Khamis, 10 November 2011

suka bila ia mula tumbuh

dulu kecik2 aku mmg minat tanam pokok2 bunga...bila dah besar dan berumahtangga minat itu terpaksa aku lupakan krn hambatan masa yang tidak menentu...
Tapi kini...hobi itu datang tanpa diundang. Puncanya bermula dari idea2 bernas kwn2 baik aku untuk aku buat satu garden la konon2nya...sbb masa tu aku cuba mencari jalan penyelesaian akibat satu masalah yang aku rasa  cukup menyemakkan mata yg memandang.. dan kisah itu biarlah aku..kwn2 rapat aku dan keluarga aku saja yang tahu.. sbbnya aku cuba tak  nak kaitkan org yang bermasalah itu dengan kisah ini...
So.. aku mula tanam pokok. Hasrat dihati nak penuhkan laman rumah dengan pokok2 bunga.. Namun apakan daya.. bajet pulak tak de.
Aku bermula dengan pokok2 yang aku mintak dari tukang kebun tempat kerja aku ni.. dia yg tolong potongkan batang dan aku balik semai.. Alhamdulillah... pokok ni hidup. Begitu juga ada 2/3 jenis aku mintak dengan mak cik2 cleaner. Cumanya aku mintak pokok2 yg org nak buang...bukan pokok yang cantik2 dan mahal2 pun... Jgn salah anggap ye...
ini pokok cili..pokok ni asalnya asben aku taburkan biji benih dalam pasu bunga aku...tetiba je naik banyak pokok cili.. sekarang mekar berkembang cilinya....Rasa seronok la pulak.

ini ada lah spesis keladi kecik2 yg rembat kat rumah kwn baik aku masa menghadiri birthday party anak dia. makin tumbuh subur..


spesis anak keladi ni pun aku rembat masa menziarah rakan seofis yang melahirkan baby.. Masa nak balik tu.. p usyar2 pokok dia...dapat sepokok.. hehehe...


ha... ni pun spesis keladi jugak. tp yg ni aku beli.. Asalnya dalam satu pasu kecik je. RM13. Tp dalam banyak2 pasu.. aku tgk satu pasu tu je ada 2 anak pokok. So... balik rumah aku pecahkan menjadi 2 pasu mcm ni. Mmg dah lama berkenan ngn spesis keladi mcm ni.. Tp lepas ni aku nak cari spesis keladi yang ada bintik2 warna merah, kuning dan putih tu pulak. Kalau ada org nak sedekah lagi best... heheh

tepi tu pokok  spesis buluh yang aku rembat kat tepi rumah mak mertua...pokok yang biras aku bg semasa dia nak pindah dulu. Pokok tu pun dok bersarang kat belakang rumah je... elok aku ubah ke depan rumah dan cuba letak dia ngn pokok2 lain...
belum jadi taman... takut jadi hutan je.. tp insyaallah... pelan2 aku akan cuba buat sikit demi sikit Kot2 la jadi taman impian aku...

psst:  everything happens for a reason...


Tiada ulasan: