Rabu, 28 Disember 2011

kelantan terengganu

minggu lepas seminggu bercuti. Mmg puas...dapat menghabiskan cuti bersama keluarga tersayang.
Kami bertolak seawal 9 pagi. Sampai kelantan dalam pukul 6 petang. Terus ke pantai cahaya Bulan. Inagat nak tidur kat resort PCB. Tp sebiji bilik dah RM100. Kami ramai.. So kami putuskan untuk sewa kat  homestay je. So... dapatlah Homestay ni... Wan danisha homestay. Mmg puas hati dengan servisnya.. siap ada Toto spare sampai 2... mmg Selesa. Harganya cuma RM250 satu malam. Tu pun kami mintak kurang jadi RM200 je... Hehhe..so... tahniah kpd pihak  wan danisha... nanti kalau ke kelantan, atau sapa2 nak gi kelantan, akan saya syorkan menginap kat homestay anda... hehehe


ha.. siap ada kolam renang lagik!!

Malam pulak... menghabiskan masa berjalan menyusuri wakaf che yeh.. Org kata barang2 kat sini murah. Erm.. bg aku biasa je.. tak de la murah mana pun, juling jugak biji mata tgk kain cantik2 kat sini. Tp masa kami sampai, hujan turun, so...  membataskan pergerakan sikit la..

Lepas  checkout, singgah sebentar ke pantai batu cahaya bulan. dulu2 nama pantai ni  Pantai Cinta Berahi. Tp kenapa tukar nama ek??? mungkin nak bg tak de pasangan yang memberahikan kat pantai tu kot ye.... hehehhe... Kat pantai2 mana2 pun mesti nak ader pasangan.. Kalu tak.. tak sah nama pantai ...:-)

ombak yang terlalu besar...aku tgk ombak mcm ni, mmg aku akan teringat peristiwa tsunami. Tak berani aku nak turun ke gigi air. Asyik terpekik2 suruh Irfan naik... Ombak boleh mengganas dalam apa cara sekalipun. Tak pernah tgk ombak mcm ni kat pandai  di Kedah... :-) Balik sini, dengar berita... habis kedai tepi pantai tu kena pukul ngn ombak... air naik sampai kat kedai. Alhamdulillah, masa kami p sana tu tak de apa2 yg berlaku...

Esok pagi bertolak ke kota bharu sekali lagi untuk  makan2 dan beli barang di Pasar Besar Siti khadijah.

Masa Parking.. terjumpa dengan seorang hamba Allah... yg membuka minda...sentiasa berzikir... asben kata "tgk la negeri bawah naungan tuan guru, org bukan siuman pun berzikir."
sedap suara dia mengalunkan zikir dan lagu2 nasyid...kenapa dia ditakdirkan begini??? wallahua'lam...


Selepas menikmati makanan tghari, terus bertolak ke terengganu. Sampai sana, terus menuju mencari homestay zahraa.. Murah je RM150 untuk satu malam. 
Malamnya kami pergi ke Masjid Kristal. Saja  nak p waktu mlm sbb masa dulu aku p waktu malam, tgk masjid ni buka lampu, cantik sgt2.. Tp masa kami p mlm ni....  gelap gelita saja....ermmm tak de rezeki nak tgk masjid yg cantik..
Keesokan harinya  sekali lagi kami ke sini, tp untuk ke taman Tamadun Islam.
Nak masuk sini kena pakai passport tau!. Ingat nak p obersea ja pakai passport. hehhehe
ha... jgn lupa  cop (imegresen taman tamadun):-)
ha... tak larat nak jalan tgk replika masjid, bleh naik trum...

Tak dapat pegi Taj Mahal India, Replika Taj mahal kat Malaysia pun jadi laaaa



Sebelum balik,  wajib Singgah Pasar Payang. Borong keropok kering dan  kain baju . Tp aku tak beli pun kain baju sbb Insyirah dah tido. Tak sempat nak jalan2. Kesian pulak dia nanti panas2...Dan last Sekali, Singgah beli keropok losong di perkampungan Losong. Hurm.. pekerja2  kat sini putus urat senyum. asben aku mengomel sorang2... :-) penat layan pelanggan barangkali....

Bertolak balik Ke Kedah  Dan Alhamdulillah, selamat sampai pagi Jumaat. Sekian cerita saya untuk cuti musim sekolah ini...
Hehehe.. kalau dulu masa sekolah,  syok nak buat modal karangan. Erm... dulu2 tak de sgt peluang nak jalan2...:-(
Tp alhamdulillah... karangan dapat jugak A... semuanya guna angan2 je...:-)



Isnin, 19 Disember 2011

perlukah aku khabarkan~ saff one

Lihat pada permukaan nampaknya terlalu tenang
Tapi di dalam hati yg terpendam persoalan

Perlukah aku khabarkan yg ku alami
Apakah akan terjawab semua
Perlukah aku bukakan keaibanmu
Semuanya terletak dalam hati kecilku

Segala kebenaran atau penjelasanku
Mempunyai berbagai tafsiran tersembunyi

Ku mohon padaMu Tuhan berikanlah kekuatan
Untukku menghadapi semua ini

Tuhan ku terus berserah berikan aku hidayah
Agar tidak tersalah dan tersilap langkah..



pssst: kadang2 diam itu lebih baik.....

Khamis, 15 Disember 2011

sukarnya....

kita tak tahu apa yg Allah sedang rencanakan buat kita,
kita punya tangan untuh menadah doa,
punya  hati untuk pasang niat,
miliki mulut untuk mengucap syukur,

Seandai ini yg  ditakdirkan,
aku redha dan aku pasrah...
Semoga ini akan memberikan satu pengiktirafan pada masa yang akan datang..
biarlah satu pengorbanan yang tidak memberikan apa2 makna,
Tapi bg diri terlalu bermakna.,,

Ya Tuhan... rahmatmu terbentang luas.. namun aku  sebagai hambamu sering kali tidak cukup untuk mengucap syukur....
Ya Rahman, Ya Rahim... Berkatilah kami
Peliharalah kami....

Selasa, 13 Disember 2011

Bila isteri bergelar seorang pekerja kepada majikan

Hari ini terpanggil untuk membuat satu entry bertajuk seperti diatas.
Kita sebagai wanita dan juga isteri kepada suami, seorang ibu kepada anak dan seorang pekerja kepada majikan. Seharusnya kita sedar  dan tahu membezakan tangggungjwb kita dan pembahagian masa yang betul dalam tindakan kita.
Sebagai sorang suami, Bila sudah beri keizinan kepada isteri untuk bekerja, haruslah memahami tugas2 isteri selaku seorang pekerja. Kadang2  menjadi tandatanya kenapa ada isteri menjadikan alasan untuk tidak menghadiri sesuatu majlis ataukerja penting "suami tak bagi izin datang kerja malam".
Sedangkan masa ditemuduga, macam2 berjanji, sanggup kerja mlm, sanggup kerja lebih masa. Bila diterima kerja, erm.. 1001 alasan diberi. Sesuai dengan tajuk lagu kumpulan senario iaitu sebelum dan sesudah.
" sebelum dapat kerja  janji tekun bekerja, sudah diterima cuti dan mc saja..lalallala"
Kalau suami tak sanggup nak lepaskan isteri bekerja, tindakan yg bijak sekali ialah suruh isteri anda  berhenti kerja dan duduk di rumah menjadi suri rumah. Ada berani???
Kecualila ada majlis yg tak de manafaat, suami wajib menasihati isteri supaya tidak hadir ke majlis itu.
Dan isteri2 jgn pulak ambil kesempatan dengan mencipta alasan " suami tak bg  datang mlm ni".. hehehe kdg2 aku gunakan jugak alasan ni bila diminta  datang ke majlis yg hanya ada majlis mkn2 dan  suka2...Memandangkan te,pat kerja aku jauh dengan rumah, kdg2 terpaksa menggunakan alasan tersebut. TETAPI...ha,, ada tetapi jugak ni, kalau sesuatu kerja yang memerlukan aku datang waktu mlm, aku akan pastikan diri aku ditemani suami ataupun aku akan dapatkan kebenaran untuk tumpang rumah kwn yg terdekat.
To my lovely hubby, thanks krn memahami dan tidak masuk campur atas urusan kerja serta memberi kebebasan yang aku rasakan agak tidak keterlaluan... asalkan aku pandai bawak diri.
 So.. sebagai pekerja... tugas dan tanggungjawab adalah amanah anda.
sebagai isteri anak2 dan suami juga adalah tanggungjwab anda...
Pandai2lah manage hidup anda agar tak terumbang ambing....

Isnin, 12 Disember 2011

Oh AnaK

Suasana kenduri  sempena berkhatan berjalan dengan meriah.
Irfan sibuk menolong  rakan2 lain membasuh pinggan di belakang. Baju tshirt coklat dah basah melencun. Tapi seronok tidak terhingga..
Aku panggil Irfan
"umi nak pergi kerja sat, abg nak ikut  dak?"
" P la.. abg nak basuh pinggan"
Bila mlm menjelma, masing2 berkumpul diperkarangan rumah.
Masing2 memegang kerusi untuk duduk dengan selesa sambil menyaksikan Gerhana Bulan Penuh.
Subhanallah... segala puji2an bagi Allah yang menciptakan alam semesta. Kejadian yg jarang2 dapat dilihat.
Dalam pukul 10 aku dan suami meminta izin untuk pulang ke rumah kami. Irfan kami tinggalkan di kampung krn  katanya belum puas main.
"esok umi mai ambik abg lain ye"
Kesian pulak. Umi lupa nak bawak botol susu. Tapi harap2 dia boleh minum susu dalam cawan.
Tiba waktu yg dijanjikan..sebaik enjin kereta dimatikan, aku turun dari kereta. Pintu rumah belum dibuka.
Dalam rumah kedengaran suara  Irfan.
" umi mai buat apa mak? ni mesti  nak  ambik abg bawak balik. Abg tak mau... abg nak tidoq sini!"
tiba2 langkah aku jadi berat. Serba salah untuk mengatur langkah.
"Assalamualaikum"
pintu dibuka.. Aku mencari kelibat dia. Tp tak nampak pun. Mesti lari  bersembunyi di sebalik pintu bilik.
Puas dipujuk tapi tak nak balik.
Kesabaran umi ternyata tak dapat dikawal. Umi kalah dalam melawan rasa marah.
Akhirnya Dia terlena disisi abah...
dalam  mas aitu.. mak berpesan
" pujuk anak elok2... jangan marah2... Kesian budak"
:huhuhuhu:
Abah angkat Irfan masuk kereta..
Bangun pagi tadi, aku  kucup dahi dan pipi anak2. Sudah menjadi kebiasaan kami sekeluarga bila hendak keluar  bekerja. Insyaallah semoga amalan ini akan kekal hingga  bila2...
Tiba2 Irfan buka mata.
"awat balik sini? Abg tak suka! abg nak balik kampung jugak! Umi ni jahat! kenapa bawak abg balik?!"
erm... tersentap seketika.
bukan niat untuk menyekat keinginan anak. Tapi ada masanya kita kena bertindak supaya anak2 menepati janji. Lagipun aku tak nak banyak2 hari akan lekat ayat2 yang tak sedap di dengar. Sbbnya mlm tadi aku terdengar  satu ayat makian.. Cepat boleh budak2 ni kalau berkawan. Tu yang aku takut. Aku tak suka dengar budak yg suka mencarut dan caci maki.. Panas telinga.
Dan.. bila anak2 umi dah besar nanti... umi harap anak2 umi faham dengan tindakan umi....
:-(

Jumaat, 9 Disember 2011

Padang besar lagi....

rehat tghari kami sempat lagi pergi ke padang besar. Syurga membeli belah org kata.. bg aku bukan syurga... tempat perabih duit... :-)
he.. kesana bukan apa.. semata2 nak mkn somtam kegemaran.. So Jom layan pic ronda2 kami tghari ni
inilah gerai yg dimaksudkan...gerai No.9

tom yam campur yg sangatlah  marvellous.. tgk.. ada kaki udang... mula2 ingatkan kulit  buah salak.. kekkeke

my lovely somtam... so delicious....err ketika menulis, air liur masih berkecurrr

kerabu seafood...

so...lepas mkn ada masa lagi... singgah sat ke kompleks bebas cukai... dah lama teringin nak beli gaun untuk insyirah, tp yg  berkenan minggu lepas  dah tak der.. jadi yang ni pun rasanya ok la kot...

dalam tak dak duit... tp bila tgk baju budak2 kat sini mmmg boleh jadi pengsannn.. jadi keliru... mata jadi silau binau...sapa yg duit byk tu... bleh la mai borong kat sini... cantik2... Baju ni harga dia RM35 tp setelah ditawar menawar boleh RM27. kira ok la kan??

dalam perjalanan balik.. seronok rsa lalu ikut ladang tebu ni... rasa tenang jaaaa

terpaksa melalui pemeriksaan Upp.. Selamat tghari encik polis... hehhee... kami tak seludup apa2 ye... just gi mkn je....

Ha.. inilah cerita ronda2 ke padang besar diwaktu rehat....

Khamis, 8 Disember 2011

nasi kerabu

hari ni hanya singgah beli makanan kegemaran.."nasi kerabu"..
Harap2 kenyang sampai petang krn harini adalah hari  tak boleh keluar p mana2....
Nasi kerabu ni mmg best... banyak tempat jugak aku cuba cari nasik kerabu yg best2.. alhamdulillah... kena ngn selera aku.. Yang paling suka ialah solok ikan.  complete set RM 4.50... ok la kan???
Walaupun aku bukan org kelantan.. aku suka nasik kerabu dan budu..:-)

pagi tadi jaga student exam...
ermmmm teringat masa  zaman muda mudi....

Selasa, 6 Disember 2011

Bila lipstik dan bedak compact jadi sasaran

bila ada anak perempuan....
Inilah kerjanya....
Kadang2 rasa nak marah tp kena kawal sbb mak diorang masa kecik2 pun mcm tu...
PAntang jumpa lipstik dan bedak..
Bedak compact kalau tak pecah tak sah..
Lipstik kalau tak patah 2 tak sah jugak..
Kalau tak conteng cermin atau dinding tak jadi jugak...
itulah dinamakan alam kanak2...
Dan yang paling aku suka tgk ialah....
ha... habis conteng betis ngn lipstik umi.....

psst: harapnya anak umi cepat sembuh demam yer.. rindukan adik yg aktif melompat sana  sini. smlm cuba untuk lompat ngn abg.. tp setakat 2 kali lompat...terus pening agaknya...terus ajak umi tido...

seminggu tak berblog~rindunya!~

dah seminggu aku tak berblog...
rasa  rindu pulak dan  menulis... sebenarnya aku masih ada...aku hadiri kursus BULAN SABIT MERAH...
Kenapa bulan sabit?? Macam budak sekolah kan??
He... sebenarnya jiwa aku dengan bulan sabit ni telah bertaut sejak kecik lagi.
Masa sekolah rendah.. aku masuk persatuan bulan sabit,
Tp bila mengenjakkan kaki disekolah menengah, Hati aku terpaut pada pasukan unit trafik.
Unit trafik ni kejanya kawad..kawad.. dan kawad.... sampai hitam kulit2.. Hitam pun tak pe... janji minat dan peminat ada. kekekekke
Bila sambung belajar, aku masuk balik bulan sabit... belajar itu belajar ini... best jugak..
sampai  bila aku dah bekerja... 5 tahun yang lepas.. aku  aktif semula berbulan sabit. Ambil exam PCA dan PCL...
PCA  bermaksud pertolongan cemas asas manakala PCl membawa maksud pertolongan  cemas Lanjutan.
Kedua2 paper tu alhamdulillah.. lulus dengan jayanya...
Tp ... yg paling tak seronoknya.... aku dipanggil balik berkursus dengan alasan sijil lama tu disqualifiied.. Ohh sungguh tak terkata apa,,
Tp tak pe... kita pandang dari sudut positif ok...
Aku dapat tambah ilmu baru... tambah2 dalam teknik2 CPR terbaru... Fuhhh semput giler dan habiskan satu cycle..  Dan aku dapat kenal kwn2 baru... dan yang paling penting.. save budget bab makan...asik makan dan makan dan makan....
Dapat timba ilmu dengan doktor2 dan ahli2 yang banyak  pengalaman....
Alhamdulillah.. smlm dah habis 4 paper. Harap2 lulus.. kalau tak lulus ... nanti ambik lain.. hehhe