Rabu, 30 Januari 2013

my little penguin....



penyejuk hati pengarang jantung umi....berangan nak jadi penguin dengan memakai sweater tok wan mereka...

kamu berdua menjadikan hari2 umi bertambah ceria... walaupun abg kadang suka merajuk... itu tandanya minta dipujuk... kadang2 umi geram la jugak... 
Adik pula walaupun kekadang boleh tahan gelagatnya.. ada kala kena marah jugak...
Tp satu ja yg umi suka... " Umi marah tanda syg kan?"
hihihi

KHAS untuk suami2 di Malaysia


Sekali baca best...
2 kali baca nak tergelak pun ada dengan jawapan last sekali tu.


KHAS UTK PARA SUAMI 

Soalan: Ustaz, patutkah sy menghormati isteri sy yg berperangai pelik waktu mengandung? 

UAI: (petikan jawapan) isteri yang mengandung tu sedang dalam proses menerima roh dimane dah tentu2 isteri tu punyai roh, dan ade roh baru akan masuk pd umo 4 bulan.. Jadi perangai isteri contohnye macam nak tido je, pemalas, duduk lame dalam bilik air, kuat makan bla bla, adelah 1 tempoh penerimaan roh baru dalam diri die.. Tolonglah para suami faham.. Dah awak yang buat bini awak jadi gitu, jangan nak bising pulak.. :)

Isnin, 28 Januari 2013

Sekatan Jalan Raya

Jumaat lepas bertolak balik dari tempat kerja agak lambat. Dalam pukul 5.30 ptg mcm tu.  Apa lagi... aku pun pecut la Myvi adik aku sbb nak cepat sampai rumah kan? Tak disangka pulak ada sekatan polis dalam jalan kampung. Terkejut aku! ingatkan org buat jalan.. sekali tgk bendera merah daaa..suruh berenti.

Aku: Alamak nisah! mati la kena saman. apsal hg tak pakai seat belt?
Nisah: weii.. slow!! (sambil tarik seat belt tp tak sempat nak cucuk kat pemegang dia tu..terus dia pegang je)

Sampai kat polis... aku turunkan cermin tingkap. Sambil sengih2... tak tau nak kata apa

Pak polisi: Assalamualaikum
Aku: Waalaikumsalam
PAk polisi: Cuba lepaskan tgn tgk...
Adik aku: er.. er... (sambil lepaskan tgn)

Hurrr.. kantoi.. polis tu perasan awal lagi sbb kalut tarik tali pinggang.
Pak polisi: Mintak IC

Adik aku pun  seluk beg cari IC nak bg kat polis tu..

Pak polisi:: Ehh.. mengandung ke?
Adik aku: ya.. mengandung.
Pak Polisi : Ooo.. tak bgtau tadi.. kalau mengandung mmg dikecualikan. Akak yang drive ni pun mengandung jugak ke?
Aku: Ya encik.. 2-2 org mengandung.
PAk polisi: Eh.. akak ni pakai seat belt buat apa? Org mengandung mmg tak elok pakai seat belt. Kalau  kak berenti secara mengejut, takut belt ni menjejaskan kandungan. Kak boleh tanggalkan seat belt tu sekarang jugak
Aku: tak pe encik.. saya dah biasa.. tak reti la kalau tak pakai.
Pak polisi: Tak boleh kak.. bahaya...Tak pa2... org mengandung kami tak saman...mmg dikecualikan.
AKu: Terima Kasih...

Uii.. ketaq lutut aku sebenarnya,,. walaupun bukan aku yg buat salah.
Sebenarnya dah tahu lama dah mmg perempuan mengandung dikecualikan. Tp entahla kenapa  tiba2 terlupa yg kami berdua tgh mengandung. Apa pun tak terkata masa polis tu nak saman.


Jumaat, 25 Januari 2013

sensitifnya ibu mengandung

hari ni nak bercerita tentang kejadian semalam.
Semalam adalah hari kelahiran nabi junjungan kita.. Nabi MUHAMMAD S.A.W.. 12 Rabiulawal..
Irfan ada tanya aku...

