..
Sampai umh mak dalam pukul 7.30 mlm. Hubby aku terus ke pokok. Tp nasib baiklah sepupu aku yg terer memanjat tolong  ambik air kelapa buat aku. Tq...
Terus kupas  dan minum air kelapa. Asli tau.. tak tambah gula atau ais.
Lepas tu sapu sikit air tu kat perut. 5 minit kemudian baru rasa baby gerak semula.. Alhamdulillah....
Tp bila malam , rasa makin kurang pulak geraknya... Klu tak gerak, kena p buat CTG la kat hospital.
Hari ni baby dah bergerak aktif kembali.
Mungkin smlm aku buat kerja berat. bgn duduk.. bgn duduk.. install antivirus baru dekat pc lab. Kalau boleh nak settlekan semua kerja sebelum aku bersalin.  Sbb tu baby jadi letih agaknya sbb umi dia  aktif sgt.
So, utk hari ni umi cuma buat kerja2 failing je... Baru rasa baby menari2 dalam perut ni... :-)
Bila baby nak keluar ye? Seronok dok dalam perut umi ye? hihihi....

Selasa, 26 Mac 2013

Syamsul Ghau Ghau

Satu hari Irfan balik dari sekolah...dia tanya aku..
"umi, Syamsul Ghau Ghau tu apa?"
"artis"
"artis tu apa?"
"artis tu pelakon/penyanyi yang masuk dlm TV tu..."
"semua org panggil abg Syamsul Ghau Ghau"
"Bagus la.. Femous! hihihi"
"Tp depa ejek abg.."
"sapa yg kata kat abg mcm tu?"
" ustazah la... dia mula panggil syamsul Ghau2. Lepas tu semua org panggil mcm tu kat abg..."

Hurmm...
Ustazah2.... kenapa lah ajar anak murid mcm tu... Moral down tau dak ustazah oi... Nanti budak2 rasa rendah diri. Aku dah pilih nama sedap2 letak kat nama anak aku.. Tetiba plak  engkau letak gelaran mcm tu kat anak aku... Mungkin niat untuk melawak... tp kena  fikir baik dan buruknya.
So.. aku kena brain wash anak aku. Dia ni cukup pantang org  bg gelaran apa2 kat dia.. nak mengamuk ja gayanya...

ha... ni gigi abg baru cabut...leas ni aku tak tau la  kwn2 nak gelar apa plak... Hadoi...



Jumaat, 22 Mac 2013

Posisi tidur

Hari ni hari Jumaat. Entah mengapa... aku bangun mcm biasa, tapi ada masa nak lipat baju, nak iron baju dan sempat baca surah At Taubah. Tp tak sempat nak habis la.. sbb dah pukul 7 pagi. Masa untuk aku bertolak ke Opis. Tak pe... mlm ni bleh sambung lagi. Macam biasa.. sebelum bertolak ke tempat kerja, aku akan cium anak2 yang tgh tidur. Tp hari ni, tak sempat nak cium lagi.. aku ternampak aksi 2 beradik tu tidur.. sama... sebijik posisi tidur. Kalau ada abah depa kat sebelah,... confirm sama depa 3 beranak tidur...

]
ha... tgk tu, sama kan?  nak tergelak jugak tgk... terus ambil kamera dan snap moment2 terindah anak2 tgh membesar. 
* sila abaikan keadaan tilam yg mencacatkan pandangan tu... aku pun tak tahu kenapa kain cadar dah tercabut dari tilam dan sedang didakap oleh si abg... :-)

Nanti bila depa dah pandai google.. pas tu jumpa hasil tulisan umi ni, mesti rasa indah kan?

Khamis, 21 Mac 2013

Aku dan emosi

Pagi2 lagi aku dah terlebih emosi. Rasa nak nangis pun ada,
Pagi2 lagi aku dah check email...
Penyelaras baru aku yg tersangatlah kerek....mentang2la baru balik dari Jepun. dia pun ingat aku jepun jugak agaknya...
Dah tgk plug tak dak karan, tu maknanya mestilah  ada trip kat mana2 suis...
nak suruh aku check, tapi buat rajin boleh p CC email ke dekan, timbalan dekan, exco... Gila kuasa betul la..
mcm la aku tak buat keja.. Apa salahnya call aku... takkan nak call aku pun berkira kot..
Sangat memalukan bila ada balasan dari geng2 exco.. Rasa nak maki org je.. Nak buat mcmmana.. dia org atas aku....
So.. aku pun p la check... tempat tu kat bangunan sebelah ni.. erm.. yg pengurusan ni pun satu.. dah tau aku ni  nak terberanak dah pun. dok bg tugas 2 tempat. Penat cek oiii...
Hurm... bini ko tak keje... tak pe la.. Klu bini ko keja, n org buat kat bini ko mcm ni, apa perasaan ko???
Huh....
bila  p check, alahai... suiz tendang ja pun.. P la buka balik... erm.. harapkan ada PHD bagai... benda tu pun tak reti nak fikir. (esh2.... termengutuk plak) tp seriusly.. aku mmg geram tahap Gaban.
Terpaksa la aku reply all dan explain apa yg patut.. semuanya krn ak mau la org ingat aku tak buat kerja kan.... padahai isu kecik ja..
P mai.. p mai.. ada sorang kwn mai hantar tester cookies.. er... hilang sikit stress aku...
Bila fikir balik, utk apa aku layan emosi ini?
Tak baik untuk kesihatan aku dan baby... Nanti baby keluar pun suka juga beremosi mcm uminya...
sbbnya ni dah minggu ke 37.. Bila2 masa je boleh bersalin...

