Selasa, 25 Ogos 2015

Spiderman

Toy baru abah beli masa balik dari Kluang.
Sekarang nak pergi mana2 pun dengan spiderman ni la.... jadi kwn dia.. tinggi lebih kurang dia je...
Takut pulak umi tengok malam2... :-)



 Makin banyak akal..
Makin manja.. Almaklumlah umi cuti 4 hari...semua benda nak panggil umi...

roti jala

memandangkan kari waktu lunch masih ada..,
so buatla roti jala...
alhamdulillah,..roti jala kali ni menjadi, cedok resepi dari azie kitchen tp derhaka resepi sikit sbb tepung tak cukup,

menjala dalam pan.

nilah hasilnya untuk sekali bancuhan.


dah siap.... cicah dengan kuah kari ayam.

Resepi yang sgt senang.

2 cawan tepung gandum. resepi asal 3 cawan
2 cawan santan dicampur air. resepi asal juga 3 cawan.
2 sudu minyak masak
sedikit garam
1 biji telur
sedikit pewarna kuning.

Semua bahan diatas diblender sehingga sebati.
Kemudian biarkan lebih kurang setengah jam sebelum memulakan proses menjala.
Gunakan kuali yang tak lekat.

Sangat senang.. raya haji ni kalau rajin menjala... boleh buat juadah untuk hari raya. :-)


Isnin, 3 Ogos 2015

Jeragan Waterfront Restaurant (JRW), Alor Setar

ha....kali ni nak cerita tentang tempat makan yang best dekat Alor setar.
Dok tengok banyak review best tentang restoran ni dari Facebook.. So, ajak encik suami rasa tentang keenakan makanan kat sini. Kami sampai kat sini pun dah  pkl 7 lebih.. dekat nak maghrib dah.
Tempat ni terletak di Jeragan. Persisir sungai kedah.
locations...
so.. Kat sini femous mee udang .
ni rupanya mee udang. Rm15 semangkuk.. Sedap.. Ada 3 ekor udang saiz besar.

yang ni pulak chicken chop. Irfan yang oder. Sepinggan rm12. Rasa dia sangat sedap. Recommended.


nasi goreng pattaya.. Abah Irfan yang oder. Ni pun sedap jugak

Sebelum dapat makan.. boleh tengok pemandangan yang indah ni.. ada bot2.. ada sungai...

Izzan sangat teruja nak tengok bot...

Boleh mai sekali lagi la..
hihi.. dah jumpa port baru yang makanan dia sedap...cepat...