Irfan:Umi hari ni hari apa?
Aku: Hari Khamis
Irfan: Hari Jadi Nabi la umi...
Aku: oooo.. (dalam hati: mesti abah dia yg  bgtau)

Ini bermakna seluruh Malaysia cuti la kan.. Budak2 ni kalau cuti ja... terus jom balik kampung!!!
on the way nak balik kampung aku ajak suami singgah giant sbb dah plan nak belikan rak buku untuk letak buku2 Irfan. Sampai Giant tgk rak yang aku berkenan tu dah naik harga la... RM44. Huh !! mahal gila... tp hati mcm sedikit kecewa la. Suami aku cadangkan.. baik pergi tgk kat kedai perabot. Mungkin lebih murah. Terus umi sentap!!!.. Mungkin dia nampak aku lain, sekali lagi dia tanya.. Nak amik jugak ke? Aku jawab.. TAK pAyah!! MAHAL!!

Lepas tu kami berjalan la ke tempat lain.. sambil suami dukung Insyirah. Laju semacam je dia berjalan.. tak ingat ke aku yg terkedek2 kat belakang ni. Nasib baik la Irfan ada.. boleh jugak aku bersembang tp dalam hati... aku rasa nak nangis... Apsal dia jalan jauh2?
hurm.. bila dapat kejar.. aku cakap.. Awat jalan jauh? dah la susah nak cari!
Suami aku cakap sbb aku suka selit2 dari rak ke rak.. tiba2 hilang...
err... aku jugak yg salah... lepas tu  dia suruh aku jalan dulu... Terus mood nak shopping hilang.

Then masa nak turun ke parking... escalator rosak. alamak!!! dah la tangga yg jenis rata tu... nak turun tu mcm licin sikit. Hurm.. Aku minta Irfan pegang tangan aku.. sbb aku takut aku tersungkur! Yang si abahnye dah selamat sampai kat bawah nun.. Aku je yg masih terkedek2... Dalam hati bara yg teramat. Aku tahankan saja...

Masuk dalam kereta..

Suami: nak p mana lagi?
Aku: (senyap)
Suami: Pasai apa ni? tiba2 ja?
Aku: (senyap) (dalam hati: Tak tau ka aku tgh marah ni)

Suami aku pasang CD. Lagu yg tgh dimainkan tu lagu sedih.. Aduiii terus keluar ayaq mata....

Suami: Laaa.. teriak pulak.. pasai apa ni adik?? (boleh dia tanya Insyirah???)
Aku: (senyap lagi sambil cari tisu lap ayaq mata yg laju keluar....) (pelik kan?)
Suami : ooo patut la umi teriak.. dengar lagu sedih.

Terus keluarkan CD pas tu buka siaran IKIM.FM

Ha.. tiba2 hati aku jadi tenang sekali mendengar zikir dan nasyid pujian2 ke atas Nabi Muhammad. Anak2 pun ikut sekali menyanyi... Ya nabi Salamualaik... ya Rasul salamualaik...tp sekali sekala rasa nak nangis lagi...

Sebelum sampai kampung, suami aku kona masuk kedai perabot. Yeha!!! ingatlkan dia lupa.
kat kedai perabot ni rak tu kami boleh dapat dengan harga RM29 je... Ha.. kan murah berganda tu!

Hurmmm.. sensitif terlebih ... baby perempuankah ???
tunggu dan lihat....




Rabu, 23 Januari 2013

HBA1C

tu cer tgk tajuk... mcm dok belajar kimia masa tingkatan 5 aliran sains dulu ja kan?
tp masa tu aku tak pernah jumpa pun formula mcm ni... hihihi

Sebenarnya HBA1C ni adalah satu ujian yang dijalankan terhadap penghidap penyakit diabetis. (akulah org yang disyaki itu)...  Ia ialah Hemoglobin A1C... Ianya dilakukan untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat tentang paras glukosa dalam badan kita dalam tempoh 3bulan sebelum ujian diambil. Ha.. berbeza dengan BSP... BSP hanya  bacaan untuk hari tu je,

So... 2 minggu lepas, misi sudah  ambil specimen darah kat lengan aku ni sikit untuk bawak ke lab  bagi ujian ni la... Semalam aku dah dapat resultnya....

5.3% resultnya..

Ref. ranges
4.5% -6.0% ----> VG Control
6.1% - 7.5% ---> Good Control
7.6% - 9.0% ---> Marginal Control
9.1% - 10.5% ---> Poor Control
10.6% - 14.0% ---> V Poor Control

So.. aku dalam VG Control... hihii... Alhamdulillah..
Tp Still kena buat Test BSP setiap bulan.

ha.. satu lagi berita...

smlm doktor scan perut,
jantina baby tak boleh nak tgk sbb punggung baby menghala ke bawah.
Ini bermakna bayi ni songsang... kepala masih kat atas,
Tp org kata.. nanti Insyaallah...dia akan pusing balik...
Semoga dipermudahkan....
sbb aku begitu takut dgr perkataan Czer.



Isnin, 21 Januari 2013

diet untuk test BSP hari ni

pagi2 lagi aku dah  p check paras gula sebelum mkn.
Bacaan yg ditunjukkan ialah 4.6..

so, utk sarapan pagi aku beli
bihun goreng singapore
air mineral
sebiji VCO.

Pukul 12 tghari pergi check kat klinik kesihatan
Bacaan gula dalam darah ilah 3.9.. alahai.. turun la pulak.. tapi tak pe, harap2 jgn lebih dari 6 sudah...

Lepas tu terus lunch...
So untuk makan tengahari:
nasi putih
sup daging
air kosong....

hehehe air kosong lagi.. Air kosong menjadi teman setia sejak aku diet control ni. Adui.. rindu pulak pada teh ais.. :-)

erm.. pukul 4.30 kejap lagi nak gi ambil bacaan kali ke 3 pulak. Kita tgk berapa bacaan yg dapat.. :-)

ok.... untuk bacaan BSP kali ke 3 ni ialah 4.3
hurmm misi ada tanya aku.. ada mkn ubat apa2 ke?
erm.. tak da mkn apa2 pun, cuma tak minum minuman yang manis2... air mineral je....

balik rumah , pukul 6.30 terus mkn :
nasi putih 1 senduk
udang goreng kunyit 4 ekor.

dan... utk bacaan BSP kali ke 4 pada pukul 9 malam ialah 5.5

Alhamdulillah/.. diet pada hari ini telah berjaya...

4.6...3.9...4.3...5.5


MAAFKANKU WAHAI SUAMI



Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku
Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!
Sumber: genta-rasa.com

Rabu, 16 Januari 2013

hari2 ku

Malam tadi abah kena kerja malam.
Setiap kali abah kerja malam.. mesti kita akan tidur rumah mak tok kan? He.. sebelah rumah je.
Sbb tidur rumah mak tok adalah  pertama: esok pagi senang umi nak bangun awal. Tak perlu kejutkan adik. Adik kalau dia dah bangun mesti nangis2 nak ikut umi...
Sbb ke 2... umi ni penakut. Pantang dgr bunyi pelik sikit.. mesti fikir yang bukan2.. lagipun abah mmg tak harap kalau kita2 je kat rumah..
So, pagi ni pukul 5.30 umi dah bagun n siap2. Subuh lambat kan skrg ni. lepas solat Subuh terus umi kejutkan abg untuk mandi dan bersiap pergi sekolah.
Erm.. awal lagi la abg.. baru 6.30 pagi.. org tak da lagi kat sekolah tu.." umi jgn la p kerja lagi.. Umi ni selalu p awal..."
ermmm tersentap aku. Bukan niat umi nak tinggalkan abg mcm tu je. Tp umi terpaksa keluar awal.
Umi nak kena p ambik mak njang lagi kat rumah tok kampung nu... Hanya Allah je yang tahu betapa letihnya umi dengan keadaan sekarang. Skrg ni mak njang tak boleh nak drive sendiri p tempat kerja. Umi la... terpaksa berkorban sikit masa umi. Harap tidak mengabaikan tanggungjawab umi kepada anak2 umi...
Setiap pagi... kalau selalunya umi keluar rumah pukul 7 pagi.. tp sekarang umi kena keluar pukul 6.30 pagi. Begitu juga dengan waktu balik kerja.. kalau dulu 6.30 umi dah sampai rumah tp kini pukul 7 baru umi sampai rumah.
Umi harap umi jadi seorang yang kuat. Harapnya umi dapat sokongan yang kuat dari abah dan anak2 umi...

mcm kemarin, Adik bangun  time umi start kete. Mula meraung2 nak ikut umi... Nak balik kampung katanya.. Aduhai.. umi dah la lambat.. Terpaksa jugak la bawak.  bayangkan... Perjalanan yg  ambik masa sejam jadi setengah jam je...
130km/j umi tekan minyak.. sib baik tak de apa2.. asalkan touch in tak merah... hihii

Hurm.. harap2 mak njang cepat baik.... umi boleh jalani hidup mcm dulu2 balik... santai sikit.


