Selasa, 12 Januari 2016

birthday gurlz dan pot luck

Lamanya tunggu nak buat  pot luck.
Dapat juga kami berpotluck setelah sekian lama rancang. Almaklumlah jarang2 dapat jumpa...masing2 busy.

nasi tomato by Azie

ni ha birthday girl...
happy Be Lated Birthday buat Kak ida, Mira, Jun dan Azie..
Semoga panjang umur, murah rezeki serta diberkati Allah.

kek birthday untuk mereka. Birthday Suraya juga tapi tak dapat hadir sbb anak warded...

gulai udang + sayur kacang buncis by Kak Ida..

Sambal sotong by me but my sister cooked. :-)

Ayam serai By Nisah.

ayam Pandan by Mira

sambal ikan temenung by Kak Mas

pencuci mulut: Puding Laici by Jun.

yang ni pinggan aku... Manyaknya makan,,,

Thanks ct sbb bg kek cheese tp lupa pulak nak ambil gambar....

Pot Luck ni merupakan tradisi kami.. Rasa best sgt bila berkumpul sambil makan2 ni... mengeratkan silaturrahim...


















Isnin, 11 Januari 2016

ikan keli

Marah dan tak puas hati dengan harga keli goreng yang aku beli sebelum ni.. mana taknya.. keli goreng 2 ekor rm8.
Aku ajak encik suami pergi cari keli fresh.. Masak sendiri.

ni ha... keli dok godek2 dalam sangkar ni. Market al-Bukhary tepi giant tu je.
Sekilo rm7. Siap siang free lagi...

Dapat la sekilo dalam 7 ekor. So sekor ni bajet dlm rm1 je. ha.. Puas hati... boleh mkn puas2.
Balik rumah basuh bagi cuci. Untuk hilangkan hanyir ikan, aku gunakan asam jawa je. rendam sekejap... kemudian kisar.

Encik suami request sambal keli.

Puas hati... murah dan sedap sebab kena dengan tekak sendiri!




Isnin, 4 Januari 2016

Cincaluk.

Apakah???
Dulu aku  tengok pun tak lalu..tambah la baunya....lagi tak suka..
Sekali makan.. Jatuh Chenta...
Ada kawan balik bercuti dari Melaka belikan aku cincaluk ni....
Dapat je,,, mmg tak sabar la nak maka...sanggup gi cari ikan temenung.. nak buat goreng...cicah ngn cincaluk nih..
cincaluk tu..udang yang kecik2 tu....perah limau kasturi dalam 3 biji macam tu..hiris bawang merah dan cili padi.. aummm...makan nasi tak sedar dah licin pinggan.

Tip untuk mengurangkan rasa masin cincaluk:
Tuangkan cincaluk dari dalam botol ke dalam penapis.
Kemudian basuh sikit...ha... baru boleh campur dengan bahan lain...

ha...ni dia menu bersama cincaluk...

Ayam goreng tepung.
ikan temenung goreng
sayur lemak taugeh
ulam pucuk gajus.

kenapa mlm ni aku masak banyak???

ni ha.. ada tetamu kecik datang rumah.. sepupu Irfan dan Insyirah....