Khamis, 24 November 2011

Maafkan Ibumu tak sempurna ~ Far East

Pondok ini menjadi saksi, anjungnya bukti
tempat ibumu  dodoikan kamu permata hatiku
tak pernah kami seresah ini wahai anakku
besarkanmu mula dari 2 jari telapak kaki

aku tahu hatimu pilu
langkahmu malu ibu mu isteriku
tidak sempurna buta matanya
dijalanan kau dihina
miliki ibu yang buta..
resah dan marah  hingga kau lupa takdir Allah

Ketika engkau memalingkan muka
Ibumu tersenyum
katanya engkau anak kecilnya tak cukup dewasa
Jauh dihatinya
ibumu berdoa moga kau  berubah
agar anaknya ketemu  hikmah

 susu ibumu, doa ibumu, redho ibumu
kau cemerlang engkau disanjung engkau dijulang
namun sayang kejayaanmu dipandang ibu
dicelah manusia yg sempurna telahanmu
bagi ibu ketika itu dirimu malu
disitu kulihat
ibumu sendu, ibumu sendu

pondok ini menjadi saksi anjung ini bukti
tempat ibu menanti
hai permata hati...

Pulanglah hai anak,
keriba ibumu
bimbang masa berlalu, tak sempat bertemu

ibumu isteriku kini dah tiada
dihujung hayatnya  sempat berkata
susu yang engkau minum ibu halalkan
dosamu ibu ampunkan
maafkan ibu tidak sempurna dimatamu
biar dihina...ibu galas semuanya
asalkan kau tak merasa

Sudah sampai masanya
kuceritakan rahsia yang kusemat diatas permintaannya
sempurnamu anakku...
atas  anugerah ibu
engkau lahir kedunia buta matamu

ibumu...isteriku.....
hadiahkan matanya untuk dirimu.
wahai sayangku...
belumku ketemu
hikmah zuriat itu lahir dari rahim muliamu


psst: kadang2 keistimewaan dan kelebihan kita adalah dari atas penderitaan dan kesengsaraan org lain.. Pengorbanan ibu adalah pengorbanan yang terlalu agung  dan paling ikhlas

cukup sebulan

inilah rupanya setelah sebulan menjadi  milik Irfan...
hai.. berguna sungguh engkau wahai basikal kepada anakku yg sungguh aktif ni...

Tgh seronok kayuh2.... tok larang suruh masuk dlam rumah tak mau.
 mandi pun tak mau..
makan pun tak mau... seronok bila kwn ada...

punya la dalam keseronokan dia kayuh basikal.. tetiba bunyi benda meletup.. tersangat la kuat bunyinya.
semua org keluar tgk apa yg terjadi..
Rupanya tayar basikal dia pecah!!!!
mungkin terkejut dengan insiden tadi... terus lari balik rumah.. nangis punya la kuat. lama pulak tu...
Balik mengadu ngn abh...
"abah... tayar abg meletup..huuuuuahuuuuu"
sampai terlena.
Kesian kamu  wahai anak....

sekarang tersadai. setiap hari direnung basikal kesayangannya....

kesan pecah. lihatlah betapa tayar itu dah tak de bunga dalam masa sebulan je...

nanti kita bawak  basikal p tukar tayar baru naa....


Selasa, 22 November 2011

Bila suami minat bola...

hari ni rata2 blog mesti bercerita pasal bola.
Aku pun nak cerita pasal bola jugak.
Mlm tadi kami sekeluarga makan seawal 6.45 ptg semata2 nak siap awal sbb nak tgk bola tu..
Ni semua krn  encik suami kita ni.. mmg suka tgk bola. So kami anak beranak pun terikut2 la dengan dia.
Paling best bila goal!!!! insyirah dan irfan melonjak2 gembira..
tahu ke budak2 tu erti goal?? rasanya tak paham apa2.. tp sbb mungkin tgk abah  depa yg  sorak mcm kat stadium layaknya... tu yg anak2 tiru.
Tu tak termasuk sora mak dia menjerit bila  pihak lawan nak tendang bola masuk goal... hehhehehe
Apapun, tahniah diucapkan kepada pasukan malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara... Biarpun  pasukan kita dianggotai oleh 100% rakyat tempatan, tanpa pemain import!!!
bagus jugak tak de pemain import... krn pemain semua berhati kental, bersemangat waja, berjuang  demi negara. Biar pun dikecam hebat, diboikot dan dicaci maki, tp kita berjaya buktikan bahawa kita bukan boleh sesuka hati hendak diganyang....

Khairul Fahmi~~ keeper yg terbaikkk..
baddrol bahtiar~~leader terbaikkk
ong kim swee~~ mmg bawa 'ong' pada malaysia...senyum sikit....

Sangat2 lah berpuas hati... i love malaysia....

Isnin, 21 November 2011

sejuta maaf _ ACHIK spin

entah mengapa
rasa sayang padamu
dengan kejujuranmu
membuat ku merindu
oh kekasih....

tiada sepatutnya kunyatakan
untuk mencurahkan perasaan
walau aku telah punya teman yang setia
waktu sunyi ku membicara
membuai daku yang terlena
hingga tak dapat ku menolak kehendaknya

sejuta maaf oh kekasih
sekiranya kau menanggung segalanya
daku hanya insan lemah
yang hanya berserah kesal dan rasa gelisah

kali ini ku melaluinya
walaupun payah untuk mengerti
apa mungkin menyinta keduanya
jika terpaksa

perasaan yang membelenggu
membuatku seakan membisu
gelisahku membilang waktu
sepi tanpamu

entah mengapa  rasa sayang padamu
dengan kejujuranmu
membuatku merindu
oh kekasih....


pssst: suka sgt dengar suara  gemersik allahyarham achik spin. Semoga Roh allahyarham tenang disana.. Mari kita sedekahkan alfatihah....

dengki

Kamu dengki,
Kamu irihati,
Tak dapat  balas secara nyata,
secara maya pun tak apa..

Setiap kesakitan
setiap kejahatan
Pasti ada balasnya,

Kamu tunggu azab kamu...

Tp Allah itu sentiasa ada,
Tidak apa yg boleh berlaku tanpa izinNya..
Sakit yang datang juga adalah atas izinNya...
Semoga lindungan Allah sentiasa bersama...
Amin

Jumaat, 18 November 2011

so sad when she said....

Tetiba rasa sedih bila dia  kata..."Nak tidoq ngah"( nak tido ngn mak ngah)
Ermmm..
Naluri seorang ibu??? Apa kita akan rasa???
Nampak kan???
Kenapa ada jurang antara aku dan anak aku??
Kenapa insyirah???  umi sedar umi kurang masa bersama kamu.
Nak pergi mana2 ... insyirah aku lebih suka tinggalkan dengan mak ngahnya. Sbb itulah dia sangatlah rapat dengan mak ngahnya.
Seorang anak kecil yg belum berusia 2 tahun ..yang belum mengenal erti apa2 lagi...Tak pe, umi  faham. Sedikit sebanyak umi akan perbetulkan... agar kasih sayang akan kembali ke pangkuan umi..

entah la.... aku sedih!!!

Berbeza dengan Abg, Abg seorang yang manja dengan umi. Tak nak berpisah dengan umi, kecuali kalau  abg balik kampung,,, mmg  sukar nak pujuk balik dengan umi.

keadaan ini membuatkan aku  berfikir 2 atau 3 kali nak attend kursus yang memerlukan aku tinggal dia  selama seminggu....
Ya Allah.... berilah aku kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi karenah anak2 ku...

Selasa, 15 November 2011

menuju wawasan -UNIC


wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
wawasan agama bekalan  masa depan  dan akhirat
kuat usaha jujur dan amanah
 sentiasa mengharap keredhoan allah

umat islam harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik dari semalam
jgn buang masa..
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah rasulullah
bersama berusaha
bersatu tuju wawasan
wawasan diri dunia akhirat

akhidat ibadah harus sempurna
ibadah tanpa akhidah wawasan syaitan
ulama warisan ambiya
pegangan mereka harus diikut
ajaran sesat wajib hindari

umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam....
Allah...
akhirnya islam cemerlang seluruh dunia..


psst: pagi tadi dengar lagu nasyid ni kat kedah Fm.. sebelum ni 1st time dengar unic  mendendangkan lagu ni masa mlm kemerdekaan yang lepas.. seronok..
kata2 dalam nasyid ni... besar maknanya.. mengajak kita  berusaha.. Siapa kata kita tidak boleh???

lagipun ada ustaz fafhrulradzi...sedap suara dia...
minat masa dia masih menuntut kat insaniah lagi...masat u  kumpulan Zulfan..korang cuba download lagu zulfan.. best.. halwa telinga....

