Kami bertolak seawal 9 pagi. Sampai kelantan dalam pukul 6 petang. Terus ke pantai cahaya Bulan. Inagat nak tidur kat resort PCB. Tp sebiji bilik dah RM100. Kami ramai.. So kami putuskan untuk sewa kat homestay je. So... dapatlah Homestay ni... Wan danisha homestay. Mmg puas hati dengan servisnya.. siap ada Toto spare sampai 2... mmg Selesa. Harganya cuma RM250 satu malam. Tu pun kami mintak kurang jadi RM200 je... Hehhe..so... tahniah kpd pihak wan danisha... nanti kalau ke kelantan, atau sapa2 nak gi kelantan, akan saya syorkan menginap kat homestay anda... hehehe
ha.. siap ada kolam renang lagik!!
Malam pulak... menghabiskan masa berjalan menyusuri wakaf che yeh.. Org kata barang2 kat sini murah. Erm.. bg aku biasa je.. tak de la murah mana pun, juling jugak biji mata tgk kain cantik2 kat sini. Tp masa kami sampai, hujan turun, so... membataskan pergerakan sikit la..
Lepas checkout, singgah sebentar ke pantai batu cahaya bulan. dulu2 nama pantai ni Pantai Cinta Berahi. Tp kenapa tukar nama ek??? mungkin nak bg tak de pasangan yang memberahikan kat pantai tu kot ye.... hehehhe... Kat pantai2 mana2 pun mesti nak ader pasangan.. Kalu tak.. tak sah nama pantai ...:-)
ombak yang terlalu besar...aku tgk ombak mcm ni, mmg aku akan teringat peristiwa tsunami. Tak berani aku nak turun ke gigi air. Asyik terpekik2 suruh Irfan naik... Ombak boleh mengganas dalam apa cara sekalipun. Tak pernah tgk ombak mcm ni kat pandai di Kedah... :-) Balik sini, dengar berita... habis kedai tepi pantai tu kena pukul ngn ombak... air naik sampai kat kedai. Alhamdulillah, masa kami p sana tu tak de apa2 yg berlaku...
Esok pagi bertolak ke kota bharu sekali lagi untuk makan2 dan beli barang di Pasar Besar Siti khadijah.
Masa Parking.. terjumpa dengan seorang hamba Allah... yg membuka minda...sentiasa berzikir... asben kata "tgk la negeri bawah naungan tuan guru, org bukan siuman pun berzikir."
sedap suara dia mengalunkan zikir dan lagu2 nasyid...kenapa dia ditakdirkan begini??? wallahua'lam...
Selepas menikmati makanan tghari, terus bertolak ke terengganu. Sampai sana, terus menuju mencari homestay zahraa.. Murah je RM150 untuk satu malam.
Malamnya kami pergi ke Masjid Kristal. Saja nak p waktu mlm sbb masa dulu aku p waktu malam, tgk masjid ni buka lampu, cantik sgt2.. Tp masa kami p mlm ni.... gelap gelita saja....ermmm tak de rezeki nak tgk masjid yg cantik..
Keesokan harinya sekali lagi kami ke sini, tp untuk ke taman Tamadun Islam.
Nak masuk sini kena pakai passport tau!. Ingat nak p obersea ja pakai passport. hehhehe
ha... jgn lupa cop (imegresen taman tamadun):-)
ha... tak larat nak jalan tgk replika masjid, bleh naik trum...
Tak dapat pegi Taj Mahal India, Replika Taj mahal kat Malaysia pun jadi laaaa
Sebelum balik, wajib Singgah Pasar Payang. Borong keropok kering dan kain baju . Tp aku tak beli pun kain baju sbb Insyirah dah tido. Tak sempat nak jalan2. Kesian pulak dia nanti panas2...Dan last Sekali, Singgah beli keropok losong di perkampungan Losong. Hurm.. pekerja2 kat sini putus urat senyum. asben aku mengomel sorang2... :-) penat layan pelanggan barangkali....
Bertolak balik Ke Kedah Dan Alhamdulillah, selamat sampai pagi Jumaat. Sekian cerita saya untuk cuti musim sekolah ini...
Hehehe.. kalau dulu masa sekolah, syok nak buat modal karangan. Erm... dulu2 tak de sgt peluang nak jalan2...:-(
Tp alhamdulillah... karangan dapat jugak A... semuanya guna angan2 je...:-)