Selasa, 28 Februari 2012
Selamat Hari Lahir Insyirah yg ke 2
Selamat hari lahir buat anak perempuan umi, Insyirah... semoga membesar menjadi anak yg solehah, sihat dan dikurniakan akal yg cerdas... amin.
Isnin, 27 Februari 2012
Coleslow
Resepi nak buat ni aku amik dari internet. Malangnya masa nak buat tu, aku lupa bawak balik resepi, so dalam ingat2 lupa, aku hentam saja la labu.. Ha... ni aku copy kan resepi asal. Sori wahai pemilik resepi...lupa nak copy link hari tu,,,,
Jom kita tgk coslow aku punya versi.
Bahan-bahan
· Kobis Putih 1 kg
· Lobak Merah 150 gram
· Mayonis 200 gram
· Susu Tepung Penuh Krim 4 sudu besar
· Gula Pasir 5 sudu besar
· Garam 1 sudu teh (rata)
· Cuka 1 sudu besar
· Bekas (plastic container / tupperware) yang mempunyai penutup.
Cara Membuatnya
1. Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.
2. Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
3. Masukkan mayonnis, susu tepung, gula pasir, garam dan cuka ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati. Sebaik-baiknya pakai mixer. Tapi saya bantai pakai sudu jer sebab tak tahu isteri simpan mixer kat mana, nak tanya, dia dah tidur, tak sampai hati nak bangunkan. (Saya buat projek ni tengah malam daaa)
4. Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang itu lalu dikacau sampai betul-betul rata.
5. Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk.
6. Coleslaw anda akan “matang” dan siap untuk disantap selepas 12 jam. Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair dan rasanya “smooth”. Tapi kalau tak sabar, nak makan time tu juga, boleh… tiada siapa nak marah!
Nota Tambahan
· Kalau tiada cuka, boleh digantikan dengan perahan air limau nipis atau limau kasturi. Kalau tak nak letak terus pun tak apa sebab kemasaman mayonis tu pun dah memadai.
· Kalau sesiapa yang gemarkan kemanisan, tambahlah gula lebih sket.
· Kalau sesiapa yang sukakan “milky” tambah lebih susu la.
· Resepi saya kat atas tu untuk rasa standard. Anda boleh adjust ikut sesuka hati sendiri, lepas tu makan sendiri la.
· Kalau makan tak habis, don’t worry, boleh simpan dalam peti sejuk hingga seminggu. Cuma perlukan bekas yang bertutup la. Selamat mencuba!
Jom kita tgk coslow aku punya versi.
ha.. ni baru siap gaul
setelah semalaman dalam peti sejuk, inilah hasilnya...
Rasa mcm KFC... hehehhe
Cubalah!!!
pertama kali masuk kopitiam
jumaat lepas, rehat lama. Aku ngn kak shishi tak tau nak p mana, so kami ambik keputusan hanya utk merayau2 dalam pasaraya CMART, dalam pukul 2 mcm tu tiba2 aku lapar. kebetulan kat situ ada C Copitiam. Nampak dlm tu ada org tgh mkn roti bakar dan chicken chop. Teringin la pulak. Terus ajak Kak Shishi masuk. Dia berhenti dan tgk aku dengan pandangan yang pelik. Betui ka ni??? sepanjang kenal aku, kalau dia ajak masuk kopitiam, mesti aku tak mau p... hahah... mana taknya, aku ni suka komplen.mahal la... tak sedap la.... yer la, kdg2 aku rasa tak berbaloi minum ayaq yg harga 5 ringgit lebih segelas.. hahaha.. berkira kan??
So... masuk dalam ni, kami cuba Teh 3 layer. Erm.. sedap jugak, rasa lemak2 manis.. rasa mcm cendol pun ada.RM4.50 segelas.
lepas tu cuba mushroom chicken chop . erm.. boleh la tahan....

Perkembangan pelajaran Irfan
kemarin aku cuti. Bila masa aku cuti, aku akan menghantar Irfan ke sekolah. Jalan kaki lagi. Irfan pun sgt suka bila berjalan kaki dengan umi dia,Tghari pun aku akan ambil. Kalau rajin aku jalan kaki, kalau malas aku bawak kereta. Cuma kalau naik kereta, aku kena pusing jauh sikit sbb pagar sekolah yg boleh dimasuki kereta hanyalah pintu pagar yg depan.
Mcm biasa, kalau ambil Irfan, aku akan pastikan aku sampai 10 minit lebih awal. Sbbnya?? aku nak tgk cara Irfan belajar dalam kelas. Bila sampai selalunya adalah ibu2 lain yg duduk bawah bumbung sambil gosip2. erm.. aku hanya senyum sbb tak tau nak sembang apa. Mereka mungkin dah lali sbb tiap2 hari ambik anak kat sekolah. Aku cuma seminggu sekali, tu yg teruja lebih.
Aku pasti akan meninjau2 didalam kelas mencari kelibat Irfan. Ternyata, mcmmana di rumah, mcm tu jugak dia di sekolah. Tak reti nak duduk diam.
Bila semua budak2 keluar, cikgu tu panggil aku?
cikgu: Mak Irfan ke ni?
Aku: Ya , saya....
cikgu: Irfan ni, dah 2 bulan sekolah tapi belum kenal huruf no.. dia mcm tak berapa nak boleh, tulisan pun tak kemas.
Aku: Ye ke? (sambil angguk2)
cikgu: Dalam kelas ramah sungguh.. suka bersembang dengan kwn dia yg sebelah tu( sambil tunjuk2 kwn Irfan)
Aku: erm... mcm ni cikgu, Irfan ni saya tgk kalau tulis mmg suka tulis terbalik. Huruf 2 jadi huruf S. Tp kan cikgu, bg budak yg tak pernah masuk atau belajar dari mana2... mmg mcm tu...
Cikgu: ooo ya ka... saya ingat 5 tahun dia dah belajar. Kami tak tahu.. ooo kalau mcm tu, kira dia cepat belajar jugak la...
Aku: Cikgu tolong la tgk2kan dia...
Hurm.. dlm hati aku hanya Allah saja yg tahu. Bila tgk anak org lain mendahului anak kita dan anak kita agak ketinggalan ke belakang. Dalam hati mula nak menyalahkan suami yg tak nak sekolahkan anak masa umur 5 tahun. Tp tak guna nak slaahkan anatara satu sama lain. Kena usaha agar pelajaran dia tidak ketinggalan byk sgt. Aku dah berusaha yg terbaik. Insyaallah.. Irfan pun akan cepat belajar...
Ptg smlm siap p cari ABC dan 123 yg boleh tampal kat dinding tu. Buku2 yg aku beli sebelum ni pun akan aku pastikan dia buat setiap hari. Kena kerja lebih sikit . Anakku, Aku syg Kamu...Aku perlu tegas lagi!!!

Siap pelekat kat dinding dah... ha.. semangat kan umi???
Jumaat, 24 Februari 2012
LAyanlah anak kita sebaik mungkin....
tadi aku ada baca dekat wall seorang kenalan...
biar aku kongsi buat renungan kita sebagai seorang ibu dan bapa...
betapa setiap anak itu terlalu berharga...
1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.
2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.
3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.
4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.
5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.
Bila baca balik, benar apa yg dikata... kdang2 kita merungut bila anak tgh2 mlm buta nak susu...tp dalam hati sebenarnya, sebagai seorang ibu menjadi tanggungjawab dan rasa kesian kat anak bila depa mintak susu mlm2.. sure depa lapaq...
Bila anak mintak mainan, cuba tuanaikan... kalau murah tu mmg aku akan beli tp bila mencecah ratusan ringgit.... terpaksa la ignore... walaupun dalam hati.... ingin belikan apa yg dia nak...tp keterbatasan keadaan kewangan tidak mengizinkan.
Tp bab bila anak buas dan nakal, cuba bersabar. Yang bg aku part yg terlalu susah kita nak control. Marah pasti akan terkeluar.... So, kita kena belajar lebih sabar dalam menangani karenah anak...

Isnin, 20 Februari 2012
pokok pukul 10
Selalu balik kerja aku siram pokok kembang 10 ni.. tp bunga2nya dah kecut sbb pokok ni bunganya hanya kembang pukul 10 pagi. Ahd aku cuti dan menghabiskan masa di rumah. Rasa seronok pulak bila tgk bunga pokok ni berkembang mekar...:-) Bila tgk mcm ni, teringin pulak nak cari warna2 lain pulak... Ada sesapa nak sedekah ke?? hehhe.. pokok ni aku kutip ehsan dari jiran sebelah rumah mak aku...ingatkan tak nak hidup, sbb masa aku amik tu dah layu...
Isnin, 13 Februari 2012
Menjadi isteri penuh pesona
*entry ini adalah dicopy dari FB. Tak salah andai kita berkongsi. Credit kepada penulis yg
tidak dapat dikesan siapakah gerangannya. Semoga perkongsian ini membawa kebaikan
kepada kita bersama.