Mega TT Sedim bersama PPEOC

Dah lama nak tulis n3 ni tapi  tak berkesempatan.. asyik lupa je.
Hari nak bercerita pasal TT kali ni...
Ramai.. tersangat la ramai. seronok pulak rasa.. Rasa jakun pun ada. kekeke
Tp best boleh kenal dengan ramai org. Disamping boleh bawak family jalan2...
Jom layan pic Geng PPEOC northern crew

ehh.. aku dimana ya???tak de pun dlm  gambar ni..

ni baru konvoi geng alor star nak menuju ke  tempat berkumpul di seberang jaya.

sesi taklimat  dan pengenalan diri ahli2..



makan angin bawah pokok sambil tgk org main sukaneka

hahaha... selipar jepun gergasi putus maaa

ketua konvoi: pek ho.. hehehe

baru sampai ke destinasi

sedim eco theme park..

aku kena paksa masuk acara  lari dlm guni... maluuuuu..kehkehkeh

lepas tu boleh mandi manda kat lata sungai sedim ni.... sejuk dan nyaman sekali. aku tak mandi pun.. sbb  aku malas... biar irfan dan abahnya je yg mandi...

main air sampai kecut jari tangan... suka sgt la tu...

apapun.. best !! Kesian dekat member aku  Sity.. ada masalah tak dapat konvoi sekali. Tak pe.. next time, cuba lagi ye... walau mcmmanapun, boleh jugak  sampai sedim kan??

Isnin, 14 November 2011

Bukit Bendera

perjalanan yang tak dirancang...
pukul 10 pagi encik asben kata... jom p Bukit Bendera!
aku apa lagi??? Cantikkkk
terus plan ajak adik n family.. p ramai2 baru meriah..
terus masak2 dan kemas barang.
pukul 12.30 baru bertolak dari rumah...So sampai sana dalam pukul 2.30.. jenuh jugak nak cari parking. Time cuti sekolah  org ramai... So terpaksa parking tepi lorong2 rumah org.. Tu pun berbayar. RM3 ringgit.. tp nasib baik jugak la ada org dok  tlg cari parking. So.. aku rasa berbaloi jugak la bayar byk tu..
 Dah lama sebenarnya tak pergi sana. Kali terakhir jejak sana masa sebelum kawen. Ha... lebih kurang 7 tahun dah tak pergi sana.
Bukan tak pernah nak pergi.. tp masa kami pergi tu, pihak pengurusan  bukit  bendera tgh  buat penyelenggaraan railway baru..
Masa dulu naik kereta api yg slow tu...boleh jugak menikmati keindahan bukit.
Tp yg baru ni.. laju gila... ketaq lutut...
Mak aku siap Mengucap dan baca ayat kursi. Dia sangat2lah takut.
Sampai kat atas..."awat tak bgtau tinggi mcm ni? kalau tau, mak tak mau ikut hampa"
Hehehe... "Saja wat surprise".. padahal aku sendiri pun kecut perut.
Tp best jugak... tak perlu tunggu lama giliran untuk naik keatas.
Pesanan Aku: Jgn lupa bawak kad pengenalan... boleh dapat harga  untuk rakyat Malaysia
Bagi sesiapa yg ingin berkunjung ke bukit bendera...
Sila pastikan anda tak tersilap arah... Cari jalan menuju ke Air Hitam Ok.. sbbnya  aku pernah tersesat.. asyik2 pusing pulau tikus.. tak jumpa bukit bendera...
Harga nak naik..
Kalau ambik  family plan murah sikit merangkumi 2 dewasa dan 2 kanak2 harganya baru RM18 berbanding kalau ambik pakej biasa.. seorang dewasa RM8. kanan2 RM4. Jika dijumlahkan menjadi RM24.. So.. kalau ambik  family  pakej.. boleh jimat RM6...

