Khamis, 9 Februari 2012

melawat nenek sakit~ return to Pattani~

dah 3 tahun aku tak menjenguk kampung halaman nenek.
jarak tu tidak lah jauh tapi  pemisahan 2 negara yang berlainan menjadikan kami jauh.
Faktor keselamatan juga menjadi punca kenapa kami jarang ke sana.
Disebabkan keuzuran nenek, membawa jejak kami bertamu semula ke tanah itu.
Walaupun  sebuah negeri yang dilabelkan negeri yang  sedang  berada dalam kemelut perang perebutan kuasa, tapi itu hanyalah di pinggir2 pendalaman. Sungguh tragis kejadian yang baru2 ni... Sekumpulan jemaah yang dalam perjalanan untuk menyempurnakan solat jenazah pada waktu malam. Sedang kereta usang merangkak untuk mendaki bukit, para jemaah ditahan oleh sekumpulan askar yg jahat. Disoal.. adakah org jahat dalam ni? Tak da... kami nak  gi sembahyang org mati...
Terus ditembak. Sasaran mengena 4 org penumpang kereta. Salah seorangnya lelaki berusia 70 tahun lebih... yang berpenyakit batuk kering. Mayat diheret turun di bawah kereta, dipakaikan senapang berlaras peluru...hurm, tercapaikah kudrat seorang warga emas untuk mengendong senjata seberat itu?? Anak mangsa sememangnya tidak percaya dan seumur hidupnya tidak pernah lagi melihat senapang  jenis itu dalam kampung.. Mmg kejam dan tak berperikemanusiaan. Sebagai menutup kes dan  wang pampasan telah diberi. 7 ratus ribu itu apalah ertinya jika dibandingkan kehilangan satu nyawa yg tidak ternilai???  itulah sebahagian daripada ujian yang diterima oleh mereka. Kita disini masih boleh bersyukur krn  negara kita masih aman. Mahukah kita jadi seperti mereka???
Saat pemeriksaan kenderaan oleh askar2 sana pun sudah  cukup buatkan  aku kecut perut. walaupun kita tak buat salah, tp aku  cukup takut. Tp Alhamdulillah, layanan yang kami dapat sungguh baik, dihulurkan sebuah senyuman dan pemeriksaan dilakukan, dan disuruh jalan... lega!


Ya Allah, peliharalah keamanan negara kami.. Amin

Tiada ulasan: