Dalam pukul 9 pagi bawa Irfan gi klinik. Tp dr kata dah ok sikit. Tak pelu nebulizer, Alhamdulillah.... just mkn ubat je, Klu teruk juga, mlm baru dia nak buat nebulizer semula. Nak balik dari Klinik, tgk sorang mak cik ni bertongkat dengan seorang anak dan seorang cucu menunggu di luar klinik. Mak cik ni minta tolong hantar ke rumah dia. Td datang klinik tumpang org. Ni nak balik org tu tak dapat nak ambik sbb org tu ada kerja. Hurmm... lagipun kawasan ni walaupun kawasan bandar, tp susah untuk dapatkan bas. Suami kata... nak tolong hantarkan. Sbb tgk mak cik tu kesian... tak larat nak jalan.
Balik rumah dan sambung tidur lagi....
Lepas maghrib baru balik kampung. Bermalam kat kampung. Irfan pulak abah dia tak bg p sekolah sbb takut penat tak baik lagi. So balik kampung kali ni... ada aktiviti menarik iaitu memancing... :-)
Irfan dan Insyirah dah siap sedia nak ikut mak tok diorang p memancing kat sawah dan gelung air.
mula2 pilih gelung air ni dulu... air dari sawah mengalir masuk ke gelung air ni dulu sebelum disalurkan ke sungai.
ha.. sekali letak, dah dapat sekor anak ikan puyu.... Irfan pun dapat sekor. Pandai jugak anak umi memancing ye...
lembu ni pun mcm malu2 je bila org nak amik gambar dia... byk sungguh lalat hinggap kat kaki dia.
umi pulak amik kesempatan untuk berehat dibawah pondok ini sambil menikmati keindahan alam...
Tak lepaskan peluang untuk mengambil gambar sawah. Krn selepas ini mungkin sawah2 ini sudah tiada. Tgk tu... kawasan perumahan rancak dibina.... dan tanah2 sawah ditepi ini juga akan lenyap tidak lama lagi.... Maka kampung ini akan jadi kawasan perumahan.. Makin maju tp keindahan alam itu akan hilang... Sayang sekali!....
4 ulasan:
Sukanya kakcik tengok suasana kampung begitu. Siap boleh memancing lagi. :)
kAK CHIK...hehhee.. tu yg tiap2 minggu balik kampung...
la kesiannya irfan kena neb..dia ada lelah ker..kg kt mn tu hehe
wani... dalam alor star jugak kampungnya... hahahaha
Catat Ulasan