kami nak jimat.. sbb tu kami bawak bekal.. cari tempat dan mkn kat ats tu...Dalam nak berjimat.. tertinggal air mineral dalam kereta.. so terpaksa la jugak beli mineral water yg besar tu.
Harganya kat ats tu..satu botol RM4. So.ambik 2 botol mineral water yg besar ngn sebotol 100plus yg kecik. Harganya RM11.. Mak aiii harga 2 kali ganda.. so tak boleh berjimat kat situ..:-) berkira giler.. hehhee


sejuk je..


ada taman permainan untuk kanak2

tak dak keje...bunga tepi  jln pun  nak snap

mengimbau memori....

Mak aku kata..MCM LUKISAN

adik2 tgh posing sebelum turun ke bawah

ku lihat hijau,,,


cik nyet ini dengan seleranya mkn apam gula hangus aku.. sedap ke cik nyet?? heheh

dah selamat sampai bawah... (gambar sapa tah aku snap)

singgah sebentar menikmati rojak buah di Padang Kota
dalam perjalanan nak ke Kulim Hi.Tech..ternampak pelangi. Dah lama tak tgk pelangi yang besar mcm ni..Selalu nampak satu line. Tp kali ni nampak ada 2 line.. kalau perhati betul2 baru nampak... Sungguh cantik.. Subhanallah...
Bila tengok pelangi teringat arwah nenek.. Nenek kata: tak boleh tunjuk pelangi  dengan jari..
itu hanyalah mitos org dulu.. Org tua2 panggil pelangi ni ular Danu... ular ni turun minum air...kalau tunjuk jari kudung..:-)
Cerita yg seronok didengar masa zaman kanak2... Indahnya zaman kanak2...

Tiramisu simple

Alkisahnya mlm cuti hujung minggu..adik aku nak buat tiramisu la kononnya..
aku pun  bukan boleh.. bila bahan dah ada dan dah janji nak buat... mesti aku tergedik2 nak mkn.
Nak dijadikan cerita.. kebanyakan org dalam rumah tu demam termasuklah adik aku yg nak buat tiramisu.
So.. aku tanya dia "mana resepi?"
dan aku telah pun buat sorang2 tau..
dah jumpa mixer, aku dengan confidentnya meng'on'kan mixer.. tertiba bau hangit..
Alamak!!! mixer rosak... mungkin sbb terkena banjir hari tu...
hurm.. apa lagi yg boleh buat kan? bahan dah ada... aku teruskan la mix bahan2 tu guna tgn aku sendiri...
2 jam tau aku pukul menatang  whipping cream tu... Rasa nak tercabut tgn2,..
dan inilah hasilnya!
bahagian atas.. nampak lapisan kek krn krim tak cukup..

hehhee.. itulah...org wat tiramisu kita pun nak buat...hehhehee


ini rupa yang telah dipotong. Aku tambahkan jem strawberi bg rasa masam2 sikit...

psstt:: sity, hang jgn gelak tau.... hudoh bebenor

Khamis, 10 November 2011

Padang Besar

Jumaat lepas, waktu rehat.. kami sempat pergi Padang besar.. hanya semata2 untuk mencari beras pulut susu yang dipesan oleh nenek salah seorang rakan kami. Aku pun ambik jugak kesempatan untuk beli pulut susu ni. Org kata kat sempadan murah. Masa kami beli ni  sekilo RM5. Tp mintak tawar sikit.. ambik dalam 5 kilo dapat la harga sekilo RM4.
Sebelum balik kami ambik kesempatan la... mkn2 dulu.
Org kata kalau datang Padang Besar, jgn lupa untuk menikmati pulut ayam.
Sedap ke??
pulut ayam.. ayam yg dah di mkn oleh tuan empunya pulut ni... hehhe.. Rasanya sedap... nanti datang Padang Besar, cuba tau menu nih,

ha... menu wajib: SOMTAM. err... meleleh air mata.. pedas! Sedap!