MENJADI ISTERI PENUH PESONA ♥
Rasulullah saw pernah bersabda kepada ibu saudara Husain bin Mihshan, “Perhatikanlah sikapmu terhadap suamimu, kerana ia adalah syurga dan nerakamu”
Kita bagaimana?
Rasulullah saw juga pernah bersabda,
“Isteri-isteri kalian yang termasuk penghuni syurga ialah yang penuh kasih sayang, banyak anak, suka kepada suaminya; jika ia marah kepada suaminya, ia akan datang kepadanya sambil meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata,’Aku tidak dapat memejamkan mataku hingga engkau redha’.” Hadith riwayat Al-Baghawi dalam As-Silsilah Ash Shahihah.
Alangkah indahnya hidup suami isteri yang rukun aman damai lagi penuh kasih sayang. Penuh kemaafan dan saling manja-memanjakan satu sama lain. Namun ramai antara isteri-isteri sejak dulu hingga kini lebih suka mementingkan diri sendiri. Tersalah bicara sikit, tersentuh hatinya sedikit, terus-terusan berlagak diva. Nak jugak suami datang memujuk. Betul ke tindakan ini selaras dengan anjuran Rasulullah saw? Kadang-kala sampai seminggu tidak bertegur sapa. Bila masuk tidur, terus paling muka ke dinding. Ada apa istimewanya dinding yang keras itu sehingga setia merenungnya sampai berminggu-minggu. Penting sangatkah perasaan kita sehingga menidakkan hak suami terhadap empunya diri?
Berapa ramaikah di antara isteri-isteri sejak dahulu dan kini memohon maaf terhadap suami sebelum masuk tidur setelah bermasam muka? Wahai isteri-isteri akhir zaman, reda dan padamkanlah api amarah dengan senyum manismu. Suburkanlah kasih-sayang yang kita cipta sendiri bersama-sama selama ini.
Alangkah bahagianya dapat merenung wajah manis suami yang bertungkus-lumus dan bekerja keras untuk mendapatkan kita suatu ketika dahulu. Sebagai seorang lelaki, mereka juga ada rasa malu yang menebal terutamanya bila tiba masa nak mengurat. Walaupun malu, digagahkan juga semata-mata untuk memiliki diri kita. Belum lagi cerita bab masa nak berjumpa ibu bapa kita dan ipar duai. Berdebar-debar sudah tentu. Mana tak berdebar, buatnya tak diterimanya dia. Tak ke malu? Malu seh! Itupun ditebalkan juga muka mengadap ibu bapa kita. Dialog? Tak payah cakaplah, mesti tak tidur malam memikirkan ayat-ayat yang nak diatur sebagai pemula bicara. “Makcik…. saya sukakan anak makcik…. kalau boleh saya nak berkahwin dengan dia.” Rasa-rasa…. Senang ke? Kalau saya sebagai perempuan ni, tak sanggup nak pikul tanggungjawab tu. Betullah lelaki ni hero segala-galanya pada perempuan! Bila lelaki dah bercakap macam tu pada ibu bapa, kita rasa sangat-sangat dihargai. Ibu bapa kita pun berbunga-bunga hati untuk menerima orang baru dalam keluarga.
Bila dah berkahwin, suami kita jadi lain macam excitednya. Rasa kita ni betul-betul di bawah jagaan dia. Kalau dulu, dia pun di bawah jagaan ibu bapa dia, sekarang dia pulak yang nak menjaga anak orang, perempuan pulak tu…. Hish! Kena jaga betul-betul ni! Jalan berpimpin, takut jatuh. Makan bersuap takut tak kenyang pulak anak dara orang ni. Tidur bertepuk takut tak lena. Bak kata orang diselimuti kita dengan penuh kasih sayang. Semuanya diuruskan dengan baik agar anak orang ni rasa bahagia. Itulah istimewanya menjadi isteri kepada seorang suami yang bertanggungjawab. Itu tanggungjawab suami.
Tanggungjawab kita sebagai isteri? Sedihnya ramai yang lupa tanggungjawab diri sendiri terhadap suami. Hanya tahu membebankan dan menyesakkan fikiran suami dengan segala macam permintaan yang tiada kesudahannya walaupun hampir tiba masa dua tiang dipacakkan ke tanah. Nauzubillah…..
Itu belum lagi bercerita tentang mulut-mulut power sang isteri. Suami yang bekerja keras setiap hari agar anak-anak dan isteri dapat makan setiap hari, dihamburkan pula dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Sudahlah seharian berpenat-lelah, di rumah pula mendengar leteran si isteri yang bermulut muncung. Belum lagi yang sentiasa melihat keburukan suami tanpa menoleh seketika melihat kasih-sayangnya pada kita.
