Khamis, 31 Disember 2015

Membakar lemak dengan lecithin

Ok...
Sebagai pengguna Shaklee dan pengedar berdaftar...mmg aku guna produk Shaklee.
Ehh tercerita dlm blog la pulak.. tp tak pe kan.. just sebagai perkongsian untuk  semua....

Disebabkan aku rasa perut ni makin menaik je...
Nil ah vitamin semulajadi yang digunakan untuk membakar dan mengemulsikan lemak...
Tak ada bahan kimia berbahaya... Insyaallah selamat....
Bagus juga ya org yang ada batu karang ambik lecithin ni.

Ni ha.. sehari ambil 6 biji Lecithin... Insyaallah.. senang untuk membuang....

misi Lecithin kali ni.

Makan lecithin diserakan dengan senaman.. mmg cepatlah berat nak turun....

Makanya... hari ni adalah hari ke 5 aku ambil Lecithin ni secara teratur.

Insyaallah... doakan perut aku flat cantik ok.. hihihi...



Rabu, 23 Disember 2015

menu diet: ikan siakap stim

Sbb ramai yang tegur aku ni makin berisi...
Ada juga yang tegur...mengandung pulak ke?
Aku ni kalau kena tegur confirm akan diet dalam seminggu... huhu.. tapi tak kurus2 pun...

Tapi tak pe... jom nak kongsi resepi malam tadi.

IKAN SIAKAP STIM

Tengok ada org share buat stim dalam pemanggang Ajaib.. Aku pun nak cuba jugak la...

Ha... inilah rupanya siakap Stim versi diet kali ni...

En Suami kurang sikit bila masak Stim.. Dia lebih suka masak 3 rasa.
Tapi malam ni tgk dia makan laju je... licin!  Aku kalau tgk dia mkn licin tu mesti aku senyum je... Sbb dah tau dah encik suami ni "kedekut" sikit bab nak puji2 aku masak. Yang aku boleh baca, kalau tak sedap atau tak kena ngn selera dia dia makan tak bertambah...

Bahan2:

1)Ikan siakap yang dah dibersihkan dan diperap dengan garam.
2) potongan lemon
3) 3 ulas bawang putih
4) 1 biji carrot diparut halus
5) sedikit kiub perasa ayam 
6) Sedikit air
7) cili padi
8) beberapa biji tomato ceri

masukkan sekali dalam pemanggang ajaib...buka api dalam 15 minit... siap!
senang dan mudah kan????

Selasa, 22 Disember 2015

Pusat Sains Negara, Cawangan Utara.

Lepas makan kenduri..en suami ajak pergi Pusat Sains Negara.
Kalau sebelah utara ni, terletak di Gunung Keriang... berdekatan dengan Muzium Padi dan Pusat Akuatik.

berselfie dulu dengan anak dara.

Harga tiket sangat murah. 
Dewasa : RM2
kanak2 7 tahun - 12 tahun :RM1
bawah 6 tahun : PERCUMA

Antarapelajaran yang dipelajarari..kayuhan untuk memutarkan kipas.


Yang ni lasak sikit

mewakili deria rasa pada otak...

Banyak lagi aktiviti menarik yang ada dekat sini,
Yang berdekatan boleh bawa anak2 sebagai mengisi masa lapang mereka pada cuti sekolah. Sangat berfaedah.







Isnin, 14 Disember 2015

pasar malam brinchang

Kalau datang Cameron tempat yang wajib dikunjungi ialah Pasar Malam Brinchang. Barang kat sini lebih murah jika dibandingkan dari tempat lain.

Ha.. dapat kepala gajah seekor. Boleh cover sejuk kepala..

straberry cicah coklat...Insyirah dan Irfan cukup suka,,,

Strawberry dekat sini lebih murah.

Kesimpulannya.. kalau korang nak beli teh, elok beli dekat sini. Aku pergi beli dekat ladang teh..sekotak rm10.30. bei banyak tak de diskaun pun.
Kalau dekat pasar malam...korang boleh dapat sekotak dengan harga rm10. 3 kotak rm28. Mana lebih jimat??/


Khamis, 10 Disember 2015

Hotel Bajet Di Brinchang, Cameron Highland

Cuti sekolah tahun 2015 ni kami ke Cameron Highland. Sengaja pilih hari bekerja sebab tak mahu bersesak dan terperangkap dalam jem.
Macam Biasa, kalau ke sini kami akan sewa hotel bajet je. tak de la nak sewa hotel yang mahal2 tu.
Tapi sempat la merasa Hotel bertaraf bintang ...Hotel Heritage masa tahun 2010 dulu... opis sponser sbb ada kursus. hihihi
So kali ni.. Kami pilih hotel Chua Gin. Betul2 pekan Brincang. Tepi tapak Pasar malam tu je.

