Khamis, 11 Ogos 2011

Jejak Ukhwah

Tibanya Ramadhan, ada saja aktiviti yg berfaedah boleh diisi.
Ptg smlm, aku menghadiri program JEJAK UKHWAH di rumah Seri Kenangan, Perlis,
Ini kali ke 2 aku bertandang ke sini.
Bila diri jejak kesini, perasaan sayu  menjengah didasar hati. Melihat warga emas yg  tiada tempat bermanja...hanya kawan2 menjadi teman bicara...
Kenapa ada anak yg sanggup hantar mak dan ayah kesini yg dulunya membesarkan mereka..
Harap dan doa tak putus, hayat aku bersama anak2 tersayang. Sebagaimana aku mengasuh mereka, sebagaimana aku menyayangi mereka...
Dan... perkara pertama  bila sampai kesini, aku akan cari seorang yg aku panggil kak cik.
Kak cik ni kurang pendengaran. Dulu kak cik ni duduk dekat kg mak aku.
Skrg dia dan suami dia dihantar oleh org kampung kesini kerana tak ada  sedara mara atau anak yg boleh jaga mereka.
Teruja bersama Kak Cik...seorang yg penyayang.. habis dicium pipi aku ni..

                                                Untuk disayangi, perlulah menyayangi....

Seronok tgk  pak cik mak cik kat sini gembira bila terima sumbangan... Mulut tak henti2 memberi ucapan terima kasih... Alhamdulillah...Moga si pemberi mendapat barakah...


2 ulasan:

wahida berkata...

jgnlah anak2 aku nnt camapak aku kat tmpt mcm ni...nauzubillah...

kesian kan dorang..sedih aku tgk...

shida berkata...

tu la wahida.... harap2 anak2 kita tak buat apa yg mengguris hati seorang ibu...