Balik rumah teringat2 sehelai gaun  yg mulanya  hajat dihati nak beli utk insyirah... tp tak de saiz.....huhuhuhu

suka bila ia mula tumbuh

dulu kecik2 aku mmg minat tanam pokok2 bunga...bila dah besar dan berumahtangga minat itu terpaksa aku lupakan krn hambatan masa yang tidak menentu...
Tapi kini...hobi itu datang tanpa diundang. Puncanya bermula dari idea2 bernas kwn2 baik aku untuk aku buat satu garden la konon2nya...sbb masa tu aku cuba mencari jalan penyelesaian akibat satu masalah yang aku rasa  cukup menyemakkan mata yg memandang.. dan kisah itu biarlah aku..kwn2 rapat aku dan keluarga aku saja yang tahu.. sbbnya aku cuba tak  nak kaitkan org yang bermasalah itu dengan kisah ini...
So.. aku mula tanam pokok. Hasrat dihati nak penuhkan laman rumah dengan pokok2 bunga.. Namun apakan daya.. bajet pulak tak de.
Aku bermula dengan pokok2 yang aku mintak dari tukang kebun tempat kerja aku ni.. dia yg tolong potongkan batang dan aku balik semai.. Alhamdulillah... pokok ni hidup. Begitu juga ada 2/3 jenis aku mintak dengan mak cik2 cleaner. Cumanya aku mintak pokok2 yg org nak buang...bukan pokok yang cantik2 dan mahal2 pun... Jgn salah anggap ye...
ini pokok cili..pokok ni asalnya asben aku taburkan biji benih dalam pasu bunga aku...tetiba je naik banyak pokok cili.. sekarang mekar berkembang cilinya....Rasa seronok la pulak.

ini ada lah spesis keladi kecik2 yg rembat kat rumah kwn baik aku masa menghadiri birthday party anak dia. makin tumbuh subur..


spesis anak keladi ni pun aku rembat masa menziarah rakan seofis yang melahirkan baby.. Masa nak balik tu.. p usyar2 pokok dia...dapat sepokok.. hehehe...


ha... ni pun spesis keladi jugak. tp yg ni aku beli.. Asalnya dalam satu pasu kecik je. RM13. Tp dalam banyak2 pasu.. aku tgk satu pasu tu je ada 2 anak pokok. So... balik rumah aku pecahkan menjadi 2 pasu mcm ni. Mmg dah lama berkenan ngn spesis keladi mcm ni.. Tp lepas ni aku nak cari spesis keladi yang ada bintik2 warna merah, kuning dan putih tu pulak. Kalau ada org nak sedekah lagi best... heheh

tepi tu pokok  spesis buluh yang aku rembat kat tepi rumah mak mertua...pokok yang biras aku bg semasa dia nak pindah dulu. Pokok tu pun dok bersarang kat belakang rumah je... elok aku ubah ke depan rumah dan cuba letak dia ngn pokok2 lain...
belum jadi taman... takut jadi hutan je.. tp insyaallah... pelan2 aku akan cuba buat sikit demi sikit Kot2 la jadi taman impian aku...

psst:  everything happens for a reason...


Khamis, 3 November 2011

membuat kerisik

ni aktiviti hujung minggu lepas...
hari ni baru nak bercerita....
dipendekkan cerita, adik aku akan melangsungkan perkahwinan pada bulan 1 nanti.
So kami adik beradik  telah buat persiapan awal sikit2... untuk mengelakkan daripada berlakunya kelam kabut nanti..
So... bila ada kelapa2 yang dah masak.... mesin dan buat kerisik awal2..
kerisik sangat2lah penting  dalam arena masakan melayu.
Buat gulai daging... masuk kerisik baru sedap...
kelapa yang sudah diparut akan digoreng tanpa minyak sehingga bertukar kekuningan dan hampir kehitaman

kelapa ni pulak akan ditumbuk lumat sehingga pecah minyak....kemudian boleh simpan dalam peti ais. nak guna ceduk je...
nasib tukang menumbuk ramai...klu tumbuk sorang2 boleh tercabut lengan nih....

puteri kesayangan umi pun rajin jugak menyibuk nak tumbuk... pandai dia tumbuk....nasib tak kena tangan


dah siap

semalam aku bercuti sbb nak siapkan ini....
dah siap.... bleh p jalan2 dah...
tp nak p mana????
huhuhu.... tiada arah tujuan tapi passportnya dah siap dong!