Hari ini terpanggil untuk membuat satu entry bertajuk seperti diatas.
Kita sebagai wanita dan juga isteri kepada suami, seorang ibu kepada anak dan seorang pekerja kepada majikan. Seharusnya kita sedar dan tahu membezakan tangggungjwb kita dan pembahagian masa yang betul dalam tindakan kita.
Sebagai sorang suami, Bila sudah beri keizinan kepada isteri untuk bekerja, haruslah memahami tugas2 isteri selaku seorang pekerja. Kadang2 menjadi tandatanya kenapa ada isteri menjadikan alasan untuk tidak menghadiri sesuatu majlis ataukerja penting "suami tak bagi izin datang kerja malam".
Sedangkan masa ditemuduga, macam2 berjanji, sanggup kerja mlm, sanggup kerja lebih masa. Bila diterima kerja, erm.. 1001 alasan diberi. Sesuai dengan tajuk lagu kumpulan senario iaitu sebelum dan sesudah.
" sebelum dapat kerja janji tekun bekerja, sudah diterima cuti dan mc saja..lalallala"
Kalau suami tak sanggup nak lepaskan isteri bekerja, tindakan yg bijak sekali ialah suruh isteri anda berhenti kerja dan duduk di rumah menjadi suri rumah. Ada berani???
Kecualila ada majlis yg tak de manafaat, suami wajib menasihati isteri supaya tidak hadir ke majlis itu.
Dan isteri2 jgn pulak ambil kesempatan dengan mencipta alasan " suami tak bg datang mlm ni".. hehehe kdg2 aku gunakan jugak alasan ni bila diminta datang ke majlis yg hanya ada majlis mkn2 dan suka2...Memandangkan te,pat kerja aku jauh dengan rumah, kdg2 terpaksa menggunakan alasan tersebut. TETAPI...ha,, ada tetapi jugak ni, kalau sesuatu kerja yang memerlukan aku datang waktu mlm, aku akan pastikan diri aku ditemani suami ataupun aku akan dapatkan kebenaran untuk tumpang rumah kwn yg terdekat.
To my lovely hubby, thanks krn memahami dan tidak masuk campur atas urusan kerja serta memberi kebebasan yang aku rasakan agak tidak keterlaluan... asalkan aku pandai bawak diri.
So.. sebagai pekerja... tugas dan tanggungjawab adalah amanah anda.
sebagai isteri anak2 dan suami juga adalah tanggungjwab anda...
Pandai2lah manage hidup anda agar tak terumbang ambing....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan