Jumaat, 30 Oktober 2015

tudung

Nak dijadikan cerita.. tgh sembang2 dengan en hubby... sambil masing2 pakat dok belek henset...
tetiba aku tgk la post ttg tudung ni..

cantik tak?

en Hubby: haa..umur makin meningkat.. tudung abang tgk makin singkat. Mcm ni cantik.
aku: org ka tudung yang cantik?
en hubby: 2-2...sambil sengih...
aku: Kalau abang nak  umi pakai  mcm ni,.. abang tlg bayarkan....
en hubby: Boleh..oder la...




mula tu aku pilih coklat,pink dan biru.
tp pemilik butik ni cakap warna pink dah habis.. maka aku pilih la coklat...biru dan kelabu.
Tapi bila sampai kat aku.. warna coklat tak de... ada warna hitam.. ohh sungguh kuciwa,..
tapi bila tgk balik... rupanya org tu tersilap keluarkan invoice dan aku pun tak check balik,,,,
Tak pe la.. Redho je laaa..


ha.... gaya baru... en hubby  cakap cantik... adik aku cakap macam mak cik2...
heheh.. standard la... kwn2 aku selalu cakap kat aku mcm mak cik2... :-)
mak cik pun mak cik la.. janji suami suka kan....
tp tak bermakna aku tinggalkan semua shawl2 tu... masih boleh pakai lagi..asalkan menutup aurat. :-)

Mlm tadi balik tgk pulak satu parcel sampai... ehh aku tak oder apa2 pun.
rupanya butik tu tersilap hantar 2 kali benda yang sama... aku segera  maklumkan kepada butik tu...
Owner dia minta aku poskan balik  kepada mereka dan mereka akan gantikan balik tudung coklat yg tersilap beli hari tu sebagai penghargaan....
Tetiba hati berbunga riang.... Itu rezeki namanya. :-)


Selasa, 27 Oktober 2015

Nasi ayam Uncle Jack


 Hari sabtu adalah hari untuk pusing2 cari makan..
ni kami dekat giant Alor Setar.
Memandangkan sbb dah tghari..perut pun berbunyi2.. maka kami singgah la makan Nasi ayam dekat Uncle Jack ni.
Nasi ayam dia sedap....


makan dulu... untuk kanak2 ada kid's set.. nasi secoet je.. dapat ais krim free.


ha... zoom in sikit nasi ayam ni... ini umi punya... ambil chicken chop. besar sikit ayamnya... :-)

untuk set org tua tak de ais krim tau... so.. kena berebut dengan anak2.. kejam tak umi???



hadiah hari lahir ke 9

Seperti yang dijanjikan....hadiah hari lahir yang ke 9 untuk Irfan .
Sebiji Basikal....



Hijau ni dia yang pilih sendiri....

Sekarang tengah keciwi la dengan basikal baru dia... 

Terima Kasih abah... terima kasih umi... itu ucapan dia setelah hajat dia nak basikal baru ditunaikan...

Harap2 tak kayuh p merata... sbb umi dah pesan... naik basikal hanya untuk ke sekolah.. Kalau kayuh p rumah kawan2.. umi nak jual !



Jumaat, 23 Oktober 2015

hormati guru

Heboh viral ttg org yg hina pekerjaan guru.

antara yg dibaca....

pertama mungkin budak ini kurang cerdik dengan persepsi dia terhadap guru
kedua: mungkin dia bermaksud lain kita baca maksudnya lain..
Tapi yang rata2nya faham.. dia tak de respect dekat cikgu

Cikgu tu adalah pendidik...
Sudak lupakah kita bahawa tugas mendidik itu pahala yang sangat besar.. Pahala akan sentiasa bertambah jika ilmu yang diajar sentiasa diguna dan dimanfaatkan untuk org lain...

Tanpa CIKGU.....
Korang mungkin tidak mengenal ABC.... jika tak kenal ABC.. korang boleh ke nak membaca?
Kalau tak boleh membaca... boleh ke korang nak masuk Universiti seterusnya keluar dengan segulung ijazah untuk melayakkan korang mendapat jawatan Doktor, jurutera,pharmacist...dan sebagainya.