Ramai juga para isteri di zaman ini yang menidakkan pemberian suami selama ini. Sabda Rasulullah saw kepada isteri-isteri sebegini:
“Neraka diperlihatkan kepadaku, dan aku sama sekali belum pernah melihat pemandangan pada hari ini yang lebih mengerikan dari neraka. Dan kudapati sebahagian besar penghuninya adalah para wanita, kerana mereka kufur terhadap pemberian suami mereka. Jika kamu berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama setahun penuh, kemudian ia melihat sesuatu pada diri kalian, ia akan berkata, ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan darimu’.” Muttafaqun ‘alaih.
Aduh! Aduh! Isteri-isteri zaman sekarang! Insaflah! Syurga kita terletak pada redha suami. Tenangkanlah sanubarinya dengan kelembutan, kesopanan dan keprihatinan kita. Sematkanlah sentuhan penuh kasih sayang kita di jiwanya agar hidupnya tidak keruan tanpa kita. Suburkanlah roh Islam di dalam rumahtangga yang sama-sama kita cipta dalam mencari erti bahagia sementara di sini ke arah menuju sejahtera di sana yang kekal selamanya.
Saidatina Aisyah ra pernah berkata, “Wahai kaum wanita, seandainya kalian mengetahui hak-hak suami atas diri kalian, nescaya salah seorang dari kalian akan mengusap debu dari kedua kaki suaminya dengan pipinya.” HR Ibnu Majah, Shahih At-Targhib wa At- Tarhib.
Begitulah besarnya hak dan kedudukan suami dalam hidup kita seharian. Sebagai seorang isteri, kita perlu sentiasa berfikiran terbuka dan sedaya-upaya cuba mencambahkan minda serta mencari jalan untuk membahagiakan hati suami dan berkejar-kejar untuk mendapatkan keredhaanya.
Persoalannya, apakah hak-hak suami terhadap kita selaku isterinya? Jarang kita bertanya pada diri sendiri tentang keperluan suami pada diri kita. Apakah yang dia dambakan daripada kita sebagai isteri yang masih setia bersamanya? Mungkin di sini boleh saya gariskan beberapa tips atau hak seorang suami yang diperlukan daripada diri kita sebagai isteri.
PERTAMA:
TAATLAH DIRINYA DALAM PERKARA KEBAIKAN!Taat dalam kebaikan ini bermaksud kita taat dalam perkara yang suami suka dan benci. Seandainya suami kurang gemar kita bercampur gaul dengan rakan-rakan wanita di rumah, maka taatlah dan berusaha meletakkan jurang dalam pergaulan dengan memberikan pelbagai alasan. Jadi ketepikan dahulu selera dan citarasa kita semata-mata agar suami bahagia.
Begitu juga dengan soal berpakaian. Tanya dahulu pendapat suami tentang pakaian yang akan kita pakai seharian sama ada di rumah mahupun di luar. Seandainya suami tidak redha walaupun pakaian tersebut merupakan kegemaran atau kebanggaan, tolaklah ketepi. Seandainya kita telah mengenakan pakaian tersebut, kuatkanlah semangat untuk menanggalkannya demi suami.
Lakukanlah semata-mata kerananya demi syurga yang kita kejar.
KEDUA:
BERSABAR!Tatkala marah, tenangkan suami dengan kata-kata lembut, senyum dan merendah diri. Setidak-tidaknya diamkan diri dahulu, berikan peluang dia meluahkan perasaannya. Tidak salah meminta maaf walaupun kita di pihak yang bersalah ataupun tidak. Kalau dia bersuara, bermakna ada sesuatu yang tidak menyenangkan perasaannya. Jadi, mahu tidak mahu, tentu ada salah di pihak kita. Dalam sebarang pertikaian, tidak penting soal menang dan kalah kerana kita melayari bahtera ini bersama-sama, jadi perlukah soal ego diletakkan di hadapan? Yang penting bagaimana cara kita berusaha untuk mengembalikan keamanan dalam diri masing-masing.
Cuba sedaya-upaya tidak ambil serius kata-kata yang mengguris perasaan kita. Buangkan jauh-jauh bisikan syaitan yang cuba menyemarakkan api kemarahan suami isteri. Makhluk yang dilaknat itu memang suka andai kita suami isteri berpecah-belah. Padamkanlah amarahmu dengan zikir. Tidak salah melawak dan tersenyum-senyum kambing sambil memeluk tari dengan suami. Lama-kelamaan marahnya akan reda.
Tanamkan dalam diri bahawa walaupun berselisih pendapat dan tidak sehaluan dalam sesetengah perkara, kita tidak akan membiarkan masalah itu berlarutan. Cuba bertekad bahawa seminit selepas pertikaian berlaku, kita akan menggenggam erat tangan suami dan berusaha mengembalikan denyutan jantung yang berdegup kencang tadi kepada helaan nafas satu per satu yang tenang. Akhirnya kita berdua akan merasai bahagianya bersama-sama.
KETIGA:
BIJAK KENDALIKAN KONFLIK
Tips utama adalah rahsiakan perselisihan yang berlaku. Kita yang mencipta masalah, kita jugalah yang perlu menyelesaikannya dengan bijak. Kita yang mendirikan rumahtangga ini, kita lah yang akan memastikan ianya terus kekal hingga ke syurga. Bentengkan diri dengan ilmu dan fikiran yang waras. Elakkan campurtangan ibu, mak mertua, ipar duai dan seumpamanya. Pekakkan telinga dengan pendapat yang mungkin akan memisahkan kita dengan suami. Perhatikan dalam-dalam bola mata suami, insyallah kita akan ketemu bahagia di sana. Dialah orang yang kita cintai ketika lafaz akad meniti manis dari bibirnya dahulu.
Kedua, lihat kelemahan diri sendiri dahulu sebelum tangan menundingkannya ke arah suami kita. Perlu dijngat bahawa suami adalah pemimpin, dan dia tahu peranannya sungguhpun tidak diluahkan dengan kata-katan. Pokok utama rumahtangga adalah iman kepada Rabb dengan penyerahan sepenuhnya. Walau segunung konflik yang melanda sekalipun, andai ada tawakkal yang penuh kepada Allah, nescaya hilanglah semua itu bagai angin lalu.
Ketiga, tenang, perlahan-lahan dan bijaksana ketika timbul sebarang konflik. Cuba jangan buat sebarang keputusan secara mendadak atau mengikut perasaan atau dengan kata kasarnya membabi buta. Berikan masa untuk masing-masing mengoreksi diri, buang ketepi kelemahan pasangan dan carigali serta angkat kehebatannya sebagai pasangan kita. Lama-kelamaan perasaan benci akan lenyap dan lahir sayang yang berpanjangan demi mencari keredhaan suami dan Allah

pic ehsan: googled
Khamis, 9 Februari 2012
melawat nenek sakit~ return to Pattani~
dah 3 tahun aku tak menjenguk kampung halaman nenek.
jarak tu tidak lah jauh tapi pemisahan 2 negara yang berlainan menjadikan kami jauh.
Faktor keselamatan juga menjadi punca kenapa kami jarang ke sana.
Disebabkan keuzuran nenek, membawa jejak kami bertamu semula ke tanah itu.
Walaupun sebuah negeri yang dilabelkan negeri yang sedang berada dalam kemelut perang perebutan kuasa, tapi itu hanyalah di pinggir2 pendalaman. Sungguh tragis kejadian yang baru2 ni... Sekumpulan jemaah yang dalam perjalanan untuk menyempurnakan solat jenazah pada waktu malam. Sedang kereta usang merangkak untuk mendaki bukit, para jemaah ditahan oleh sekumpulan askar yg jahat. Disoal.. adakah org jahat dalam ni? Tak da... kami nak gi sembahyang org mati...
Terus ditembak. Sasaran mengena 4 org penumpang kereta. Salah seorangnya lelaki berusia 70 tahun lebih... yang berpenyakit batuk kering. Mayat diheret turun di bawah kereta, dipakaikan senapang berlaras peluru...hurm, tercapaikah kudrat seorang warga emas untuk mengendong senjata seberat itu?? Anak mangsa sememangnya tidak percaya dan seumur hidupnya tidak pernah lagi melihat senapang jenis itu dalam kampung.. Mmg kejam dan tak berperikemanusiaan. Sebagai menutup kes dan wang pampasan telah diberi. 7 ratus ribu itu apalah ertinya jika dibandingkan kehilangan satu nyawa yg tidak ternilai??? itulah sebahagian daripada ujian yang diterima oleh mereka. Kita disini masih boleh bersyukur krn negara kita masih aman. Mahukah kita jadi seperti mereka???
Saat pemeriksaan kenderaan oleh askar2 sana pun sudah cukup buatkan aku kecut perut. walaupun kita tak buat salah, tp aku cukup takut. Tp Alhamdulillah, layanan yang kami dapat sungguh baik, dihulurkan sebuah senyuman dan pemeriksaan dilakukan, dan disuruh jalan... lega!
Ya Allah, peliharalah keamanan negara kami.. Amin

Langgan:
Catatan (Atom)