Selasa, 15 Januari 2013

mengira pergerakan bayi

hari ni masuk hari ke 2 aku dah kena mula mengira pergerakan baby .
Lepas tu nak kena la isi dalam buku merah tu...
ternanti2 baby gerak... 
Tp tu la.. kdg2 bila kita aktif sgt bukan nak berasa pun tendangan baby ni...
Tp kalau time lapar.. Gedebush! Gedebush dia tendang.. hehehehe

So.. utk perkiraan ni..
Kita akan mula mengira pergerakan baby bermula dari jam 9 pagi sehingga jam 9 mlm.
Dalam range tu hendaklah cukup 10 kali pergerakan.
Dan pergerakan itu mestilah pergerakan yg kuat.
Kalau tak cukup atau terlebih2  sgt bilangan, mesti ada sesuatu yg tak kena dengan kondisi bayi dlm perut.
Kena cepat2 pergi Hospital atau klinik yg terdekat.. Itu pesan Misi...

Ahad lepas aku pergi check perut macam biasa la...
Misi tu sempat  menemuramah aku. 
"kerja mana?"
"perlis"
"berulang?"
"ya..."
" jauhnya.... berani ye.."
"dah biasa.. Insyaallah tak de apa2..."

he.... misi ni buat aku cuak je tau... dalam dok berani tiba2 rasa mcm hilang sikit rasa confident aku..
Apapun.. Semoga Allah memudahkan segala urusan aku... sbb aku Yakin ALLAH Maha Melindungi... AMIN

Untuk kali ni..  aku sendiri hairan kenapa aku belum pergi scan jantina.
Mungkin saja nak surprise kan diri sendiri sbb sblm ni.. mmg aku cepat2 je  nak  tahu jantina baby aku.
Ataupun aku rasa terlalu jauh tempat nak  gi scan tu..
Apapun. semoga baby umi dalam perut ni membesar dengan sihat dan cergas.

Sejarah mungkin berulang?

Memandang biar dari dalam...
memantau biar kena landasan...
mentadbir biar berwawasan...
Bercakap biar berlapik....

Seiring langkah  yang diatur,
Setiap nadi yg berdenyut,
Setiap kata yg terungkap,
Tersimpan disudut hati yang jauh terpendam...

Ada manusia berkata...
Ulama itu ulaq dalam semak...
Subhanallah...
kenapa jadi begini?

Tak perlukah ulama?
Mmg... Rasul yang terakhir hanya tinggalkan Alquran dan hadis sebagai panduan umat...
Agar kita tidak tersesat.
Tapi sedarkah kita???
Betapa byk ajaran sesat?
Berapa byk fatwa palsu yang wujud?
Sesungguhnya ulama itu pewaris nabi.....

Usah taksub dengan politik...
Usah diragu pada yang nyata...
krn kita semua adalah makhluk Allah..
Yang penting.. KAJI SEJARAH...
Semoga sejarah takkan berulang....

usah timbulkan sengketa,
byk lagi perkara yg belum selesai...
jgn ditambah bara yang tersimpan,
carilah jalan penyelesaian,,

Kita hanya manusia biasa..
takkan lepas dari kesilapan...


Isnin, 14 Januari 2013

Umi sedih ke?

Cerita ceriti pasal anak sekolah lagi,...
cikgu2 dah buat exam nak kelaskan murid2...
Irfan kena duduk kelas B,.
Umi punyalah seronok sbb  anak umi boleh duduk kelas no 2.

Pagi Ahad temankan Irfan sampai dalam kelas.. tunggu tgk dia duduk tempat kat mana...
Waktu rehat, Irfan mengadu..
"umi.. Abg kena duduk kelas C"
Umi terdiam. Dalam hati..." Aduhai kecewanya"

"Abg dah tak larat nak tukar kelas.. sat kelas tu sat kelas ni."
"umi jgn sedih na sbb abg duduk kelas C"
Hurm....

"Tak apalah abg.. duduklah kelas mana pun, dengan syarat abg rajin dan mahu belajar"

Tak kira lah kelas mana pun kan.. semoga membesar menjadi anak yg bijak dan pintar.. hormat org tua...