Nabi Muhammad S.A.W pun pesan suruh hormat pada guru...., mak ayah, dan org yang lebih tua.


Maka...
Hormatilah guru...
Saya sayang cikgu2 saya....
Terima kasih cikgu.....

Biarlah apa depa nak kata.. sbb buang masa saja layan org yang kurang cerdik dan kurang sensitiviti menjaga hubungan sesama manusia ni.....
:-)




Selasa, 20 Oktober 2015

nasi daging harimau menangis.


Yang sebenarnya dikatakan daging harimau menangis tu adalah bahagian pinggang lembu. Bahagian ini akan digigit dahulu jika harimau mahu membaham lembu. Jika tak dapat..menangis la harimau tu... :-)

Sekali aku ingatkan daging harimau daaa. Harimau mana boleh dibuat makan sayang oiii... :-)

Ha.. Inilah rupanya daging bakar harimau menangis.. Apa yang buat saya suka ialah sos lada hitam tu.. Sedap wallaweh..!!!
Harga bagi satu pinggan nasi ni rm8 sahaja.

Yang ni pulak Chicken Chop yang dipesan oleh Irfan. Boleh la.. harga rm9.90


Ha.. inilah gambar kedai tu... Dekat sini yang spesialnya MeeKuah tulang. Tapi saya belum try lagi la.. Lain kali..Insyaallah...

Restoran ni terletak di Jalan Alor Setar -Kangar. Kalau dari Alor Setar ke Kangar, Kedai ni terletak di bahagian kanan jalan.
Bertempat di tapak Pasar Malam Kuala sungai. 
Dekat je  dengan rumah mak aku sebenarnya,,, :-)
Org ramai.. kena p awal... ehh tetiba p promosi kedai ni pulak... Ok la kan...  :-)


Isnin, 19 Oktober 2015

Jika kadar tol tidak dinaikkan, BR1M juga mungkin berkurangan - Najib

sumber: Astro Awani


SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kenaikan kadar tol berkuatkuasa 15 Oktober lalu sebagai satu keperluan.

Tegas Najib, kerajaan tiada pilihan selain menaikkan kadar tol, kerana jika langkah itu tidak dilaksana, kerajaan mungkin terpaksa mengurangkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 

"Kita terpaksa meningkatkan kos. Kita tiada pilihan. Jikalau tidak naik, pampasan perlu dibayar. Perjanjian tol ditandatangani 20 tahun lalu di mana jika tiada kenaikan kadar tol, kita perlu membayar pampasan. Jadi apabila kita membayar pampasan, peruntukan untuk perkara lain juga berkurangan. Kurang duit untuk BR1M.

"Gerakan mahu saya meningkatkan kadar BR1M. Namun anda perlu pilih, yang mana satu anda mahu kerana kita ada peruntukan yang terhad," tambah Najib dalam ucapan ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Parti Gerakan Malaysia di Pusat Konvensyen Setia City, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap gesaan Gerakan agar kerajaan menaikkan jumlah bantuan BR1M dalam Bajet 2016.

Mengulas lanjut, Najib juga berkata peningkatan kos sara hidup yang turut berlaku di Pulau Pinang dan Selangor menunjukkan peningkatan kos adalah satu perkara yang tidak boleh dielakkan lagi.

"Saya tanya Tan Sri Koh Tsu Koon (bekas  Ketua Menteri Pulau Pinang) apa dah naik di Pulau Pinang? Dia kata tarif air sudah naik, kos pembangunan naik, harga tempat parkir pun sudah naik. Jadi, di Pulau Pinang dan Selangor, kos pun naik juga," kata Najib.

Terdahulu, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong berkata parti itu masih menyifatkan BR1M adalah satu pemberian yang tepat bagi meringankan beban rakyat.

"BR1M ialah seperti skim-skim yang turut dilaksanakan di negara maju seperti Singapura dan Hong Kong. Malah Gerakan menggesa supaya BR1M dinaikkan, di samping langkah-langkah yang lebih berkesan dilaksanakan dengan tujuan mengawal dan mengurangkan kenaikan kos sara hidup," kata Siew Keong dalam ucapan aluannya dalam persidangan yang sama.