Ya Allah... permudahkanlah setiap aturlangkah ku...

Selasa, 19 Mac 2013

menepati janji

Rasa nak update blog.. tp fikiran ni melayang entah kemana... Mcm2 rasa nak tulis tp bercampur baur. Nak tulis pasal makanan... nak tulis pasal bebelan... nak tulis pasal tak puas hati, nak tulis pasal tazkirah la.. last2 satu apa pun x tulis. :-)
So... ptg2 ni aku pilih topik yang menjurus kepada tazkirah. sama2 beringat  antara satu sama lain agar kita tak  terus leka.
Pagi tadi dengar cuit2 pasal perkataan "Insyaallah"

Ini membawa maksud Dengan Izin Allah...
Kebanyakan daripada kita suka sebut Insyaallah jika berjanji. Tapi pastikah kita akan tunaikan.. ataupun perkataan itu hanya sekadar untuk menyedapkan hati org yg kita buat janji.. pada hal dlm hati mmg berniat tak nak tunaikan janji tersebut.

Konsep ni senang ja... Kalau kita rasa kita tak mampu nak tunaikan janji.. cakap je Aku tak janji sbb aku rasa mcm menyusahkan aku saja. Jgn bagi harapan palsu kat org lain. Kesian kan....

Dan kalau kita benar2 yakin yg  janji kita tu kita akan tunaikan walau dgn apa cara sekalipun, baru kita sebut Insyaallah.. krn hanya Allah saja yang tahu apa yg telah direncanakan. dengan izinNya juga untuk membenarkan perkara itu berlaku.

Ok... jom sama2 kita amalkan nilai murni... agar kita tidak tergolong dalam org yang tidak menepati janji...


Isnin, 18 Mac 2013

Burung Hitam

Jumaat lepas, waktu balik kerja, tiba2 hujan turun dengan lebatnya. Tp aku redah jugak la.. sbb nak sampai awal rumah. Aku akan follow adik aku dari belakang. Sbb jalan pintas yang kami ambil tu adalah hutan kelapa sawit dan ladang getah. Tak dak rumah org langsung. So.. kat Jalan tu selalunya pecut 120 ke atas. So... mkn masa 7-10 minit mcm tu ja.
Nak dijadikan cerita, masa nak masuk jalan tu... kan tgh hujan lebat. Tiba2 keluar burung dari  celah semak sebelah kiri jalan. semua burung2 tu warna hitam. terbang menyeberang jalan.. rendah sgt2... hampir nak langgar je burung2 tu.. Bilangan burung tu aku anggarkan lebih kurang 200 ekor.  Jalan sikit.. aku break.. jln sikit break. Yang aku heran kenapa la burung ni lintas jalan tak habis2... lepas lintas.. dia lintas lagi... seperti mengekori aku je burung2 ni.. Yang lebih menghairankan aku.. adik aku pecut buat tak tau je.. selalunya dia yg bising2 klu aku langgar burung ke... semut ke...
Kereta VIVA hitam yg mengekor aku dari belakang mula tensyen... terus dia pecut... Buat tak tau je kat keselamatan burung2 tu semua. Dalam hati Aku... Pompuan ni tak sabaq2 aihh....
Rasa mcm nak tsunami pun ada.. Bukan apa.. aku teringat cerita kebanyakan binatang melarikan diri  sebelum kejadian tsunami. Terus aku baca ayat Qursi.. minta Allah selamatkan perjalanan aku...lepas tu... burung2 tu dah tak larat kot nak ikut aku... terus aku pecut kereta follow adik aku semula.

