3/6/2022
Seperti yang dirancang, kami sekeluarga bertolak dari Alor Setar menuju ke Kuala Jempol , Negeri sembilan untuk menghadiri majlis kenduri kahwen adik kepada adik ipar hakak. Bertolak ke sana dengan 3 biji kereta dan sebiji lagi tunggu di RNR Sungai Buloh.
Berhenti berkelah di RNR Sungai Perak. Mak hakak masak dan kami yang lain bawa lauk sorang sikit. Berkelah ramai2 dekat pondok.. best dari berebut2 nak beli ...Jimat pun jimat.. :-)
bila lalu je terowong semua pakat wahhh wah... anak2... masa umur keik2 ni lah seronok bawa depa jalan2.. excited berbanding anak2 yang dah besar...
derhaka arahan waze.. kan dah masuk KL yg sesak... nak2 pulak time org tgh baru balik kerja. menghadaplah jem.. dapat juga la rasa stress org KL... kita kat ALor Star Perlis ni rileks2 je makan angin sbb tak la sesesak sana.
Di hari persandingan Anis... Selamat pengantin baru anis dan pasangan.. semoga berbahagia di samping suami tercinta. sini sgt2 meriah kendurinya....
Sebelah petangnya kami bertolak ke Port Dickson. Alahai Jem lagi. dekat 2 jam juga lah mengharungi perjalanan untuk kesana.
Sampai Pantai PD dah nak senja. Izzan dengan seluar jeans terus terjun mandi. Hadei.. Tak menyempat nak salin baju.. tu pu mandi kejap ja sbb dah malam...
Malamnya Singgah makan beramai2... berkumpul sempena hari lahir arwah ayah... 4/6
. Alfatihah untuk ayah.. ni gambar anak cucu ..Satu keluarga je yg tak dapat hadir...
nasi depa lupa nak serve lahhh... sampai lauk dah sejuk... apapun nasib siakap stim dia sedap. tak jadi nak marah. :-)
Masa nak balik... saja singgah Lata Ulu Bendol.. tetiba ada Parking kosong, terus budak2 ni pujuk abah depa ajak mandi... So singgah mandi dulu.. rombongan lain dah kat depan... suruh depa jalan dulu.. kami dok berjimba layan anak2 kat sini... Si imani siap beli pelampung baru .
bye2 Negeri sembilan.. Insyaallah ada rezeki datang lagi.....