Beliau turut mencadangkan semua isi rumah yang berpendapatan kurang RM5,000 sebulan diberikan potongan cukai bagi bayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sama seperti potongan cukai untuk insurans, KWSP, dan lain-lain perbelanjaan.
"Ini akan memberi sedikit kelegaan kepada keluarga berpendapatan sederhana, sementara BR1M menyediakan bantuan dalam bentuk wang tunai yang lebih diperlukan untuk golongan berpendapatan rendah," tambah Mah.

Erm... patutkah aku sebagai Rakyat jelata yang tiada apa2 kuasa untuk mengulas?
atau patutkah dipendamkan saja apa yg terbuku dihati...
Aisehh.. aku tak dapat BRIM hokey... makanya aku TAK SUKA bila TOL NAIK.

kek coklat untuk Irfan

Kata x da kek... Ada sebenarnya..cuma lewat sehari umi belikan. Selalu beli kek dekat Pasaraya Peladang. Tp kebetulan pergi time maghrib, kedai tutup.
Jalan lagi..teringat satu kedai kek depan Hospital Sultanah bahiyah. Kedai kek dan coklat.
Maka umi belilah kek coklat.....



cheese tart ni oder dari member opis. Suka pulak dengan perasa kiwi ni....






Jumaat, 16 Oktober 2015

birthday irfan ke 9

15.10.15...genap ank sulung umi 9 tahun.
Sekejap ja masa berlalu... rupanya dah 9 tahun aku bergelar ibu... Alhamdulillah.. aku dapat menikmati nikmat yang Allah bagi sebagai seorang ibu.
Macam biasa.. setiap kali birthday, abah dan anak2 lebih suka ke KFC.
Layankan aje... ikutkan umi.. umi lebih suka pizza ke...sushi ke.. :-)

Birthday boy request hadiah dari abah... tp abah keta kena hold dulu,

ISi adik pun suka bebenor  sambut birthday..

Cheezy wedges.. habis tu baru perasan ada lalat terbenam dalam sos wedges tu. Dok hidup lagi.. kesian dia...Kiki.. agak2 kalu report dkt pihak pengurusan, aku dapat ganti balik cheezy wedges tak?
:-)

operasi menyelamatkan lalat yang tidak berdosa itu... 

Apa pun cara kita raikan Hari lahir anak sama ada buat birthday party...buat kek...bawa makan2......janji mereka happy. 
Semoga anak umi membesar menjadi anak yang soleh ...berguna pada bangsa dan agama serta hormat pada org tua....









Khamis, 15 Oktober 2015

naik feri

Salam maal hijrah.
Sempena maal hijrah..kami memenuhi undangan kenduri cukur rambut anak sepupu kepada suami.
Alang2 pergi penang, mesti akan naik feri. Budak2 sgt suka kalau dpt nail feri.
Punyalah pening cari rumah...walaupun dah 3 kali pergi rumah dia...kami tetap sesat. Nasib baik encik gps tunjukkan. Akhirnya sampai juga rumah kenduri.
Dalam perjalanan nak balik ke tanah besar.... Dapat duduk tingkat atas...  :-)

Singgah padang kota... tpi tak dapat turun sbb hujan

Pemandangan dari atas feri jugak... gambar capture dalam kereta ja sbb malas nak keluar.. lapar nasik.. :-)


Selasa, 6 Oktober 2015

Jerebu

Kali ni utara semenanjung makin teruk dilanda jerebu.
Sekali tengok mcm sejuk berkabus.. 2 kali tgk.. alamak asap da....
Sakit mata..sakit kerongkong..sakit kepala... semua datang menyerang,

Indon oh indon.. seronok petani2 kamu membakar hutan...
Yang rasa terseksa nya  kami yang kejauhan ini...
Anak2 tidak dapat ke sekolah...
Ibu2 kerisauan...

Sekolah dapat cuti 2 hari..
Yang kerja ni mcm biasalah.. kena datang kerja.. sbb duduk dalam air cond.

Walaupun hujan turun dengan kerap.. tetapi jerebu tetap ada.

Apa nak di kata....