Kami sampai rumah dah maghrib. Bapa mertua mengadu sakit dada lagi.
Pukul 5 pagi, ibu mertua datang rumah kejutkan suami .
Suami terus bawa ke wad kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah.
doktor pada mulanya suruh balik rumah dan makan ubat dulu. Kalau sakit datang semula.
Tp suami masuk sekali dalam bilik pemeriksaan tu.
Minta doktor check semula sbb dah makan ubat tp sakit makin kuat.
Lepas tu baru doktor tu kata.. ok... kita buat pemeriksaan jantung. Lepas check.. mmg disahkan bapa mertua kena serangan jantung...
Terus buat ujian tekanan pengisar injakan.
Pengisar injakan ni ialah satu ujian dimana Melalui kateter, satu dawai halus dimasukkan ke bahagian pembuluh darah yang tersumbat. Pada hujung kateter ini, terdapat belon. Belon akan dikembangkan untuk menolak plak yang menyumbat pembuluh darah. Rawatan ini semakin popular kerana ia tidak membabitkan pembedahan yang besar. Bagaimanapun, 30 peratus pesakit boleh mengalami penyempitan pembuluh darah semula. Bagi menangani masalah ini, besi gegelung (stent) yang dilapisi ubat-ubatan diperkenalkan. Bagaimanapun, kos rawatannya tiga kali lebih tinggi. (sumber google)
Alhamdulillah, dapat kesan awal, klu ikut doktor, asyik suruh balik rumah je...
Doktor pun tak sangka.. sbb nampak bapa mertua seperti tiada apa2. Doktor kata Ayah seorang yang kuat semangat..
So sekarang bapa mertua ditempatkan di CCU.
Semoga cepat sembuh. AMIN,..
inilah namanya kanak2... masih belum mengerti apa itu hospital. Bila ditanya mana wan? Wan p kedai tak balik2 lagi la... kalau CCU kanak2 bawak 12 tahun mmg tak dibenarkan masuk. Hanya 2 org pelawat sahaja dibenarkan sekali masuk. So.. budak2 ni mmg tak tahu la apa yg terjadi kat dalam tu...
3 ulasan:
SEMOGA BAPA MERTUA CEPAT SEMBUH YER...
tq BUi...
moga FIL akak cpt sembuh yer
Catat Ulasan