Keesokan hari, aku dan adik aku menghadiri satu kenduri Akikah anak kepada kawan kami, Sue.
Aku bertanya la kat adik aku...
"awat hg laju ja kemarin? "
"mana ada laju... hg ja yg slow semacam. Pasai apa? selalu hg yg pederas tak ingat..."
" hg tak nampak ka dekat 200 ekor burung dok lintas antara kereta hang dan kereta aku.."
"mengarutlah hang ni... aku dok tgk kat cermin pandang belakang... tak dak apa pun. Tu yg aku heran pasai apa hg slow. Takkanlah hang tak tahu...aku ni kalau semut lintas pun aku suruh hg berenti. wlaupun mayat seekor kucing...aku tak bg hang langgar."
hurm.. terus aku tergamam. Betulkah apa yg aku nampak hari itu?
Burung yang betul2 wujud atau makhluk yang tak nampak yg cuba mengganggu perjalanan manusia??
Sampai tika dan saat ini aku masih teringat2 kejadian tu...
Apapun, Alhamdulillah... Allah masih pelihara aku... Syukur Ya Allah....

Jumaat, 15 Mac 2013

Gigi bongsu

bagi org yg  berumur mesti dah tumbuh gigi bongsu kan?
pengalaman bila tumbuh gigi bongsu ni mmg menyakitkan...
ada setengah org, lepas gigi tumbuh terus ok.. Tp ada sesetengah org, cara gigi tu tumbuh membuatkan bertambah sakit, nak mkn susah.. nak nganga mulut lagi la susah.
Sebelum ni dah terjadi dekat suami aku. Sampai demam2 sbb gigi dia tak tumbuh ikut gusi asal. dia tumbuh menghala ke pipi. so.. asyik terkepit dengan isi.. then berdarah je la isi pipi tu.
sampai kena cabut la gigi tu .. baru nak ok balik.. Masa tu aku buat tak tau je la.... kesian pun kesian la jugak sbb asben kita kan...
ni tiba2 jadi kat aku la...
nak nganga luas2 pun x boleh. kalau nak p cabut mmg tak boleh dah.. sbb aku ni dok tunggu masa nak bersalin je... org kata  dah tak boleh nak cabut gigi. Hurmmm nak buat mcmmana ye?
Agak2 kalu p jumpa dentist dapat mc tak? hihihihi....

Rabu, 13 Mac 2013

KURSUS SAFETY

2 hari aku kena masuk kursus safety plan...\
menghabiskan masa 2 hari mmg menyeronokkan.. tambah plak trainer yg  mmg kaki lawak... buatkan aku rasa tak ngntuk langsung masuk kursus ni.
Hari pertama, oleh krn duduk yg lama, sakit pinggang sih....
Kali ni aku asyok jadi sasaran je.. almaklumlah ibu yang tgh sarat mengandung.. Apa2 contoh je, mesti aku... Hadoi.... mcm2 karenah la...

hurm.. minggu ni kandungan aku dah mencecah 36 minggu.
kalau ikut si abang,  minggu ke 37 dah bersalin.
Kalau ikut si kakaknya, tepat2 on due...
tak tahula.. si adik ni nak ikut abg atau kakak..
takut2....

:-).. rasa malas  dah nak mai keja... rasa mcm nak cuti dan duduk tidur kat rumah je.
tp tu la.. aku tgh jimat cuti....
harap2  tiada masalah sewaktu perjalanan pergi dan balik  dari kerja. Almaklumlah memandu bersendirian selama 1 jam...
Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku....
Doakanlah keselamatan aku dan anak yg  dikandung ini wahai sahabat2 sekalian....




Isnin, 4 Mac 2013

Birthday Girl dapat hadiah basikal

ha...
semua org sibuk bercerita pasal LAHAD DATU dan  negeri Sabah... Aku pun nak citer jugak.. tp otak tgh buntu. Tak tahu nak tulis apa pasal tu. Biarlah wartawan dan polis serta pemerintah buat kerja mereka. Aku doakan semoga pejuang2 negara selamat dalam menjalankan amanah yg berat untuk mengawal keselamatan negara dari pencerobohan pihak luar...

Insyirah dah dapat hadiah birthday dia... basikal warna pink... nak p mana pun mesti nak bawa basikal dia tu...

kek utk insyirah.. umi cari yg angry bird tak dak... ni ja yg sempat umi jumpa.... tp dia kata dia suka.. Alhamdulillah.. tak byk karenah..

Jumaat, 1 Mac 2013

HAppy 3rd birthday

28.2.2013.. genap umur insyirah yg ke 3 tahun...
ingat lagi tarikh ni,,,, melahirkan insyirah jam 12.30 tghari mcm tu....
Semoga anak umi membesar menjadi anak yg baik, solehah, hormat org tua, dan sentiasa sihat ...

Mlm td p cari kek.. tp kedai tutup la pulak.. last sekali  p KFC.. beli family combo set A.. balik mkn KFC je laaa...
sat gi nak p cari kek sbb dia request kek angry bird.. ada ka dak tak tau laa.....