Khamis, 10 Januari 2013

Rindu pula pada keletah mereka

hurm.. sunyi je rasa bila masing2 dah balik rumah. Sepanjang musim cuti sekolah, pakat balik kampung. Masa ni lah kemampuan aku teruji. Boleh diakatakan setiap hari aku kena balik kampung. sekejap hantar Irfan.. Keesokannya dik pulak nak pergi tgk abg.. nak tgk kakak... Letihnye....
Tp tu la... kita lupa yg  itu adalah keseronokan mereka. Kita dulu pun pernah melaluinya Dan itu adalah kenangan terindah... Dah tak dapat nak ulang lagi. Dan biarlah aku penat sikit, asalkan anak2 aku gembira.

bawa depa main kat playground Gunung Keriang.. sambil2 boleh tgk aksi monyet2 yang banyak kat sini.

sebenarnya hajat umi lagi penting.. nak makan keropok losong pedas yang dijual kat gerai berhampiran. Sbb terlalu teruja nak makan, lupa pula nak snap gambar.. :-)

Macam2 aksi anak2 buah dan  puteri aku ni... rasa mcm hepi ja kan...


Apa yg abah  focus tu? Hari tu nampak ada lutung atas pokok ni.. tp  dok usyar2 dalam pic ni mcm tak nampak apa pun... :-)

Insyirah bersama Iman syifa... Sepupu  depa 2 org ni.. Lahir pun pada bulan yang sama.. mama dan umi depa pun pantang  sama2.. katil sebelah menyebelah. Macam wad pun ada masa tu.. hihhihi... Skrg dah besar dah ye...

Main jongkang jongkit....

Habis penat main, bawa depa pusing2 tgk taman Jubli Emas.. dekat jugak la dengan kawasan gunung keriang. Tapi nama tempat ni Seri Menanti... Kalau petang2 ramai org kat sini. Banyak aktiviti boleh buat kat sini.

Dan yang paling  femous kat sini... gelanggang basikal dan sk8 board la... syok tgk budak2 muda beraksi... Ada yg tertonggeng... ada yg steady je.. hihihi

Ditengah2.. anak buatku.. Yang aku panggil Kuih PAU... Gunting rambut pendek.. muka nampak bulat mcm kuih pau.. hi  hhihi... Rindu sama dia...

Apapun, harap sgt cuti sekolah cepat datang lagi... Rindu lagi pada suasana riuh rendah cucu2 mak aku...








Rabu, 9 Januari 2013

Alhamdulillah

Alhamdulillah.. pinjaman perumahan sudah diluluskan... Kena bersiap sedia untuk mencari duit bagi membiayai segala kos2 berkaitan dengan guaman...
Duit duit dimanakah kau duit....
:-)

APAPUN...
Doakan aku dan kandungan aku sentiasa dalam lindungan ALLAH S.W.T

Pagi ni sampai opis pukul 9.00 pagi. sbb pagi td.. pergi ambil sampel darah untuk buat ujian diet aku berkesan ke tidak. Hurm.. harap2 berkesan. Aku tak mau cucuk insulin... huhuhhu

Elok je parking keter.. langkah kaki.. toingg bertembung dengan Bos... Sengih je mampu aku bagi... :-)

Selasa, 8 Januari 2013

rambutan atau pulasan???

rambutan sedap... pulasan pun sedap. 2-2 sedap.

tp kedua2nya mempunya kandungan gula yang tinggi...

sekarang aku kena diet dari ambil buah2 ini....

tudia.. sedapnya rambutan... tapi aku panggil buah moktan... ermm manis isinya. Ni beli kat jalan sebelum Taiping. Tgk org jual tepi2 jalan.. seiikat RM3 je... 

Tak lama selepas tu.. aku teringin nak mkn cempedak. Tp memandangkan cempedak yang dijual sepanjang jalan tu sekilo sampai rm5... mahal gila.. sebiji tu mau 3-4 kilo... so aku batalkan je la niat nak beli cempedak taiping..  So beli buah pulasan ni..

ha.. ni dia rupa buah pulasan. Nak kopek kulit kena pulas. Kulit dia agak tebal jika dibandingkan dengan kulit rambutan. Bau dia pun berlainan sikit. Bau  mcm buah laici pun ada... Sgt sedap! Dulu masa mengandungkan Irfan... buah ni la yg aku berhajat sgt nak mkn. Tp disebabkan bukan musimnya.. terpaksa la aku pendamkan hasrat hati. Tp nak dijadikan rezeki aku, ketika aku jln2 kat pasa mlm, ada satu booth jabatan pertanian jual buah ni.. apa lagi.. beli sekilo.. balik mkn senyap2 dalam bilik... hahaha..  ibu mengandung punya hal.. kekekeke....