2 katil saiz queen dengan harga rm118.


hotel bajet pun ok apa... rasa mcm hotel bintang tu jugak...
TV pun LCD lagi....cumanya bilik yang kami dapat ni..tingkat 4 ok....jenuh mak cik nak panjat tangga. Tak de lif.
ni view dari bilik kami... Sangat tenang sbb menghadap ke bukit walaupun dalam pekan...Sejuk gila malam2.. Teringat waktu 1st time datang sini(honeymoon) tahun 2006 turun balik tanya dekat penyambut tetamu..
Kenapa bilik tak de aircond??? penyambut tetamu tu gelak je sbb hotel kat sini mmg tak perlukan aircond pun. semulajadi sejuk... Ahaks... baru ku tahu,

cuma bila malam agak bising...sbb dekat bawah tu ada kedai makan.
Yang tak best tentang hotel ni...air dia lambat nak panas.... :-)
Nak tuala kena bayar deposit rm20 untuk 2 helai tuala... lepas tu kena bawa sendiri tuala tu naik bilik. bila return towel baru diorang bagi balik duit tu.. hihii mcm lawak je kan?? Nasib baiklah sabun ade siap2 4 ketul dalam bilik air.


Ni... pintu nak naik tangga hotel. Nama asal hotel ni belum ditukar. Bangunan baru katanya. so kena jalan la dari opis penyambut tetamu tu... bangunan ni area belakang sikit,



resit bayaran  hotel,.. ada no telefon kat situ.. Kalau korang nak booking boleh la ambil nombornya tu...
yang tulis dengan pen tu no password wifi. Tak nampak pula nombor telefon hotel dlm resit ni...kelabu sikit...

pinjam pic en google jap sbb lupa nak ambil gambar depan hotel ni.

Korang cuma perlu besabar cari parking la.. sbb hotel bajet2 ni memang tak sediakan tempat parking.

ha... ni hill Garden Lodge ni pun kami pernah duduk juga.. Ok la..dah tak ingat suasana dia mcmmana sbb dah lama kenangan  dengan hotel tu berlalu. Ini pun Hotel bajet.

Hotel green Garden ni pun aku pernah duduk. sebelah menyebelah je dengan Hill Garden. Tapi tak berapa berkenan sbb TV dia masih TV kotak dan Perabut pun mcm dah uzur sikit.

yang ni Hotel Heritage. Yang ni ada taraf bintang tapi  bukan hotel bajet la kann...design dia ala2 omputis zaman penjajah dulu.... servis mmg ok la...harga pun klu bajet lebih boleh la p rasa duduk situ.. aku dulu duduk free je..3 hari 2 mlm pulak tu... mmg best la.. org bayarkan.. ahaks...






Jumaat, 4 Disember 2015

baby nenas

Hari tu tgk org post dkt fb tentang baby nenas ni...
Air liur mula menitik sbb aku ni mmg suka mkn nenas.
Baby nenas ni berasal dari Thailand.
Sini kan sempadan dengan Thailand..so stock mudah dapat la kot..

Yang ni pun kawan tlg beli dekat kedai area rumah dia..
Buah nenas juga tinggi Vitamin C tau...

rasa tak cukup je.. manis nyaaaaa

nanti nak pesan lagi la....


Khamis, 3 Disember 2015

nasi daging bakar Kuala Perlis

Korang pernah makan nasi daging bakar yg best tak?

Bagi aku nasi daging ni sangat best.
sbb apa? Sbb daging dia banyak dari nasi. Nasi secoet ja... kena minta tambah.. tp free ja la nak tambah banyak mana pun..
Harga satu set ni RM10 sahaja termasuk air.
Yang best..daging ni sgt lembut..banyak pulak tu.. Tambah dengan air asam yang dicampur dengan kerisik.. fuhhh meleleh peluh.
Nasi pula boleh pilih nak nasi kuning atau nasi putih.


Lokasi nya sgt senang.. tepi highway saja.. berdepan dengan tangki air yang besar tu.
kalau korang dari alor setar menuju  Kuala perlis, sebelah kanan ya...selepas trafik light je.

Kena datang awal.. tidak nanti kena  beratur sbb meja cepat penuh...

Tuan kedai kena perbesar kedai lagi nampak gayanya nih...

:-)





penjagaan luka berkhatan


Apa yang ibu bapa perlu tahu selepas berkhatan?

1. Kebiasaan bahagian yang dijahit akan sedikit bengkak. jangan risau kerana bengkak itu disebabkan oleh kesan ubat bius yang dicucuk. Bengkak akan surut dalam tempoh sehari. berikan anak anda ubat surut bengkak yang diberi oleh doktor/mudim.

Penjagaan selepas berkhatan..
1. Sentiasa pastikan bahagian kemaluan tidak basah. Pastikan selepas membuang air atau mandi, bahagian kemaluan perlu dilap kering. Kalau seriau, just letakkan gauze atau tuala pada kemaluan untuk serap air.
2. semasa mandi boleh tutup kemaluan dengan cawan/mangkuk untuk elakkan terkena air yang berlebihan.
3. Jangan tahan untuk kencing. Suruh anak membuang air bila terasa. Perbuatan menahan kencing boleh sebabkan infeksi.
4. kerapkan anginkan kemaluan. jangan pakaikan seluar. pakai kain pelikat untuk pengudaraan lebih baik. Semasa tidur, gantung kain pelikat supaya udara boleh keluar masuk, dan luka cepat kering.
5. pastikan luka dicuci setiap hari. kalau di rumah boleh campurkan sedikit dettol (jangan banyak, pedih ok) dalam segayung air suam. lap kawasan berjahit dengan gauze atau kain. Elakkan guna tisu kerana dikhuatiri melekat kepada kemaluan.
6. beri ubat paracetamol (panadol) untuk tahan sakit. boleh berikan antibiotik (biasanya cloxacilin) seperti yg diberi oleh doktor/mudim.
7. Anak perlu berehat, jangan aktif seperti biasa untuk proses penyembuhan dan untuk elakkan bentan.
8. Kalau bernanah, segera bawa ke klinik. Jangan biarkan, takut berlaku jangkitan.

Pemakanan selepas berkhatan
1. elakkan makanan berbisa seperti ikan keli, sembilang, pari, takut gatal dan luka lambat sembuh.
2. elakkan seafood (udang,ketam,sotong)- gatal
3. Elakkan telur- takut luka bernanah.
5. makan buah oren dan citrus untuk segerakan proses penyembuhan luka.
6. makanan lain boleh makan seperti biasa.




ni ha.. hari ke 3 baru stary cuci dengan air suam campur dengan 3 titik dettol..guna sikit saja ya kerana takut luka tu pedih.. Sebaiknya guna kapas mcm ni... Jgn gna  tisu takut melekat..bila kering susah nak tanggalkan.

Ha... Org berkhatan kena duduk diam2..tak boleh lasak sbb nak cepat sembuh kan??/
ha.. pakai kain pelekat abah..pas tu gantung ja .
Bagi PS2 tak bg dia boring sangat.

Saya bagi Chewable vitamin C je. Mmg luka cepat sembuh.
Sesekali tu bagi juga sepotong buah oren.





Selasa, 1 Disember 2015

berkhatan kaedah laser/electrocoutry

Cuti sekolah bermula..
Ramai ibu bapa ambil.kesempatan untuk mengkhatankan anak masing2.
Kami juga tak terlepas untuk mengkhatankan Irfan.
Dah 9 tahun kan... elok dah la untuk dikhatankan.
Kami sertai acara khatan perdana Daerah Kubang Pasu.
Bertempat di Surau Taman Tengku Maheran, Tanah Merah Jitra.
Tarikh: 21/11/2015
Yuran sebanyak Rm80 sahaja...Murah kan?
Bukan tak nak buat dekat Klinik...tapi nak Irfan rasai meriahnya khatan beramai2 ni sambil mandi air dari semburan Bomba. Mmg tu yang umi teringin nak tgk dari dulu...

Cara laser ni org kata cepat baik dan kurang berlakunya pendarahan.



Nampak tak? Tu Irfan belakang sekali...pakai baju kelabu... takut la tu!


Ha,, Masa ni semua pakat seronok boleh mandi air bomba...


Tengah tunggu giliran sambil dengar org selawat dalam surau.. Hati tak keruan.. Umi juga tambah gelisah masa ni. Irfan dapat no 12....
Mana tak susah hatinya.. Budak 1st masuk melalak kuat sekali....Yang belakang2 turut nangis jugak... 
Ya Allah.. berilah kekuatan untuk anak ku ini...


Ni dah lepas berkhatan. Selangkah ke alam dewasa. Tahniah wahai anak....
Muka nangis tak habis lagi.. manja sungguh...
Lain yang umi ajar suruh sebut bila sakit.. lain yang kamu sebut.. Panggil abah jugak no!



Masih muka tak puas hati dekat abah... ngeh2.... layankan aje sbb dia nih mmg pesen manja sikit.

Alhamdulillah.. semuanya selamat...
Baru umi boleh tarik nafas lega...