Telefon

Aku kalau keluar makan, aku tak suka bawa telefon.
bila aku bawa telefon, tak da org nak call pun,..
Tp bila tak bawa ada saja yg org call cari.

erm.. pagi ni nampak 3 misscall no tepon dari opis suami,
erm.. apasal ek? dah la susah nak dihubungi nombor tu. Suami aku pulak telefon bukan boleh bawa masuk ke tempat kerja... ermmm menyesal tak bawak enpon.

ohh rupa2nya dia call nak bgtau yg pagi tadi tak sempat nak belikan nasi lemak untuk Irfan.
hurmm tu la... bangun lewat lagi.... huhuhu

So, baru je telefon kakak ipar suruh tolong belikan nasi lemak dekat kantin sekolah je... harap2 anak aku tak kelaparan la hari ni....

 Abang oh abang....macam2 hal...

Isnin, 7 Januari 2013

Kelas KAFA

Irfan dah masuk darjah 1.

Ptg smlm hantar dia masuk kelas KAFA.
Ramai sungguh kawan dia.. Tgk mcm bersemangat je nak mengaji. Harap2 dia dapat la belajar apa yg sepatutnya.
anak teruna ku yg sungguh aktif....

yang ni pulak.. hari pertama nak p daftar masuk sekolah... Skemanya anak umi...
sekejap ja rasa anak dah besar. Hurm.. usia kita pun makin menginjak rupanya....


Selasa, 1 Januari 2013

Teluk Batik, Lumut

Ha... bila tak jadi  percutian di Cameron, lepas saja bangun tidur dan solat di RNR Sungai Perak, kami meneruskan perjalanan ke Teluk Batik. Kali ni pun main redah saja. Sampai tempat yang dituju , mula2 sarapan pagi di kedai mamak. Roti canai sorang sebiji. Sudah kenyang terus ke lokasi mandi manda...
adik nak pelampung, abg pun nak sesuatu jugak...

ha.. dapat sorang satu.. siap sedia untuk mandi pantai.. yey... umi  mcm besa la.. selalu tunggu tepi pantai je. sbb umi fobia  dgn bunyi air laut.

seronoknya anak2 umi mandi.. sampai dah gelap kulit. Umi kat ats ni seronok tgk org naik banana boat. Kalaulah umi ni jenis berani dengan air, pasti umi nak naik.

tower 

lepas mandi mkn ais krim...Kebetulan masa ni ada pesta bilis. Ingatkan kat pesta bilis ikan bilis murah. hahaha terkena aku. Ikan bilis sekilo RM50. Kalau beli kat tempat org jual ikan bilis baru sekilo RM35. Hehehe...berkira kan?
 Lepas tu pergi cari kedai untuk lunch. Jumpa satu kedai makan ni. Namanya Restoran Silaturrahim. Org mmg ramai. Nak amik nasik kena beratur. semua layan diri.. Sedap2 belaka. Aku terpikat dengan sambal keli kedai ni. Dan yg penting, harganya mmg berpatutan. Murah sangat2. Tu yang suka tu...

Ha.. lepas  mkn, bermula lah episod mencari tempat penginapan. Alhamdulillah, kami jumpa la hotel untuk kami tumpang bermalam. Nak kata bermalam tu tak dan nak mlm kami dah hanyut dibuai mimpi2 indah sbb mlm tadi kan tidur dalam kereta saja kan... 
nilah tempatnya...Bilik ni kalau harga biasa dalam RM98 mcm tu je. Tp sbb cuti sekolah jadi RM140. Ok la kan... ada dari tak ada. Yang penting pinggang ni dapat rehat sikit. Check in terus masuk tidur. Pukul 5 petang baru bangun nak jalan2 lagi sekitar teluk batik.


apa ni dik???
Kat sini kita boleh la cari buah tangan untuk bawa balik disamping nak mkn makanan yang disediakan di gerai2 kat sini. Tapi kami tak makan kat sini. Masuk maghrib,  masing2 dah berpusu2 nak balik.. Jemm lagi.. Malamnya kami hanya makan kat kedai Nasi Kandar bersebelahan dengan tempat penginapan je. Bukan tak mau p jalan2 tempat lain tapi sbb kat situ kawasan parking dah dapat cantik2 dah depan hotel. :-) Lepas tu... balik bilik dan tidurrr.. 
Adik dan abg..posing sblm tidur...

ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ...